101(-ale)

282 24 21
                                        

Dua minggu berlalu dan Sara melalui fasa pemulihan tanpa Shu Wu Ji. Dia nampak ceria seperti biasa tetapi bila malam menjelma kesunyian tanpa Shu wu ji begitu tebal di jiwanya. Dia rindukan senyuman Shu wu Ji. Dia rindukan suara Shu Wu Ji memanggilnya. Dia begitu merindui suaminya.

Dia ke bilik bacaan bersama mamatok dan Salina. Setiap potret dan kaligrafi Shu Wu Ji dilihatnya.

"Mak, mamatok, Sara dah semakin baik. Bolehkah Sara nak minta izin dan restu untuk terus hidup bersama Shu Wu Ji?"

"Jika itu takdir Sara, Mak dah mula mengerti. Mak izinkan."

"Mamatok juga izinkan. Kalau abang-abang bertanya kami kan ceritakan segalanya."

"Cuma mak harap, satu hari nanti sebelum mak pergi selamanya mak dapat melihat Sara bahagia di depan mata."

"Kalaulah Shu Wu Ji boleh ke sini menjalani hidup...hmm...itu tak mungkin sebab perentas masa ialah Sara." Mamatok dan Salina memeluk Sara seperti tidak mahu melepaskan. "Kotak kayu tu ialah pengantara Sara akan menulis pada mak dan mamatok dan letakkan dalam kotak kayu itu."

"Mamatok mengantuk mamatok pergi tidur dulu mari Sal." Dalam hati mereka, mereka tahu yang Sara akan pergi kepada Shu Wu Ji. Sara berteleku di meja bacaan merenung potret Shu Wu Ji dan dirinya di hari pernikahan. Dan dia menangis semahu-mahunya di situ. Dalam esakan tangis dia tertidur.

"Shuang er..."lembut suara itu memanggilnya. Dia membuka matanya dan airmatanya mengalir lagi. Kali ini airmata kegembiraan. Sara memeluk Shu wu Ji yang berlutut di tepi kerusinya.

'Wu Ji kau tak apa-apa?"

"Aku berada di Qing An sejak kau hilang." Sara masih lagi memeluknya. "Lukamu bagaimana?"Keduanya menangis bersama.

"Beransur pulih."jawab Sara masih dengan airmatanya. Shu Wu Ji meleraikan pelukannya dan mengesat airmatanya dan Sara. "Lama ke kau menungguku?

"Tiga hari tiga malam."

"Hah! Tapi dua minggu aku dirawat."

"Aku berdoa setiap hari kau selamat dan kita boleh bersama Shuang er."

"Betul tiga hari?"

"Kenapa?"

"Aku takut kau dah berumur 80 tahun."

Shu Wu Ji ketawa.

"Kalau tua lagi kau akan meninggalkan aku?"

"Tak kalau tua lagi orang ingat aku anak kau pulak."

Shu Wu Ji mengusap pipi Sara.

"Qin Ai de, jangan tinggalkan aku lagi. Aku benar-benar tidak boleh hidup tanpa kau di sisi."

"Mak dan mamatok merestui perkahwinan ini."

"Kalau boleh aku mahu seluruh keluarga kau di sini."

Sara tersenyum. "Mari kita bina hidup baru Wu Ji. Hanya kita berdua."

"Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidup aku bersamamu."

"Er...Li-"

"Li Yang Jian telah diturun kan pangkat dan sudah diisytihar tidak waras. Jadi seluruh keluarganya berpindah jauh dari ibukota."

Sara menarik nafas lega.

"Hari dah jauh malam, mari kita ke bilik,"ujar Shu Wu Ji. Tanpa.disuruh dia mengendong Sara ke rumah utama.

"Wu Ji, kau cinta aku selamanya."

"Dan kau cinta aku selamanya." Shu Wu Ji mengucup dahi isterinya.

*****************

20 tahun kemudian.

"Ah Wu keadaan Houye?"tanya Sara resah.

"Keadaan kesihatan Shu Houye merosot kerana dia banyak kecederaan ketika mudanya."

"Apa maksudnya?"

"Dia tak ada banyak masa lagi hou furen"

Perasaan sebak dan kesedihan yang amat sangat memenuhi setiap ruang hatinya. 'Wu Ji bagaimana aku mahu hidup tanpa mu?'

"Berapa banyak masa yang kami ada?"

"Soon"

"What? Ah Wu takkan kita tak boleh ikhtiarkan apa-apa?"

"Kansernya sudah merebak ke seluruh tubuhnya Houfuren."

Airmatanya bercucuran.

"Terima kasih Ah Wu. Kau banyak membantu kami."

"Shuang er, I know it will be hard. Tapi Shuang er mesti kuatkan hati demi Shu Houye."

"Aku tahu.'

"Aku minta diri dulu."

Ma Shang Wu meninggalkan mereka berdua di situ. Sara duduk di sisi Shu Wu Ji yang semakin lemah. Dia cuba menahan airmatanya.

"Qin ai de, aku ingin melihat keindahan bunga sakura di halaman rumah."

"Baik sayang. Mari." Sara menggunakan bantuan pekerjanya untuk membawa Shu Wu Ji ke laman mereka yang besar dan penuh dengan sakura merah jambu.

"Harum sungguh bau bunga,"kata Shu Wu Ji lemah. Sara memeluknya erat. "Walau cantik bunga-bunga di sini, kau lebih jelita." Airmata Sara turun jua. Dia cuba menahan esakannya. "Sejak kita bertemu di bahtera dari Melaka. Hanya kau yang aku mahu. Terima kasih kerana memilih diriku dan terpaksa meninggalkan keluargamu." Kata-katanya terhenti seketika kerana dia terbatuk kecil. "Qin ai de, cintaku kepadamu takkan pernah hilang. Aku-"

"Wu Ji, bertenanglah."

"Aku mencintaimu selamanya." Shu Wu Ji menanggalkan cincin ibu jari jed ungu dan menyarungkannya ke ibu jari kanan Sara.

"Kau jua adalah cinta aku selamanya," Sara memeluk Shu Wu Ji lebih erat. Airmatanya deras mengalir.

"Kalau boleh ingin aku bersamamu lagi sayang." Sara sudah terlalu hiba untuk berkata apa-apa. "Aku bahagia hidup denganmu dan kau ialah isteri terbaik buatku."

"Wuji- kau sajalah suamiku dunia akhirat,"ucap Sara tersekat,-sekat. "Wo zhende ai ni. Mengucap sayang. La ila haillah."

"La ila ha illah,"ucapan terakhir Shu Wu ji hanya didengari oleh Sara.

"Wu ji!Wuji!jeritan Sara menggamit semua pekerja di situ. Ketika Shu Wu Ji dibantu oleh orang lain Sara jatuh pengsan di situ.

"Sara...Sara..."panggilan itu mengejutkannya.

"Mamatok?"

"Sara tidur sini ke malam tadi?"

"Tidur mana?"tanya Sara yang masih kebingungan.

"Tidur di bilik bacaan ni."

"Hah?! Bukan-" kata Sara terkejut. Dia menyapu wajahnya dan terkejut melihat cincin Shu Wu Ji di jarinya. Dia mengerti yang dia sudah pulang ke pangkuan mamatok untuk selamanya

"Sara ok tak ni?"tanya mamatok mengerut dahi. Sara tersenyum.

"Sara mamai. Andrew mana?"

"Ada ni. Come on bersiap kita breakfast sama,-sama."sampuk Andrew. Sara mengangguk. Itulah kali terakhir dia bersama Shu Wu Ji. Panglima Tanah Ming cinta Sara selamanya. 'Terima kasih sayang atas segalanya,'bisik hati Sara.

-T.A.M.A.T

##Terima kasih atas kesabaran anda###




Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang