93

165 24 2
                                        

"Ah Wu,"sapa Sara ketika Ma Shang Wu melangkah masuk ke kamarnya begitu besar.

"Xiaojie dah pulang,"balas Ma Shang Wu mengangkat hormat.

"Andy ne?"tanya Sara lagi.

"Aku di sini,"sampuk Andrew seraya masuk ke tempat itu. "Pipit kau kenapa ni?"tanya Andrew melihat keadaan Pipit.

"Hamba jatuh kuda Liu Li,"jawab Pipit.

"Jatuh kuda?!"respon Ma Shang Wu dan Andrew serentak. Sara terketawa kecil.

"Da Furen, ada orang mengirim ini,"tegur Soo Mi dan Soo Li yang melangkah masuk bersama makan tengahari.

"Berikan kepada saya,"arah Pipit. Sara membiarkan sahaja perbuatan Pipit itu. Sara membuka warkah kecil yang diambil dari Soo Mi. Dia membaca nota itu dan mengeluarkan keluhan pendek. Ma Shang Wu dan Andrew saling berpandangan. Sara menghulurkan nota itu kepada Andrew.

"Apa ertinya ini?'tanya Andrew. Dia memandang Pipit. Pipit kelihatan serba-salah.

"Err..."

"Ini semua idea aku. Tiada kena-mengena dengan Pipit,"terang Sara duduk di meja makan.

"Aku tahu kau reckless-tapi ini!'tegas Andrew.

"Reckless tu apa?"bisik Soo Mi kepada Soo Li. Soo Li mengangkat bahu.

"Ini sahaja caranya mengajar Li Yang Jian,"balas Sara. Andrew membalas dengan jelingan tajam

"Apa yang telah terjadi sebenarnya Furen?"tanya Ma Shang Wu lebih lembut. Pipit menceritakan segalanya kepada Andrew dan Ma Shang Wu bersaksikan Soo Mi dan Soo Li.

"Itu sahaja yang aku boleh lakukan. Mustahil untuk aku mengejar kapal Shu Wu Ji,'kata Sara sambil meneguk teh yang dituangkan oleh Soo Li.

"Kau waras tak? Kalau Li Yang Jian menculik kau tadi?"bentak Andrew. Ma Shang Wu menenangkan kemarahan Andrew.

"Kau ingat aku tak jangka semua itu?Dia terlalu cintakan dirinya. Kau ingat dia akan ambil risiko yang membahayakan nyawanya?"ujar Sara sambil mengisyaratkan semua orang untuk duduk makan bersamanya.

"Kalau kau tak boleh pergi kepada Shu Wu Ji, bagaimana mungkin Li Yang Jian dapat membatalkan arahannya?Hah?"tegas Andrew memandangnya tajam.

"Aku tahu, tapi sekurang-kurangnya dia akan turut sengsara bersama aku,"balas Sara sambil menyuap nasi ke mulutnya.

"Apa kau nak buat bila dia tahu kau menipunya?"soal Andrew lagi. Sara yang mengunyah makanan memandang sahaja bekas suaminya yang juga kawan baiknya.

"Well, kalau Shu Wu Ji pulang aku pasti Shu Wu Ji tidak akan berdiam diri-"

"Shuang er!"jerit Andrew mengejutkan semua orang. Sara menghempas penyepit makanan ke meja makan. Darahnya mula mendidih melihat reaksi Andrew keterlaluan.

"Tinggalkan kami!"bentak Sara. Mereka berpandangan sesama sendiri. "Perlu ke aku cakap sekali lagi?!" Mereka bergegas keluar dari bilik itu. "Yang kau over sangat ni kenapa? You of all.people takkan tak faham aku orang yang macamana. I am telling you do not go overboard!"

"Sara, jika kau kehilangan nyawa di sini, there is no going back."

"Kau ingat aku budak kecil. Of course aku tahu semua itu."

"Habis tu? You are too reckless with your safety Sara. Ini bukan zaman kita!"

"Aku tak pernah mengajak kau ke mari Andy. You can leave me here."

Andrew mengusap wajahnya. Dia mengambil nafas panjang.

"Kau betul. Aku tak perlu berada di sini. Tapi, aku memilih untuk berada di sisi kau Sara."

Sara melihat kesengsaraan Andrew di depannya. Jika nyawanya terancam di sini, Andrew juga menghadapi ancaman yang sama.

"Aku tahu hati dan perasaan kau Andy. Aku tahu kau mengambil berat tentang keselamatan aku. Tapi Andy kalau kau mahu aku memilih, hanya Shu Wu Ji untuk aku."

Andrew terpempan.

"Aku sanggup korbankan nyawa aku untuk Shu Wu Ji dan aku percaya Shu wu Ji juga begitu."

"Kau sengaja menyakitkan hati aku kan?"

"Aku tak ada niat pun. Aku menyatakan kebenaran."

"Sara-"

"Kau lupakan aku Andrew. Kita bukan lagi suami isteri. Suami aku sekarang ialah Shu Wu Ji. Aku tahu it is ridiculous but ini realiti hidup aku."

"Aku tahu aku bukan Shu Wu Ji tapi Sara. Aku ceraikan kau ketika aku tidak waras!"

"Hendak aje aku menampar kepala kau Andy. Kau sendiri mengaku kau sihat fizikal dan mental dan doktor kau sendiri menyokong walaupun aku pada masa itu sukar hendak menerima kenyataan. Tapi sejujurnya Andy, dalam hati aku Shu Wu Ji ialah segalanya."

"Apa kau cuba katakan ni?"

"Jika kau tidak boleh menerima keputusan aku Andy, ada baiknya kau pulang ke zaman kita,"jawab Sara dengan begitu yakin. Andrew menggelengkan kepalanya.

"Kau ialah orang yang paling degil dalam dunia!"

"Kau ialah kawan yang paling baik dalam dunia. Tapi itulah. Kalau kau di sini dan kau ingat boleh mengawal pergerakan dan kehidupan aku, aku tak perlukannya."

"Sara!"

"Tapi kalau kau di sini sebagai kawan sahabat karibku yang susah senang bersama, kau masih boleh berada di sisi aku-"

"Aku tak mahu kau cedera Sara,"ucap Andrew lebih lembut dari tadi.

"Aku tahu. Tujuan aku membuat Li Yang Jian begitu ialah supaya dia tidak terlalu berani dengan nyawa orang lain."

"Kalau rancangan tidak berjaya bagaimana?"

"Aku tak fikir sampai ke situ lagi,"balas Sara menyembunyikan perasaannya. Dia mengambil penyepitnya kembali dan memanggil semua yang berada di luar.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang