Dengan penuh berhati-hati dia pergi ke bilik itu. Sara menekan password yang diberikan oleh Ma shang Wu dan pintu itu terbuka. Mulut Sara ternganga kerana ruang yang besar itu penuh dengan potret lukisan wajahnya.
"Setiap meja dan susun atur adalah seperti di bilik bacaan jiaofu,"bisiknya. Pintu bilik itu tertutup dengan sendirinya. Sara terkejut dan berpaling ke arah pintu tersebut. Sara mengurut dadanya. Dia berpusing semula untuk melihat bilik itu dari lampu elektrik yang menyala adalah lilin-lilin yang menerangi. "Astaghfirullahalaziim, adakah aku sudah tiba di Ming?"soalnya sendiri. Potret-potret yang seperti sudah lama kini kelihatan baru. Dia melihat jam tangannya dan ia masih berfungsi. Jarumnya masih berputar saat demi sesaat. Dia terdengar ada orang di luar bilik sedang berjalan dan berbual.
"Shu Daren sudah semakin lemah, hari ini dia tidak menjamah makanannya langsung," bicara salah seorang lelaki di situ. Mereka baru habis shift malam itu dan berjalan ke bilik mereka dengan santai. Sara mencuri dengar perbualan itu.
"Woo xiaojie juga dia tidak benarkan melawatnya. Dia seperti menunggu mati," kata hamba lelaki yang satu lagi. Sara tergamam. 'Wu JI sakit?'soalnya sendiri.
"Selepas Shu Furen meninggal, Shu Daren bekerja siang dan malam tanpa mengenal lelah. Dia hanya akan terperap di bilik bacaan melukis di masa lapangnya. Hanya Ah Chan yang menemani itupun kebelakangan ini dia melarang Ah Chan berada di sisinya." Mereka berdua berhenti di tepi bilik itu tanpa menyedari Sara sedang mencuri dengar.
"Shu Daren hatinya hanya pada Shu Furen. Selepas Zheng gonggong meninggal di pengembaraan Shu Daren seperti tidak mahu hidup lagi," keluh hamba itu menggelengkan kepalanya. "Nak diikutkan umur 40 adalah umur emas seorang lelaki. Hartanya banyak, kau tahu berapa banyak keluarga datang mahukan dia mengahwini anak-anak perempuan mereka tapi semua tanpa melihat potret dia membuangnya."
"Bukan ke selain Woo xiaojie, Shu Daren ada seorang gundik lagi?"
"Dia telah mengahwinkan gundik itu kepada seorang kaya di Chang 'an."
"Oh, begitu. Aku penat betul hari ini. Musim buah pic dan aprikot sibuk mengutip buah arahan ketua dapur," luah hamba itu lagi. Mereka meneruskan perjalanan mereka ke bilik belakang. Sara perlahan-lahan membuka pintu dan berjalan ke bilik Shu Wu JI. Dia hanya mengagak Shu Wu JI akan berada di bilik kediaman utama. Tekaannya tepat, dia mendengar Shu Wu JI terbatuk-batuk kecil ketika dia sampai di pintu. Tiba-tiba dia terdengar kaca berderai, cepat-cepat dia meluru ke dalam. Shu Wu JI yang terbaring mahu mencapai cawan untuk meminum air.
"Wu Ji!" panggil Sara. Shu Wu JI sungguh terkejut melihat Sara yang masih berpakaian jaket, t-shirt dan jeans di hadapannya. Lama dia mengamati Sara di dalam sinar lilin yang samar-samar.
"Shei," tanya Shu Wu Ji. Dia masih cuba melihat Sara dengan jelas. Sara menggelengkan kepalanya. Adakah kerana ini Popo membawanya kembali? Dia menghampiri Shu Wu JI dan mengutip cawan yang berderai itu berhati-hati. "Sara?"tegur Shu Wu JI. Sara memandang Shu Wu JI lalu tersenyum.
"No, nenek kau!" jawab Sara mengusik. Shu Wu Ji menangis dan ketawa pada masa yang sama.
"Aku sudah tentu akan mati tak lama lagi kerana terbayangkan kau Sara," kata Shu Wu JI. Sara masih menggelengkan kepalanya. Dia membuang cawan berderai itu dan pergi menyalakan beberapa batang lilin lagi. Suasana lebih cerah kini. Sara pergi mengambil secawan air di meja makan dan membawanya kepada Shu Wu JI. "Adakah aku bermimpi?"tanya Shu Wu JI?"
Sara membantu Shu Wu JI untuk duduk dan meminum air di tangannya.
"Ya, aku datang dalam mimpi kau, Wu Ji," jawab Sara. Shu Wu JI menghabiskan air yang disuapkan.
"JIka ini mimpi aku tak mahu terjaga lagi, Sara," kata Shu Wu JI berbaring semula dan dibantu oleh Sara. Wu Ji memegang erat tangan Sara. "Indah sungguh mimpi sebelum mati ini, tangan kau hangat Sara. JIka aku mati esok, aku takkan menyesalinya kerana akhirnya kau datang dalam mimpi aku setelah sekian lama aku mahu melihatmu biar hanya dalam mimpi." Sara mengusap rambut Shu Wu Ji yang kurang kemas kerana asyik berbaring.
"Sebelum mati apa kata kau makan dulu Wu JI," saran Sara. Wu Ji mengangguk lemah.
"Jika kau yang menyuapkan aku akan makan Sara," ucapnya lemah dan terus tertidur. Sara bangun dan pergi ke almari pakaian. Dia membukanya dan melihat beberapa set pakaiannya masih nampak baru tergantung. Dia menyalinkan bajunya kepada hanfu kerana dia tidak mahu ada yang terkejut melihat dia seperti makhluk asing di situ malam itu. Jam menunjukkan jam 4 pagi. Dia terus ke dapur yang sunyi. Dia memasak bubur nasi dan menggoreng sedikit ikan bilis yang dihancurkan supaya memberi perisa kepada bubur itu. Dia membawa bubur itu ke bilik Shu Wu Ji.
"Wu JI, sudah hampir subuh, bangun lao kong. Makan sikit bubur ni," kata Sara mengejutkan Shu Wu JI. Wu Ji ditopang oleh Sara dan disuapkan makan. Wu Ji makan tanpa banyak bicara. Fajar makin menyinsing. Sengaja Sara membuka tingkap memberi udara segar masuk. Habis semangkuk bubur Sara suapkan.
"Aku masih bermimpi?"tanya Shu Wu JI dalam mamainya.
"Ya, masih lagi bermimpi. Jadi dalam mimpi ini, Wu JI mesti makan, makan ubat, minum secukupnya dan mandi. Dah macam bau lembu ni," usik Sara. Shu Wu JI ketawa kecil.
"JIka kau ada Sara, aku akan menuruti segalanya. Aku amat menyukai mimpi ini sekarang," ujar Shu Wu JI. "Aku penat, izinkan aku berehat seketika," katanya lagi. Sara menjatuhkan Shu Wu JI berhati-hati.
"Tidurlah, nanti Sara kejutkan kita mandi ya?"ucap Sara. Shu Wu JI mengangguk masih dengan matanya yang tertutup. Shu Wu JI merasa sungguh bahagia. Sudah lama perasaan ini hilang dari hidupnya. Walaupun ianya adalah mimpi, dia bahagia. Sara membawa keluar mangkuk bubur itu dan pergi ke dapur. Kehadirannya mengejutkan semua ahli dapur.
"Ni shi shei ah?"tegur ketua dapur keras.
"Wo?"tanya Sara semula. Ketua dapur itu memandangnya ke atas ke bawah. Dia melihat gadis berkulit perang ini berpakaian seperti bangsawan tetapi dia belum pernah tahu kewujudannya.
"Kenapa bising-bising ni?"tanya Ah Chan dari belakang. Sara mengenali suara itu, dia berpaling. Ah Chan yang sudah menjangkau pertengahan 30 an dan bermisai kini terkejut melihat Sara kerana dia sangat arif tentang potret-potret Sara di bilik bacaan lukisan Shu Wu JI.
"Zheng xiaojie?"tanya Ah Chan.
"Ah Chan," jawab Sara.
"Zheng xiaojie mengenali Ah Chan?"tanya Ah Chan terkejut. Ah Chan tidak mengetahui bahawa Mo Li Hua ialah Sara. Sara menggangguk. "Bila er kenapa er-"
"Bila er kenapa er- tidak perlu buang masa untuk bertanyakan semua itu. Aku memerlukan 2 orang hamba perempuan untuk mengemas bilik Shu Daren, 2 orang hamba lelaki untuk bawa Shu Wu Ji mandi," arah Sara.
"Hao hao hao," balas Ah Chan tersenyum. Shu Wu JI Shu Daren boleh diselamatkan kini kerana hatinya sudah kembali. Hati Shu Wu JI sudah kembali. "Dengar ini semua, ini ialah Zheng Shuang, tuan punya rumah ini," kata Ah Chan memperkenalkan.
"Wo duibuqi, Xiaojie," kata Ketua Dapur pantas.
"Mei guanxi, cepat buat kerja," kata Sara lalu memberikan mangkuk bubur itu kepada salah seorang pembasuh pinggan di situ. Dia keluar diiringi oleh Ah Chan.

YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...