Shu Wu Ji pulang ke biliknya bertemankan Ah Chan yang masih terbatuk-batuk. Shu Wu Ji melihat keadaan Ah Chan dan dia sangat berbangga kerana kesetiaan Ah Chan kepadanya.
"Kau hantar saja orang bawahan memanggil Pipit ke mari. Aku cutikan kau untuk dua hari. Duduklah di rumah."
"Tapi Daren, Ah Chan tak apa-apa."
"Kalau kau tak mahu mendengar Zheng Xiaojie membebel kau baik cuti. Aku tak jamin telinga kau tak berdarah mendengar bebelannya."
Ah Chan ketawa terbatuk-batuk. Dia boleh membayangkan situasi itu.
"Kalau macam tu, Ah Chan cuti,"kata Ah Chan mengalah. "Ah Chan minta diri dulu Daren,"pinta Ah Chan. Shu Wu Ji hanya menggamit selamat jalan kepada Ah Chan. Dia melihat Zhao Ying dan Lee Min setia menemaninya di situ.
"Aku mahu secawan air,"pinta Shu Wu Ji. Zhao Ying cepat-cepat mengisi cawan kosong dan memberikan kepada Shu Wu Ji. "Aku belum tahu nama kalian,"kata Shu Wu Ji selepas menghabiskan air itu.
"Xiaoren ialah Zhao Ying, ini Lee Min. Lee Min bisu Daren,"balas Zhao Ying hormat.
"Siapa yang tugaskan kamu berdua ke mari?"
"Zheng Xiaojie, Daren,"jawab Zhao Ying. Shu Wu Ji tersenyum. Hatinya begitu bersyukur Sara kembali kepadanya.
"Aku mahu tidur,"beritahu Shu Wu Ji. Zhao Ying memberitahu Lee Min dengan bahasa isyarat. Zhao Ying mendapatkan Shu Wu Ji untuk menanggalkan kasutnya. Dan Lee Min membawa besen air dan tuala bersih. Mereka menanggalkan baju luaran Shu Wu Ji dan memastikan Shu Wu Ji selesa untuk tidur. "Terima kasih,"ucap Shu Wu Ji yang membuatkan Zhao Ying sedikit terkejut. Di rumah itu hanya Sara yang selalu mengucapkan terima kasih. Dia hanya mengangguk tanpa bersuara.
Sara melihat jamnya menunjukkan jam 2 pagi. Dia tidak dapat tidur selagi tidak tahu punca kebakaran itu. Dia merasa dahinya. 'ok tak demam,'kata hatinya. Dia menyelak selimut dan menyanggul rambutnya yang separas bahu itu.
"Aku mesti balik ke bilik bacaan itu,"bisiknya. Dia keluar perlahan-lahan memastikan jejaknya tidak berbunyi. Jarak bilik yang dihuninya dan bilik bacaan lebih kurang 2 minit berjalan lenggang kangkung. Setiap tapak yang diambil bau kayu terbakar menusuk hidungnya semakin kuat. Sesampainya di situ kelihatan Zhen gugu sedang menguis kayu-kayu yang terbakar dengan sebatang kayu. Sara menyorok di balik pokok. 'Pelik tu, satu kenapa dia kat situ?Kedua, dia sedang cari apa tu tengah malam buta ni?'soal hatinya. Zhen gugu melemparkan kayu yang dipegangnya dan menyapu tangannya ke baju.
"Terbakar semuanya. Setakat potret tak menentukan kau pewaris rumah ini!"bebel Zhen gugu seorang diri. Sara menggelengkan kepalanya rasanya dia boleh meneka siapakah pendengki di rumah itu dan dia yakin Zhen gugu ada kaitan dengan kebakaran itu. Tapi bagaimana hendak dia buktikannya? Sara batuk dengan kuat sekali dan itu mengejutkan Zhen Gugu.
"Shei?"jerit Zhen Gugu.
"Shi wo,"jawab Sara keluar dari tepi pokok.
"Kenapa menyorok di balik pokok?"tanya Zhen Gugu keras.
"Tiada siapa yang menyorok! Aku baru saja tiba di sini,"jawab Sara melangkah menghampiri. Zhen gugu masih berlagak di hadapannya.
"Aku tak tahu di mana kau datang tapi ini semua milik Yi er,"bentak Zhen Gugu.
"Maksud gugu bilik bacaan yang dah rentung ni?"usik Sara.
"Semua di tanah ini!"
Sara ketawa.
"Kenapa kau ketawa?"tanya Zhen gugu.
"Kerana aku kagum dengan keyakinan kau"jawab Sara berjalan untuk lebih dekat. "Apa bukti kau jika kau katakan aku bukan pewaris rumah ini?"tanya Sara bersahaja.
"Apa bukti kau yang kau adalah pewaris rumah ini?"
"Eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik,"balas Sara tertawa kecil. "Baik aku bagi tiga hari untuk kau buktikan yang aku bukan pewaris rumah ini."
"Jika aku dapat buktikan?"
"Aku akan tinggalkan semuanya,"jawab Sara yakin. Tapi jika aku boleh buktikan yang aku ialah pewaris rumah ini. Woo Wei Young tidak akan menjadi gundik Shu Daren lagi. Dan Yi er, akan dibuang dari salasilah keluarga Shu."
Zhen Gugu terdiam.
"Bagaimana?"tanya Sara.
"Kau jangan ingat kau cerdik,"keji Zhen Gugu. Sara menguap dan menggeliat.
"Siapa saja yang ditangkap cuba membunuh aku malam ini, tak kira siapa aku akan bunuh dia dengan cara yang sama,"selamba sahaja Sara berkata sambil membetulkan urat.
"Jangan menuduh kalau tiada bukti,"balas Zhen gugu.
"Nasihat yang sama aku beri kepada kau,"kata Sara lalu berpaling meninggalkan Zhen gugu. Perasaan geram Zhen gugu membuak-buak sehinggakan dia ingin sahaja menarik rambut Sara. Sara berpaling dan melambai selamat tinggal dengan senyuman yang lebar. Itu membuatkan hati Zhen gugu lebih geram.
"Hadoilah baru 24 jam aku di sini dah jumpa musuh. Popo tak boleh ke aku hidup aman tenteram bila pulang ke sini?"bebel Sara sendiri memegang rantai mutiara di lehernya. Dia terus ke dapur. Kelakuan Zhen gugu sedikit sebanyak membimbangkannya. Dia masuk ke dapur. Merenih tulang lembu untuk bubur nasi Shu Wu Ji. Kadang-kala dia terbatuk-batuk. Dia melihat ada cendawan shitake lalu mencampurkan ke dalam bubur itu. Dia memasak nasi seperiuk besar untuk seisi rumah itu. Dia memotong sayuran dan menggoreng ayam yang dipotong kecil-kecil. Dia mengambil masa sehingga awal subuh. Hamba-hamba yang bekerja di dapur terkejut melihat sarapan telah tersedia.
"Zheng xiaojie?"tegur ketua dapur.
"Ya, maaf saya lupa bertanyakan nama kamu semalam,"sambut Sara menanggalkan apronnya.
"Li Meng,"beritahu ketua dapur yang lebih kurang sebaya dengan Shu Wu Ji.
"Ohh...Li Shifu,"panggil Sara. Li Meng tersipu-sipu apabila Sara memanggilnya tuan guru.
"Shenme Li Shifu?"katanya termalu-malu. Pembantu-pembantu dapur berbisik dan ketawa kecil sesama sendiri melihat ketua dapur
yang garang itu menjadi pemalu. Sara tersenyum. "Panggil saja Li Chushi,"sambungnya lagi."Hao, Chushi. Islam?"tanya Sara.
"Ya, semua di dapur, Shu Daren telah mengislamkan kami,"jawab Li Meng. Sara terdiam. 'Wow Shu Wu Ji, hebat kau,'puji Sara dalam hati.
"Ermm, hidangkan nasi, ayam dan sayur untuk semua ya?hanya bubur nasi itu untuk Daren."
"Bila hendak dihidangkan Xiaojie?"tanya Li Meng.
"Macam biasa. Cuma buat hidangan untuk 3 orang di rumah utama. Panggil Woo xiaojie bersarapan bersama saya dan Shu Daren."
"Hao..."jawab semua serentak.
"Saya balik ke bilik dulu," kata Sara meminta diri. Hilang saja Sara di situ mereka berebut merasa ayam goreng dan sayur masakan Sara.
"Wah, boleh tahan xiaojie memasak,"puji salah seorang hamba di situ mereka ketawa sesama sendiri kerana gembira. Sarapan sudah tersedia dan kini mereka hanya perlu mengemas dapur yang agak besar itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Chick-LitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...