45

142 25 0
                                    

Yi er pulang ke biliknya dengan perasaan bungkam. Dia termenung seketika. Belum pernah melihat ayahnya yang begitu emosional. 

"Xiao ye," panggil Li Ren. Pembantunya yang baru sahaja pulang dari kampung petang itu. Yi er masih lagi termenung di jendela. "Xiaoye," panggil LI ren lagi. Yi er menghela nafas panjang.

"Cakap sahaja apa yang berada di fikiran kau," balas Yi er.

"Li Ren, apa sebenarnya telah terjadi kepada xiaoye?"tanya LI Ren. Yi er menoleh kepada lelaki yang sebaya dengan dirinya. 

"Li Ren, apa kata kau tak perlu bertanya apa-apa," jawab Yi er dan terus memandang ke luar jendela. Hatinya tidak tenang dan dia sendiri tidak tahu kenapa.

"Apa yang perlu LI REn buat untuk buat kerisauan Shu Xiaoye berkurangan?"tanya LI Ren. Yi er memproses permintaan itu di mindanya.

"Daren, membawa balik pewaris rumah ini dan pewaris ini telah menyelamatkan nyawaku tadi tengahari. Kau sendiri dengar bunyi letupan tadi bukan?"tanya Yi er kembali. Li REn mengangguk. "Aku khuatir sesuatu yang buruk telah terjadi kepada pewaris itu."

"Li Ren akan mencari maklumat mengenai Zheng Xiaojie sekarang," balas Li Ren. Yi er memandang wajah LI Ren yang setia bersama sejak kecil.

"Ia akan membahayakan kalau ayah dapat tahu yang aku menyuruh kau menyiasat tentang Zheng Shuang," ucap Yi er.

"LI Ren tahu nak buat apa. Soo LI dan Soo Mi sekampung dengan LI Ren. Li Ren pasti akan mendapat sesuatu berita tentang Zheng Xiaojie."

"Pastikan tiada siapa yang tahu," pesan Yi er. Li Ren mengangkat hormat dan terus berlalu dari situ.

Zhen gugu dan Woo Wei Young mengambil angin di tepi kolam teratai. 

"Young er, melampau sungguh Daren memberi arahan seperti itu," kata Zhen gugu. Wei Young menjeling kepada Zhen Gugu dan terus menikmati pemandangan indah di hadapannya. "Gugu akan menyiasat apa sebenarnya terjadi ya?"kata Zhen gugu mahu pergi dari situ.

"Tunggu!" tahan Wei Young. "Gugu, duduk sahaja di sini. Young er percaya tiada apa yang buruk berlaku kepada Zheng Xiaojie."

"Tapi bunyi letupan tadi  takkan tidak membuat Young er tertanya-tanya?"

"Gugu, kalau Shu Daren mengatakan yang Zheng xiaojie tiada apa-apa, Young er percaya apa yang dikatakan."

"Haiya! Young er, sebab itulah kau masih menjadi gundik bukannya puan rumah ini. Kau ni terlalu lembut," bebel Zhen gugu. Woo Wei Young menghela nafas panjang. Hatinya sentiasa menyayangi Shu Wu Ji, biarpun ada seribu Zheng Shuang di sisi lelaki itu.

"Apa yang gugu mahu YOung er lakukan?"

"Rebutlah hak kau balik YOung er. Kau sudah terlalu banyak berkorban untuk keluarga Shu," hasut Zhen gugu. 

"Siapkan makan malam, dan jemput Shu Daren datang makan malam bersama kita malam ini," pinta Wei Young.

"Ha, macam itulah! Mari, gugu siapkan Young er secantiknya." Woo Wei Young, merasa sangat terkilan dengan layanan Shu Wu JI kepadanya tadi. Hatinya begitu ikhlas untuk melihat apa yang berlaku tetapi dihalau oleh Shu Wu JI seperti dia tiada harga di rumah itu. 

Li Ren masuk ke dapur dan melihat Soo LI dan Soo Mi sedang mencuci pinggan makan malam mereka tadi.

"Xiao LI, Xiao Mi," panggil LI Ren mesra.

"Li Ge, lamanya tidak berjumpa," sapa Soo Mi . Mereka duduk di meja bersama LI REn. 

"Betul, ibubapa kamu mengirim buah-buahan nanti Ge hantarkan ke bilik kamu," balas LI Ren tersenyum.

"Ge dah makan? Xiao Mi boleh tolong hidangkan," tegur Xiao Mi berdiri.

"Eh, tak perlu-tak perlu. Duduk, duduk saja. Lama kita tak berbual begini.," balas Li Ren. Soo LI dan Soo Mi bertukar pandangan. "Ni, tadi tu  bunyi apa?"tanya LI Ren. Soo LI dan Soo Mi mengerut dahi mereka.

"Bunyi apa?"tanya si kembar serentak. 

"Yang tadi tu, bunyi macam letupan," bisik LI REn. Soo Li dan Soo Mi memandang LI REn tidak berkelip. "Ada sesuatu terjadi kepada Zheng Xiaojie bukan?"tanya LI Ren masih lagi berbisik. Zhen gugu yang berada di pintu menghentikan langkahnya kerana melihat Soo LI, Soo Mi dan pembantu YI er di situ. 'Apa yang mereka sedang bincangkan?'tanya Zhen gugu dalam hati. "Xiao Mi, Xiao Li!" tegur LI Ren menggapai tangannya di hadapan wajah si kembar.

"Oh! Yang itu..." balas Soo LI dan Soo Mi. Wajah LI Ren menanti dengan debaran. "Bu zhi dao," jawab mereka. Li Ren menepuk meja perlahan.

"Tak tahu atau tak mahu beritahu?"tegur Zhen gugu masuk ke dapur. Soo LI dan Soo Mi menunduk hormat dan Li REn juga berdiri. "Cepat katakan , bunyi apa tadi?"gesa Zhen Gugu.

"Maafkan kami Gugu, kami memang tidak tahu menahu," balas Soo Li tenang.

"Sejak kau berkhidmat untuk Zheng Xiaojie, kamu berdua sudah sombong ya," ejek Zhen Gugu berjalan sekeliling kembar itu.

"Gugu, itu tidak benar," jawab Soo Mi.

"Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa sampai sekarang orang di kediaman ini masih tidak dapat melihat wajah Zheng Xiaojie. Takkan dia hilang tiba-tiba."

"Gugu, Zheng Xiaojie sedang berehat. Perjalanan jauh tadi membuatkan Zheng Xiaojie keletihan," jawab Soo LI.

"Habis bunyi seperti meriam tadi itu apa?"tanya Zhen gugu.

"Itu adalah bunyi senapang yang digunakan oleh Shu Daren," jawab Ah Chan yang tiba-tiba berada di dapur. 

"Jiangjun," mereka menunduk hormat. 

"Soo LI, Soo Mi Zheng Xiaojie mencari kamu berdua kerana dia mahu kamu menyediakan air mandinya," kata Ah Chan. 

"Shi," sambut kembar seiras itu dan terus berlalu. Selepas mereka pergi, tinggallah Ah Chan, LI Ren dan Zhen gugu.

"Ada apa lagi yang kamu berdua hendak tahu?"tanya Ah Chan.

"JIangjun, Gugu berkhidmat kepada Gundik kanan Maharaja selama berbelas tahun," tegur Zhen gugu tidak puas hati.

"Maafkan saya, saya mesti pergi. Dapur ini berdekatan dengan rumah utama sebab itu tidak ramai yang boleh berada di sini pada masa sekarang. Shu Daren tidak mahu bunyi bising mengganggu Zheng Xiaojie."

Zhen Gugu mendengus. "Biadap sungguh!"

"Li Ren, kamu boleh beritahu Shu Xiao ye yang Zheng Xiaojie menyampaikan pesanan untuk makan malam bersamanya esok,"kata Ah Chan menyampaikan pesanan olok-olok untuk menutup cerita Sara tercedera awal senja tadi.

"Gugu, berhati-hati menggunakan dapur jangan nanti meletup pula dapur ini," kata Ah Chan tersenyum.

"Kau menyumpah aku?!"tengking Zhen gugu.

"Saya pergi dulu," kata Ah Chan memberi hormat dan terus pergi dari situ.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now