30

183 26 2
                                    

Soo Li dan Soo Mi bercakap sesama sendiri melihat bagaimana Shu Daren, Sara, Ma Shang Wu dan Liu Li mengguna bahasa asing didengar.

Sara yang entah dari mana muncul di tengah-tengah.

"NI men shuo shenme?"usik Sara. 

"Xiaojie!" balas mereka terkejut dan terus menunjuk hormat. Sara terketawa kecil.

"Gossip ya?"usik Sara.

"Xiaojie, maafkan nubi. Nubi..."

"Aku main-main saja. Pergi siapkan bilik kakak besar di sebelah bilik aku,"arah Sara.

"Kakak besar?"tanya mereka serentak.

"Ya, kakak besar. Yang tinggi dan suara dia macam ni...Zheng Shuang," ajuk Sara membesarkan suaranya. Kedua kembar itu terketawa kecil. 

"Baik xiaojie!" balas mereka dan terus bergerak dengan pantas. Sara melihat mereka pergi dan menggelengkan kepalanya. 'Betul juga. Jika aku terus mengunakan bahasa lain dari bahasa di sini mungkin akan menimbulkan tanda tanya. Baiklah akan aku mengingatkan diriku dan juga mereka-mereka itu untuk menggunakan bahasa orang di sini.' Fikir Sara. Dia berjalan ke biliknya. Kelihatan Andrew sedang membelek-belek barang-barang di bilik itu.

"Aku tak gila kan?"tanya Andrew kepada Sara.

"It depends on what you mean by gila," kata Sara bersahaja duduk di meja bacaannya.

"Sara!"balas Andrew balik. Sara mengangkat bahunya. "Kenapa aku tak dapat lupakan kau?"tanya Andrew berterus-terang.

"Sebab aku...memang susah dilupakan," usik Sara.

"Jangan main-main dengan aku boleh?"

"Kau tengok muka aku ni, ada aku buat lawak?"balas Sara. Andrew menghampiri Sara dan berdiri di hadapannya.

"Aku tak suka kau dengan Shu Wu JI," ujar Andrew memandang tepat ke wajahnya.

"Dan aku...don't care!" balas Sara.

"Aku akan pastikan perkahwinan kau takkan terjadi."

"Aku berkahwin dengan kau kerana pada masa itu, harapan untuk aku dan Shu Wu JI untuk bersama amat tipis."

"Apa? Aku ni your second choice?"tanya Andrew tidak percaya. Sara menyembunyikan emosinya. Walaupun itu tidak benar namun dia sudah membuat keputusan yang dia akan bersama Shu Wu JI buat masa ini. 

"Fyi, aku adalah isteri Shu Wu JI dulu baru aku menjadi isteri kau," beritahu Sara. Andrew memegang kepalanya kerana kepalanya seperti dicucuk besi.

"Arghhhh.....! Sakit sakit!" kata Andrew terduduk di lantai.

"Andy!" Sara berlari kepadanya. "What's wrong?"tanya Sara cemas.

"Ke-kepala sakit!" jawab Andrew masih memegang kepalanya. Seluruh tubuhnya menggigil.

"Kau duduk di sini," arah Sara. "Soo LI, Soo Mi!" panggil Sara.

"Xiaojie!" jawab mereka masuk ke bilik itu dan melihat Andrew kesakitan.

"Soo LI, pergi panggil Ma Shang Wu," suruh Sara. Berlarilah anak gadis itu dengan pantas. "Soo Mi bantu aku bawa Liu Li ke katil," pinta Sara. Dengan susah-payah mereka membantu Andrew ke katil, "Sediakan air madu suam sekarang," arah Sara kepada Soo Mi. Soo Mi dengan pantas keluar ke dapur. Andrew memegang tangan Sara dengan erat. Dunianya berpusing. Segalanya seperti wayang gambar dalam kepalanya. Sebabak melihat wajah Sara tersenyum di air terjun berpakaian purba. Sebabak di hari pernikahan mereka. Sebabak Sara di hospital semuanya membuatkan dia hampir pitam. "Andy.."panggil Sara yang tidak pernah melihat Andrew sebegini.

"Asshaduanlahilahaillallah Waashaduannamuhamadarrasulloh,"perlahan sahaja Andrew bertutur.

"Andy!" panggil Sara kerana kehairanan Andrew mengucapkan Syahadah. Andrew membuka matanya ada airmata yang menitis. "Andy..."

"Sara, I love you," ucap Andrew. "Aku tak tahu  mengapa, di mana dan bagaimana. I just feel I love you," kata Andrew memegang erat tangan Sara. Sara mengeluh. Memori Andrew kembali sedikit demi sedikit.

"Sekarang kau sedar kau ialah Islam. No alcohol or judi or babi or sleeping around," kata Sara. Andrew ketawa tapi masih memegang kepalanya.

"Don't leave me," bisik Andrew dan dia tertidur kerana kesakitan yang terlampau. Ma Shang Wu meluru masuk ke bilik itu.

"Xiaojie!" panggil Ma Shang Wu.

"Dia tertidur tadi dia dalam kesakitan. Tak sempat memberi dia minum air madu," beritahu Sara perlahan suaranya. Dia bangun dan Ma Shang Wu memeriksa nadi dan suhu badan Andrew. 

"Saya bawa ubat Liu Li," beritahu Ma Shang Wu menunjukkan beg ubat di tangannya.

"Nasib baik dia  bawa ubat. Baiklah selepas dia sedar nanti, Wu er, tolong bagi dia makan dan bagi dia makan ubat ok?"kata Sara. "Aku mesti berbicara dengan Shu Daren sebentar."

"Baik xiaojie," ucap Ma Shang Wu. 

"Soo Mi, tolong buat bubur nasi untuk LIu LI dan bawakan ke mari. Oh ya, kau bantu Wu er di sini sampai Liu LI sembuh," arah Sara. Soo Mi menunduk hormat. "Aku keluar dulu," kata Sara terus  berlalu. Hatinya seumpama terjerut melihat Andrew dalam kesakitan begitu. Rasa simpati, dan kasihan memenuhi ruang hatinya. "Baiklah Andy, kau sudah berada di sini akan aku bantu kau mengingati kembali," kata Sara sendiri.

Sara pergi mencari Shu Wu Ji kerana dia dapat merasakan jiwa Shu Wu Ji tentu tidak tenteram dengan kehadiran Andy.

"Wu Ji, Shuang er.."panggil Sara dari luar.

"Masuk sekarang!" Potong Shu Wu Ji sebelum Sara menghabiskan ayatnya. Dia menarik nafas panjang kerana nada Shu Wu Ji begitu tegas. "Kamu semua keluar dari sini,"arah Shu Wu Ji kepada hamba-hambanya. Sara tersenyum kambing. 'Sara kau bertenang ya,'bisik hati Sara. Sara sangat pantang Shu Wu Ji meninggikan suara kepadanya. Setelah bilik yang besar itu hanya ada mereka berdua. Sara memberikan senyuman paling manis kepada Shu Wu Ji. Shu Wu ji memandang Sara seketika. "Kau ingat dengan senyuman yang cantik itu akan menenangkan jiwa aku?"tanya Shu Wu Ji dengan nada yang lebih lembut. Sara terus tersenyum.

"Wu Ji, aku sumpah tak tahu kenapa mengapa dan bagaimana Andy boleh berada di sini."

"Dan kau mahu dia berada di sampingmu selalu,"balas Shu Wu Ji kecewa.

"Satu sebab kenapa di sini kau juga tahu dia adalah perentas masa seperti aku. Kedua, he really wants his memory back."

"Aku tahu. Tapi Sara, aku cemburu."

"Kami dah bercerai,bukan?"

"Selepas ingatannya kembali dan dia tidak mahu melepaskan kau bagaimana?"

"Not my problem!"selamba saja jawapan Sara. Shu Wu Ji terpempan dengan jawapan Sara.

"Sara, aku serius ni,"balas Shu Wu Ji menyimpan ketawa. Sara mendapatkan Shu Wu Ji. Dia berdiri di hadapan lelaki sasa itu.

"Aku ke sini kerana kau. Dan aku pasti aku mahu menjalani hidup aku dengan kau." Shu Wu Ji memandang Sara dengan penuh kasih sayang.

"Maafkan aku."

"Kau memang kuat cemburu. Sebab itu kita asyik bergaduh setelah menjadi suami isteri. Boleh tak aku minta sesuatu?"ucap Sara. Shu Wu Ji mengangguk. "Berikan sedikit kepercayaan kepada aku,"pujuk Sara.

"Jadi isteri aku sekarang!"bisik Shu Wu Ji.

"Lagi dua bulan,"bisik Sara kembali. "Kita makan bersama ya?" Shu wu ji bersetuju. Mereka hanya makan berdua selepas itu.

"

"

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now