Sara tergesa-gesa berjalan keluar dari kediaman itu. Soo Li berlarian ke arahnya.
"Xiaojie, Shu Daren su-"belum sempat Soo Li menyudahkan kata-katanya.
"Shuang er,"panggil Shu Wu Ji tiba-tiba muncul di tepi kereta kuda.
"Wu ji, apa kau buat di sini?"tanya Sara kehairanan.
"Kau buat apa di sini?"tanya Shu Wu Ji mendekatinya. Sara tersenyum lebar sambil menjeling kepada Soo Mi dan Soo Li.
"Datang nak ziarah Ma Laoshi. Kami berbual seketika tadi."
Shu Wu Ji tersenyum melihat wajah yang dirinduinya.
"Er..kau tak jawab lagi pertanyaan aku tadi,"ucap Sara.
"Oh, aku sebenarnya pulang sebab ku tertinggal sesuatu."
"Tertinggal sesuatu? Rasa aku dah selesaikan semua barang yang perlu,"balas Sara.
"Aku tertinggal barang penting. Tanpa barang tu susah aku nak berfungsi."
"Barang apa ya? Aku minta Soo Li dan Soo Mi carikan."
Shu Wu Ji memandang Soo Li dan Soo Mi dan mereka mengerti pandangan itu.
"Xiaojie, kami tunggu di tepi pemandu kereta kuda,"kata mereka serentak dan berlalu dari situ. Shu Wu Ji menyentuh siku Sara dan membawanya merapatinya.
"Aku terlalu rindukan kau. Aku nak kau ikut ke ibukota."
Sara terpempan.
"Aku lebih senang menunggu kau di sini Wu Ji. Lagipun aku mesti membantu Pipit menjalankan perniagaan."
"Aku percaya Pipit boleh kehilangan kau untuk beberapa minggu,"pujuk Shu Wu Ji memandang Sara dengan penuh kasih sayang. Sara terfikir sekiranya Andrew boleh dikembalikan takkan ada masalah besar.
"Xiaojie,"panggil suatu suara di belakang mereka. Mereka berpaling. Sara menutup mulutnya dari ketawa besar. Andrew sudah siap dicantikkan. Shu Wu Ji mengamatinya dan menghela nafas panjang.
"Wu hen Andy di sini?"tanya Shu Wu Ji berbisik. Sara mengangkat keningnya. "Tapi bagaimana?" Sara mengangkat bahunya tanda dia juga kurang mengerti. Andrew berdiri di sebelah Sara.
"Daren, saya-"
"Liu li,"sampuk Sara. Andrew memandang kepada Sara terkejut. Shu Wu Ji yang mengetahui Andrew sedang hilang ingatan membiarkan sahaja Andrew berlakon di hadapannya.
"Liu Li, dari mana? Sebelum ini saya tidak pernah mendengar Zheng xiaojie bercerita tentang kamu,"tegur Shu Wu Ji menarik Sara ke sisinya.
"Liu Li ialah sepupu Wu ge,"jawab Andrew menunjuk kepada Ma Shang Wu. Dia menarik tangan Sara. "Liu Li akan menjadi pembantu Zheng xiaojie sekarang,"kata Andrew menggoyangkan tangan Sara yang dipegangnya. Sara menyimpan senyuman. Shu Wu Ji meleraikan pegangan Andrew itu.
"Baik, tetapi kamu tidak boleh bermalam di kediaman Zheng.'
Sara terkejut.
"Xiaojie, Liu Li merasa sangat sedih kalau terpaksa meninggalkan Xiaojie setiap hari."
"Kamu boleh tinggal di bilik bersebelahan. Senang kalau aku hendak meminta apa-apa,"jawab Sara. Shu Wu Ji menjeling.
"Furen,"bantah Shu wu Ji.
"Zheng xiaojie masih belum mengahwini Daren tidak manis memanggilnya Furen,"tegur Andrew.
"Kau-"Shu Wu Ji meninggikan suaranya.
"Sudah tengahari mari pulang aku lapar!"kata Sara mencelah. Dia menggapai tangannya ke udara. "Wu er, Soo LI, Soo Mi ayuh pulang."
"Xiaojie, Liu Li ikut ya," ucap Andrew cuba membuat suara perempuan. Sara menggelengkan kepalanya. 'Sebijik pondan,'desis hati Sara. Andrew berlari dan menolak Ma Shang Wu ke tepi lalu berpaut kepada lengan kanan Sara. Langkah Sara terhenti.
"Kau buat apa ni?" tanya Sara.
"Jalan sajalah," jawab Andrew menarik Sara supaya terus berjalan. Shu Wu Ji mengetap bibirnya.
"Shang Wu,"panggil Shu Wu JI. Ma Shang Wu berlari kepada Shu Wu Ji. "Macamana bekas suami Sara boleh berada di sini?"tanya Shu Wu JI memperlahankan suaranya. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya. "Hantar dia balik tak boleh?"
"Bukan kuasa di tangan xiaoren, Daren," jawab Ma Shang Wu lembut.
"Siapa punya idea menyuruh Andrew berpakaian perempuan?"
"Xiaojie, Daren," balas Ma Shang Wu. Shu Wu JI menghela nafas panjang. Hatinya merasa sangat tidak selesa melihat Andrew di era itu. Sememangnya sebelum ini, Andrew ialah kawan baiknya, pernah menjadi adiknya. Tetapi kini setelah Andrew mengahwini Sara, persepsinya terhadap Andrew turut berubah.
"Dia masih tidak boleh mengingati apa-apa?"tanya Shu Wu Ji selepas beberapa ketika. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya.
"Dr Tan, er Liu LI sememangnya amnesia Daren," ucap Ma Shang Wu.
"Kenapa dia ke mari?"
"Liu LI begitu mahu mengingati memorinya bersama xiaojie. Sebab itu dia mengejarnya hingga ke mari," selamba Ma Shang Wu berkata-kata. Shu Wu JI menjeling tajam.
"Daren," panggil Ah Chan berlarian dari pintu gerbang. "Kereta kuda xiaojie telah pun bertolak pulang dengan seorang perempuan yang Ah Chan tidak pernah nampak," beritahu Ah Chan. Ma Shang Wu memandang Ah Chan dan memberi peringatan dengan matanya. Ah Chan terdiam mengerti.
"Sudah mari kita semua pulang," arah Shu Wu JI berjalan pantas ke pintu besar rumah desa Ma Shang Wu.
Woo Wei Young termenung di jendela seketika, sulamannya diletakkan ke atas meja. Zhen gugu masuk membawa makanan.
"Young er," panggil Zhen gugu lembut. Woo Wei Young berpaling ke arah Zhen gugu.
"Yi er?"
"Shu xiaoye, sudah pun ke bandar kerana ada perjumpaan para cendikiawan," jawab Zhen gugu. "Makanlah sikit. Gugu tengok dari semalam Young er termenung."
"Daren, selepas pergi ke istana meminta dipanjangkan cuti terus pulang ke rumah sana," bicara Woo Wei Young melihat saja makanan yang diletakkan di mejanya.
"Sudah tentu kerana perempuan penipu itu," sampuk Zhen gugu.
"Gugu-" tegur Young er. "Apabila Shu Daren di sini, Young er amat berharap gugu mengawal kata-kata. Young er tak mahu, marahkan gugu, dengan Yi er akan menjadi mangsa kemarahannya."
"Gugu faham. Maafkan gugu," kata Zhen gugu dengan hati yang bungkam. 'Akan aku halau kau dari rumah itu perempuan penipu,'desis hatinya.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...