Penjahat-penjahat itu terpinga melihat hujan anak panah dari pelbagai sudut. Ramai di antara mereka rebah di situ.
"Da!"jerit Lao Xu tetapi penjahat-penjahat yang tidak terkena anak panah lari bertempiaran. Sara dan Pipit tidak mengalami apa-apa kecederaan. "Ni shi shei!"
"Aku ialah orang yang membuat kaki kau patah di tiga tempat jika kau masih berdegil,"jawab Sara.
"Gongzi,"panggil Xiao Lian. Sara mengisyaratkannya supaya berdiam.
"Tak guna!" Zhou Du Mou menerpa ke arah Xiao Lian. Sara menendang perut Zhou Du Mou sekuatnya. Zhou Du Mou terpelanting ke tanah dan Pipit memegangnya dari belakang.
"Surat cerai!"pinta Sara. Zhou Du Mou dengan susah payah berdiri.
"Langkah mayat aku dulu!"jerit Zhou Du Mou. Sara terpempan menyimpan senyuman.
"Itu tak susah. Ingat ini permintaan kau! Tuan Pipit,"ucap Sara. Dengan pantas Pipit menghunus pedang ke leher Zhou Du Mou. Zhou Du Mou terkaku. "Surat Cerai!"pinta Sara keras. Pipit menekan sedikit hujung pedang ke leher Zhou Du Mou.
"Hao!Hao!"jawab Zhou Du Mou tergesa-gesa. Dia mengeluarkan surat itu dari bajunya. Sara dengan pantas menyambar surat itu.
"Furen, bacalah. Betulkah ini surat cerai anda,"kata Sara lembut memberikannya kepada Xiao Lian. Xiao Lian yang saban kali didera mengambil perlahan. Dia membuka surat itu dan membacanya. Airmatanya mengalir deras. Selama 10 tahun dia didera oleh Zhou Du Mou. Pegawai keselamatan bandaran berlari ke tempat kejadian.
"Tuan Pipit,"panggil.salah seorang pegawai itu. Dia mengarahkan dua orangnya untuk menangkap Zhou Du Mou. Pipit menurunkan pedangnya. "Kami akan mengambil alih."
"Terima kasih Daren,"ucap Pipit memberi hormat. "Lelaki ini cuba menjual isterinya sendiri untuk melangsai hutang,"beritahu Pipit.
"Shi,kami akan bawa dia ke majistret,"kata pegawai itu. Mereka membawa Zhou Du Mou ke balai. Orang ramai yang dari tadi menonton juga pergi membuat kerja masing-masing. Melihat tubuh dan pakaian Xiao Lian yang comot dan Xiao Lian sendiri nampak begitu lemah.
"Gongzi,"tegur Xiao Lian dalam tangisnya. "Terima kasih, terima kasih, saya terhutang nyawa. Nasib saya sungguh malang suami saya syaitan. Satu-satunya anak kami juga dijualnya."
"Furen, saya Pipit saya-"
"Ma Que gongzi atau Tuan Pipit. Xiao Lian ingat! Pembantu zhrng gonggong,"jawab Xiao Lian lemah.
Pipit tersenyum. "Dan ini ketua saya Shu Gongzi,"balas Pipit menunjukkan kepada Sara.
" Xiao Lian-"belum sempat Xiao Lian menghabiskan ayatnya tubuhnya longlai dan jatuh ke tanah tetapi sempat disambut oleh Pipit.
"Xiao Lian!!!!"jerit Sara. "Pit bawa dia ke bilik."
"Baik!"Jawab Pipit. Dengan satu tenaga tubuh Xiao Lian senang dikendung oleh Pipit. "Pipiy akan panggilkan taiyi ke mari."
"Kau arahkan dapur membuat semangkuk bubur nasi dan air madu suam,"kata Sara duduk di sisi Xiao Lian. Pipit dengan pantas menjalankan arahan.
'Xiao Lian maafkan aku meninggalkan kau. Maafkan aku yang tidak pernah memberitahu aku ialah Sara bukan Mo Li Hua tuan kesayanganmu. Kau lebih kurus dari saat kita berpisah. Bukankah jiaofu membebaskan kau? Kenapa teruk sekali kau didera begini?'rintih Sara dalam hatinya. Wajah Xiao Lian yang meruncing, matanya cengkung dan tubuhnya ibaratkan rangka hidup. 'Aku takkan tinggalkan kau lagi Xiao Lian. Aku akan pastikan hidup kau terbela,'janji Sara dalam hatinya.
"Gongzi,taiyi di sini,"sapa Pipit setelah beberapa lama mencari taiyi. Sara mengesat airmatanya yang bergenang.
"Taiyi tolong selamatkan dia,"pinta Sara.
"Saya cuba!" Taiyi mengambil tempat di sisi Xiao Lian dan mengambil nadinya. Dia juga melihat kesan lebam di lengan dan kaki Xiao Lian. Taiyi menghela nafas panjang.
"Bagaimana dengan Xiao Lian taiyi?"tanya Sara kebimbangan. Taiyi memandang pesakitnya dan kemudian kepada Sara ada Pipit.
"Adakah gongzi ahli keluarganya?"tanya Taiyi.
"Dia adik saya,"jawab Sara pantas.
"Cik ini pengsan kerana dia terlalu lemah. Denyutan nadi juga sangat perlahan. Dari kesan kecederaan pada hemat saya ianya ialah gabungan luka lama dan baru."
Mendengarkan itu Sara terasa jantungnya berhenti berdegup. Pipit memegang lengannya untuk menenangkan.
"Taiyi, semua kos perubatan akan dibiayai oleh saya."
"Gongzi, wang bukan segalanya. Tubuh adik gongzi sangat-sangat lemah."
"Tolong berikan yang terbaik taiyi,"ucap Pipit. Taiyi berdiri.
"Ini senarai ubat yang perlu adik gongzi minum 3 kali sehari. Beri minum madu dan sarang burung 2 kali sehari untuk memberikan tenaga."
"Bila dia akan sedar?"
"Dalam 3 hari ini jika dia tidak sedarkan diri, gongzi mesti menyiapkan diri,"kata Taiyi itu lagi.
"Gongzi duduk di sini, Pipit akan mengiringi taiyi ke kedai ubat."arah Pipit. Sara menghampiri Xiao Lian dan melihat wajahnya kemerah-merahan. Dia menyentuh dahi Xiao Lian tekaannya tepat. Xiao Lian sedang memgalami demam panas. Dia teringatkan Panadol yang dibawanya. Walaupun Panadol itu tidak kuat untuk mengubati namun harapan Sara dia boleh meredakan demam Xiao Lian. Dia mengambil dua biji panadol dia hancurkan dan mencampurkan dalam dua sudu air. Dia suapkan campuran itu tadi ke mulut Xiao Lian. Dia menjerang seluruh tubuh Xiao Lian dengan air suam.
Pipit mengetuk pintu bilik pada tengah malam. Sara membukanya. Pipit membawa sepinggan sayuran dan semangkuk nasi.
"Cempaka, hendak makan di mana?"
Sara tersenyum dia mengangguk.
"Di situ sahaja,"tunjuk Sara kepada meja di hadapan pintu bilik. Dia duduk dan makan dengan senyap. Pipit hanya melihat sahaja.
"Kau tak makan?"tanya Sara tanpa mendongak.
"Pipit baru makan tadi, Pipit tahu Cempaka masih belum makan."
"Terima kasih Pipit, Cempaka menghargai kehadiran Pipit di sini."
"Betul ke Xiao Lian itu pembantu Cempaka dulu?"
"Ya, dan aku merasa seperti ini semua salah aku,"kata Sara masih lagi menikmati makanan.
"Tadi Pipit dapat maklumat, Shu Daren sudah mula bertempur dengan lanun."
Sara yang sedang mengunyah makanan terdiam. Dia menelan dengan payah. Hari itu adalah hari yang amat panjang baginya.
"Shu Furen jangan risau, pihak maharaja menang pertempuran pertama ini,"kata Pipit tersenyum.
"Sebelum aku cucuk mata kau dengan penyepit ni baik kau simpan senyum kau tu,"tegus Sara.
"Pipit minta maaf,"kata Pipit mengangkat hormat.
"Kita terpaksa tukar rancangan, aku mahukan Ma Shang Wu dan Liu Li di sini. Semoga Xiao Lian dapat diselamatkan."
"Shi, gongzi,"jawab Pipit.
"Shu Daren cedera tak?"tanya Sara sambil mengemas pinggan dan mangkuk di dulang. Pipit menuangkan teh ke cawan dan Sara meneguknya.
"Pipit juga bertanya hal itu dan katanya Shu Daren hanya mengalami kecederaan ringan."
"Tiada peperangan tanpa titisan darah Pipit,"keluh Sara. Itulah satu-satu perkara yang dia tidak sukakan di zaman ini. Terlalu banyak darah mengalir ke bumi.

YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura FemininaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...