60

136 27 3
                                    

Sara terjaga dari tidurnya tengah malam. Dia melihat Soo Mi tertidur di kerusi panjang dan kelibat Ma Shang Wu di luar kamar. Sara menggelengkan kepalanya, sudah dia mengingatkan orang-orangnya supaya tidur di dalam. Dia mengambil selimut dari dalam almari dan berdingkit-dingkit keluar kerana tidak mahu mengejutkan Soo Mi. Ma Shang Wu sedang bersandar di tiang menutup mata. Sara menyelimutkan doktor muda itu.

"Xiaojie,"tegur Ma Shang Wu terjaga kerana terasa sesuatu di tubuhnya.

"Ah Wu, malam sedang berembun kenapa tidur di luar?"tanya Sara. Ma Shang Wu cuba bangun tapi ditahan oleh Sara. Dia duduk di sisi Ma Shang Wu.

"The last thing yang aku ingat, dunia berpusing,"ucap Sara seumpama berbisik. Pengawal-pengawal Shu Wu Ji semua masih berdiri tegak di tempat-tempat mereka.

"Shuang er pitam. My heart just stopped. Ah Wu rasa jantung Shu Daren juga terhenti."

Sara terketawa kecil. Dia memandang Ma Shang Wu. Ah Wu juga turut tertawa.

"Shh..."tegur Sara mengingatkan sudah jauh malam. Shu Wu Ji yang sedang melangkah ke rumah utama melihat Sara dan Ah Wu duduk di tangga. Dia terus mendapatkan mereka dan duduk di sebelah Sara. Ma Shang Wu terkejut lalu berdiri. Shu Wu Ji mengangkat tangannya menyuruh Ma Shang Wu bertenang.

"Ah Wu ke dapur sebentar mengambil ubat xiaojie,"kata Shang Wu meninggalkan mereka.

"Telah jauh malam kenapa berembun?"

Sara mengambil selimut tadi dan menyelimutkan dirinya sendiri.

"Tak boleh tidur,"bisik Sara perlahan.

"Qin ai de...apa yang kau fikirkan?"

"Aku harap Woo Young tidak terlalu berdendam dengan aku."

"Aku tahu kenapa kau mahu dia pergi dari sini."

Sara tersenyum kepada Shu Wu Ji sambil memeluk dirinya dengan selimut.

"I can't deal with too many spies in our home,"bicara Sara menarik nafas panjang. "Zhen gugu boleh menjadi musuh yang paling hebat jika dia dibenarkan terus di sini menjadi duri."

Shu Wu Ji meletakkan tangannya ke bahu Sara. Dia mengusap kepala wanita yang utuh bertakhta dia hatinya. Dia menganggukkan kepalanya tanda dia juga bersetuju dengan Sara.

"Aku tahu Li Yang Jian juga akan meletakkan perisiknya di sini kerana dari firasat aku, dia terasa yang aku ialah Mo Li Hua."

"Kalau dia tidak syak masakan dia menghantar Zhu Wu ke mari. Aku menerima segala keputusan kau, Sara."

Sara tersenyum mendengarkan kata-kata Wu Ji yang cukup menenangkan hatinya.

"Sayang, kau sanggup hidup denganku sedangkan mamatok dan mak di abad yang lain?"

Sara terdiam mendengarkan ucapan Wu Ji.

"Andy begitu mencintaikau, aku dapat merasakannya."

"Ni ne?"tanya Sara.

"Wo? Hanya kau. Jika aku boleh mengikutmu ke zamanmu akan aku tinggalkan segalanya di sini."

Sara begitu tersentuh dengan pengakuan itu. Ah,Andy...Maafkan aku dear. He needs me more. Terima kasih atas kasih sayangmu.

"Wu Ji, selepas pernikahan kita, aku mesti ke kampung jiaofu menyempurnakan wasiatnya."

"Maafkan aku tak dapat menemanimu."

"Aku begitu merindui jiaofu,"ucap Sara perlahan.

"Aku pasti jiaofu ada tujuannya jika dia memghantar kau ke situ. Jiaofu bukan jenis orang yang suka membuang masa."

"I wish aku ada di sini ketika pelayaran terakhirnya. Dalam buku sejarah lokasi kuburnya bercanggah."

"Aku rasa jika Woo Young berpindah, Yi er mesti mengikutnya."

"Aku tak kisah jika Yi er di sini."

"Tapi aku kisah,"bantah Shu Wu Ji.

"Aik, itu kan anak kau, bermakna anakku juga."

"Shuang er, setelah sekian lama kau mengembara, takkan kau tidak dapat memahami seorang lelaki,hmm?"

"Overthinking. Yi er tu baik budaknya. Kau ni, cemburu kau tu kadang-kadang buat aku lemas!"usik Sara.

"Aku serius ni Sara, Shuang er. Di zaman ini pangkat itu penting. Layan Yi Er seperti dia anak bukan kawan."

"Xiaojie, Daren maaf mengganggu." Ma Shang Wu datang dengan semangkuk bubur nasi dan semangkuk ubat. "Xiaojie, makan bubur dahulu kemudian ubat ini."

"Mari sini aku tolong,"kata Shu Wu Ji. Dia memberikan bubur kepada Sara dan dengan sekali teguk habis bubur suam itu. "Shuang er, panas tu!"

"Ubat,"minta Sara. Dengan sekali teguk habis semangkuk. Ma Shang Wu menyimpan senyumannya. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya. "Xie Ah Wu,"kata Sara meletakkan mangkuk itu ke dulang.

"Ah Wu pergi ke dapur sebentar,"ucap Ma Shang Wu berlalu.

Shu Wu Ji menjentik dahi Sara. Sara memegang dahinya kerana terasa pedih.

"Kau ni kenapa?!Sakit tau tak!"desis Sara menggosok dahinya.

"Depan aku dan di kediaman ini kau bebas menjadi diri kau tapi aku ingatkan di luar, kau wakil Jiaofu dan kau adalah isteri aku."

"So?"

"Kau ditakdirkan menjadi seorang bangsawan di sini. Mesti menunjukkan kelakuan dan moral yang baik,"tegur Shu Wu Ji. Sara menghela nafasnya.

"Aku mengantuk nak tidur,"balas Sara bangun.

"Sayang kau dengar tak ni?"tanya Shu Wu Ji yang turut berdiri.

"Shi yeye (baik atuk),"kata Sara menundukkan tubuhnya sendiri. Sara merasa pedih dengan kata-kata Shu Wu Ji. Kedengaran di telinganya seperti dia tiada adab orang di sini.

"Ni! Aku nasihatkan ini supaya orang tak terlalu pelik melihat kau,"tambah Shu Wu Ji

"Shi Daren, wan an," balas Sara memalingkan mukanya dan bergerak masuk.

"Sara,"panggil Shu Wu Ji. Tiba-tiba Shu Wu Ji menarik Sara ke sisinya dan sebatang anak panah terlepas sasaran mengenai tiang tangga. "Lairen penceroboh!" Suasana hingar-bingar seketika kerana pengawal-pengawal berlarian mencari pembunuh.

"Xiaojie!"panggil Ma Shang Wu. Sara terkejut melihat anak panah yang beberapa cm daripada bahunya. Mukanya kemerahan menahan marah. Dia memandang ke arah dari mana anak panah itu dilepaskan dan dia berlari ke tembok mengejutkan Shu Wu Ji.

"Shuang er!"panggil Shu Wu Ji. Sara membuang selimut itu dan melompat ke atas pokok yang berhampiran. Dia melihat ada bayang hitam sedang berlari pantas di atas atap. Tanpa memikirkan apa-apa, dia berlari di atas tembok mengikut jejak lelaki berpakaian hitam. Shu Wu Ji melompat ke atas tembok menuruti Sara yang sedang berlari. "Shuang er! Bahaya ni. Kau turun,"panggil Shu Wu Ji sambil berlari. Sara mengilas pandangannya ke belakang dan tidak mengendahkan arahan Shu Wu Ji.



Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now