"Haiyo!' keluh Sara mengurut dadanya sendiri. "Kau tak apa-apa Pipit, betul ni?"tanya Sara bersimpati di samping hendak ketawa melihatkan Pipit yang terkejut.
"Pipit tak apa-apa Cik Muda, cuma terasa sengal di pinggang," kata Pipit yang mengibas debu tanah di tubuhnya. Selepas itu dia memandang Sara.
"Hello?"tanya Sara memetik jarinya di hadapan Pipit. Pipit yang terpana tersenyum hambar.
"Sebab itukah, Cik Muda sangat bijak sekali?"tanya Pipit. Sara terketawa.
"Kau tahu PIpit, wanita di zaman aku hebat-hebat. Bukan sahaja mereka cantik bak bulan purnama malah boleh mentadbir negara," ujar Sara. Mereka meneruskan langkah walaupun Pipit terhencut-hencut. "Kita balik dulu, nanti aku ceritakan lagi. Ma Shang Wu boleh membantu melihat kaki kau yang terseliuh itu."
"Er, Cempaka, Ah Wu juga dari zaman Cempaka?"tanya Pipit perlahan. Sara mengangguk.
"Ma Shang Wu dan Andy adalah doktor. Doktor itu adalah seperti dukun dan tabib tetapi mereka ini tabib cara orang barat."
"Orang barat?"tanya Pipit menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Orang putih? Yang banyak berdagang di pasar orang asing seperti di Melaka."
"Ohh, yang kulitnya merah seperti udang dibakar itu?"tanya Pipit lagi.
"Bijak!"
"Cempaka, PIpit risaukan Shu Daren."
"Aku juga PIpit, tetapi kerisauan melampau apalah gunanya. Hanya akan membuat aku kebingungan."
"Apakah yang kita akan lakukan seterusnya?"tanya Pipit.
"Pertanyaan itu aku sendiri tidak tahu menjawabnya. Nenek aku pernah berkata, setiap masalah akan selesai bila tiba masanya."
"Bijak sungguh nenek Cempaka. Nenek Pipit juga pernah bilang hidup ini punya banyak rintangan. Boleh atau tidak kita menghadapinya hanyalah dengan satu cara."
"Apakah itu?"tanya Sara.
"Kesabaran," jawab Pipit. Sara menghela nafas panjang. Walau dia kelihatan biasa tetapi pelbagai soalan timbul di benaknya. Pelbagai perasaan yang dirasakan. Adakah ini pengembaraannya yang terakhir? Dia sendiri merasakan yang perjalanan pengembaraan masa ini sudah sampai ke penghujungnya. Antara cintanya kepada Shu wu JI dan realiti yang tidak masuk akal baginya tetapi setiap emosi dan perasaan dirasakan sehingga ke tulang.
Shu Wu Ji yang sedang duduk di pejabat di kapal perang itu melihat sahaja peta lautan yang terbentang luas. Kehadiran Li Yang JIan ke Guangzhou sedikit sebanyak mengganggu fokusnya. Hatinya tertanya-tanya kenapa Li Yang Jian begitu tegar ke mari. Ah Chan masuk membawa sedulang makanan. Hanya makanan yang ringkas, bubur nasi dan sayuran goreng.
"Daren, makanlah sedikit," tegur Ah Chan. Shu Wu JI menggelengkan kepalanya. "Kenapa Daren? Adakah kerana Daren merasa risau akan Shu Furen?"
"Betulkah maklumat yang kita perolehi?"
"Maklumat yang mana Daren?"
"Li Yang JIan terlibat dalam komplot lanun kali ini?"soal Shu Wu Ji memandang Ah Chan.
"Daren, dari penyiasatan perisik kita, sememangnya LI Houye terlibat tetapi LI Houye sangat bijak, tiada dapat dikaitkan hubungan mereka."
"Takkan dia tidak meninggalkan apa-apa kesan?"
"Jika telahan Ah Chan tepat, Li Houye ke sini hanya mahu memastikan Daren gagal dalam misi Maharaja kali ini."
"Aku tahu, dia sebenarnya mengejar Shu Furen," balas Shu Wu Ji menghela nafasnya dan melangkah ke tingkap kecil.
"Apa yang Daren cakapkan ini?"
"Li Houye, tidak mensasarkan dendam ke seluruh armada. Dia hanya mensasarkan aku sahaja."
"Daren-"
"Berhati-hati. Tingkatkan kawalan."
"Tapi kenapa Daren? Kenapa Li Houye begitu mahukan Shu Furen?"
"Kerana hanya Shu Furen sahaja dalam dunia ini yang dia tidak dapat memiliki."
"Tapi-"
"Ah Chan, malam ini, jangan beritahu sesiapapun aku turun ke kapal kedua. Tugaskan seseorang untuk menyamar sebagai aku di bilik ini. "
"Baik Daren!" kata Ah Chan seraya meninggalkan Shu Wu JI berseorangan. 'Shuang er, begitu hebat ujian hanya untuk kita hidup bersama. Jika inilah takdir kita-' rintih Shu Wu Ji. Dia tahu yang dia cuba mengubah takdir hidupnya. Hatinya begitu rawan. Ruang yang luas, masa yang panjang memisahkan mereka berdua. Untuk kali kedua Sara menjadi isterinya. Untuk sekian kalinya mereka terjerumus dalam jurang yang sangat dalam.
"Shuang er, aku akan perjuangkan hidup kita. Namun jika ini adalah takdir yang membuatkan kita berdua tiada rezeki untuk bersama..." bisik Shu Wu Ji. Tidak sanggup dia menyudahkan kata-kata itu.
Li Yang Jian yang ke dermaga mencari perisiknya menunggu di rumah teh Ming Lan.
"Houye," tegur lelaki yang bertopi jerami .
"Pastikan Shu Wu JI tidak dibunuh," tegas Li Yang JIan.
"Apa? Houye, pembunuh upahan itu sudah pun belayar bersama armada."
Li Yang Jian menepuk meja.
"Pastikan dia akan terus hidup sehingga dia berlabuh semula. JIka tidak seluruh keluarga kau akan kubunuh!"keras kata-kata Li Yang Jian sambil berlalu dari situ. Dari tadi tangan kanannya semakin kebas.
"Houye!" panggil perisik itu berlarian mendapatkannya.
"Aku tahu dia berada di laut. Hanya satu cara, pastikan lanun-lanun itu tidak memerangi armada maharaja. Hilangkan diri kamu!"
"Tapi Houye-"
Li Yang JIan mencekak leher lelaki itu.
"Kau pastikan Shu Wu JI masih hidup sehinggalah aku beri arahan baru, faham!" Dia menolak lelaki itu ke dinding. Lelaki itu hanya terpaku mendengarkan arahan yang tidak munasabah. Nampaknya dia tiada jalan lain kecuali memyampaikan arahan itu kepada ketua lanun walaupun besar kemungkinan pembunuhan Shu Wu Ji tidak dapat dielakkan. Tanpa berlengah, dia pergi ke dermaga untuk pergi ke pulau persembunyian lanun-lanun itu.
Seluruh tubuh Li Yang Jian menggigil. Mungkin itu adalah racun yang sudah mengalir ke seluruh tubuhnya,fikirnya. Dia pulang ke kediaman hinggapnya dan melihat orang-orangnya masih lagi pengsan di temot mereka.
"Lairen!"jerit Li Yang Jian. Masa pertukaran giliran tiba dan pengawal-pengawal itu masuk dan terkejut.
"Apa yang sudah terjadi?"bisik mereka sesama sendiri.
"Bawa semua mereka ke rumah belakang. Asingkan lelaki perempuan,"arah Li Yang Jian. "Aku mahu 2 orang lagi datang membantu aku sekarang,"sambung Li Yang Jian. Badannya terasa semakin lemah. "Kirimkan berita kepada Zheng Xiaojie, ini,"tunjuknya kepada pengawal lain yang ada di situ.
"Zheng xiaojie?"
"Shu Furen di rumah tumpangan Zheng,"jawab Li Yang Jian.
"Baik,"balas pengawal itu dan berlari keluar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Chick-LitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...