11

220 31 0
                                        

Sara menapak perlahan-lahan menuju ke biliknya. Sengaja dia berbuat demikian. Dia ingin melihat langit cerah matahari naik. Dia nampak ada bangku di bawah sekumpulan pokok-pokok ume dan sakura. Warna merah jambu dan ungu bersilih ganti mendamaikan hatinya. Dia sangat mengantuk ketika itu tetapi dia ingin bersarapan sebelum beradu tanpa diganggu. Melihat langit berwarna jingga dan ungu mengasyikkannya. Dia tahu dia sudahpun bercuti dari solat apabila dia sedang memasak tadi. Dia menghirup udara yang segar semahunya.

"Jiaofu, Shuang er sangat rindukan Jiaofu," bisiknya sendiri. Tiba-tiba dia terasa ada seseorang memakaikannya sehelai baju luar. Dia berpaling dan melihat Shu Wu Ji berdiri di situ. "Kau tahu tak elok kau kesejukan begini?"tanya Sara sambil menghesot ke tepi sedikit dan Shu Wu JI datang duduk di sisinya.

"Aku tahu, tapi aku lagi takut jika aku bangun kau tak ada," ucap Shu Wu JI. Sara tersenyum. "Tak boleh tidur semalam? Aku dengar ahli dapur semua terkejut kau memasak untuk semua sarapan pagi ini." Sara mengangkat bahunya.

"Jika kau takut aku hilang pagi ini, aku takut aku pulang tanpa aku rela," balas Sara.

"Apa yang membuat kau pulang ke mari Sara?"tanya Shu Wu JI lagi.

"Tidak pernah sesaat aku berhenti mengenang semua yang ada di sini Wu JI. Apatah lagi apabila aku diceraikan secara tiba-tiba."

"Boleh kau ceritakan apa yang telah berlaku sebenarnya?"

"Andy hendak ke tempat kerja tetapi dilanggar lari oleh sebuah lori. Selalunya dia memandu tetapi pagi itu dia mahu membawa motorsikal besarnya. Dia terpelanting dan kepalanya terkena bahu jalan. Selama seminggu dia koma dan apabila dia terjaga, dia tidak mengenali aku sebagai isterinya."

"Selepas itu, dia terus ceraikan kau?"tanya Shu Wu JI. Sara mengangguk. 

"Mulanya aku sendiri keliru tapi aku menerima kotak kayu yang berisi lukisan kau dan surat-surat kau dan juga wasiat jiaofu. Dan popo memberikan pilihan untuk aku kembali. Tetapi kali ini, aku kembali ke sini sebagai Sara. Bukan Cempaka Sari bukan Mo Li Hua."

Shu Wu Ji menghela nafas panjang.

"Aku bersyukur kau bercerai,"ucap Shu Wu Ji tiba-tiba.

"Hei! Tak baik tau,"kata Sara ketawa.

"Kau cintakan Andrew?"tanya Shu Wu Ji.

"Dia sangat baik, penyabar, bijak aku tak dapat bayangkan jika dia tak ada-dululah,"jawab Sara. Shu Wu Ji terdiam.seketika.

"Masihkah ada sayang kau pada aku Sara?"

"Kau cinta pertama aku Wu Ji. Sampai sekarang aku mencintai kau. Aku kahwin dengan Andy kerana hanya dia yang layak untukku di zaman aku."

"Adakah kau merinduinya?"tanya Shu Wu Ji seakan berjauh hati. Sara memandang wajah Shu wu Ji yang nampak lebih sihat dari sewaktu dia datang.

"Aku cuma mahu dia menjadi sihat dan boleh bertugas semula."

"Kau rindukan dia tak?"tanya Shu Wu Ji lagi. Sara tertawa kecil.

"Of course. Dia bersusah-senang dengan aku selama ini. Dia tahu perasaan aku terhadap kau dan dia cakap, dia tidak mahu bersaing dengan kau. Itu yang membuat aku merasa sangat terharu. Sebab itu aku bersetuju berkahwin dengannya. Dan pada masa itu,aku tak punya harapan untuk pulang semula ke sini,"terang Sara. Shu Wu JI berpaling kepadanya dan mengamati wajah Sara. "Kenapa kau tengok aku macam tu?"tanya Sara.

"Aku tahu kita berpisah dalam situasi yang cukup teruk. Aku tahu aku sikap cemburu aku keterlaluan dan aku bukan sengaja Sara."

"Aku faham Wu Ji. Kita berasal dari dua dunia berbeza. Cara kita berbeza. Fikiran kita berbeza."

"Aku janji aku takkan jadi macam tu lagi."

"Zhen de?"usik Sara.

"Demi Allah,"balas Shu Wu Ji bersungguh-sungguh. Dia menyentuh tangan Sara. "Sudikah kau Sara Amalina Sallehuddin menjadi isteri seorang tua Shu Wu Ji?"tanya Shu Wu Ji yang menjemput gelak Sara.

"Aku sudi, tetapi selepas 3 bulan."jawab Sara.

"Aku takut kau meninggalkan aku lagi,"ucap Shu Wu Ji seakan merajuk.

"Percaya dengan jodoh ok? Semua itu di tangan Allah. Kita berdoa sahaja hari-hari,"pujuk Sara. "Hari pun dah siang, sarapan nak?"

Shu Wu Ji mengangguk.

"Come, I will help you to walk to the main house,"kata Sara sambil.berdiri. Shu Wu Ji menghulurkan tangannya kepada Sara. Sara menarik lembut tangan itu untuk membantu Shu Wu Ji berdiri. Shu Wu Ji dipapah perlahan oleh Sara.

"Wo ai ni,"bisik Shu Wu Ji.

"Wo ye ai ni,"bisik Sara. Mereka berbalas pandangan dan tersenyum manis. Zhen gugu yang menyediakan air mandi Woo Wei Young ternampak Sara dan Shu Wu Ji berjalan begitu mesra bersama. Dia terus masuk ke bilik.

"Melampau! Perempuan tak tahu malu!Jijik aku melihat dia menggoda Shu Daren."

Woo Wei Young yang sedang dimandikan itu merasa hairan melihat Zhen gugu marah-marah.

"Kenapa gugu?Pagi-pagi sudah angin ni?"

"Young er, bersiap secantiknya. Pagi ini kau bersarapan dengan Shu Daren. Jangan kalah dengan perempuan kulit hitam tu."

Wei Young mengeluh panjang.

"Zheng Shuang ialah wanita yang istimewa gugu. Sebab itu Zheng gonggong mengambilnya sebagai anak angkat. Zheng gonggong sangat sayangkannya sampai dia memanggil dua anak angkat lain dengan nama yang sama."

"Young er. Kenapa kau berbicara begini? Kau tak boleh bagi muka dengan perempuan itu. Gugu tak percaya dia pewaris rumah ini. Gugu janji akan membuktikan yang dia itu penipu!"tegas Zhen gugu. Wei Young mendiamkan diri sahaja melihat kemarahan Zhen gugu.

Woo Wei Young bersiap secantiknya untuk.bersarapan dengan Shu Wu Ji. Hatinya berbunga-bunga. Sudah lama dia idamkan untuk bergaul-mesra dengan Shu Wu Ji. Dia dan Zhen gugu masuk ke rumah utama. Shu Wu Ji sedang duduk di ruang tamu.

"Daren,"panggil Woo Wei Young. Shu Wu Jie mengangkat mukanya. Woo Wei Young memberikan hormat kepadanya. "Daren nampak lebih sihat dari semalam,"tegur Wei Young manis. Dia mengambil tempat di sebelah kanan. Shu Wu Ji hanya mengangguk. "Yi er berada di ibukota dan dapat bekerja dengan baik,"beritahu Woo Wei Young. "Dia mahu mengikut balik tetapi ada tugas yang perlu diselesaikan."

"Kamu telah menjalankan tugas seorang ibu dengan baik, Wei Young," kata Shu Wu Ji bersuara. Woo Wei Young memandang Zhen gugu dan tersenyum.

"Apa yang ditunggu lagi? Mari kita sarapan. Lai ren,"panggil Wei Young.

"Zheng xiaojie masih belum datang,"tegur Shu Wu Ji.

"Wo lai le!"sampuk Sara berjalan masuk. "Shu Daren, Woo Xiaojie, selamat pagi."

"Tak adab langsung, membuatkan Daren menunggu,"bebel Zhen gugu dalam dengar tak dengar. Shu Wu Ji sudah kelat mukanya mendengarkan kata-kata Zhen gugu.

"Airen baru sampai?"tegur Shu wu Ji. Panggilan airen bermaksud sayang itu mengejutkan Zhen gugu dan Woo.Wei Young.

"Ya, maaf terlewat sedikit. Shuang er terlena sebentar tadi,"beritahu Sara lalu menunduk hormat kepada Woo Wei Young.

"Tolong Wu Ji berjalan ke meja,"pinta Shu Wu Ji.

"Sudah tentu, mari,"kata Sara memegang lengan Shu Wu Ji membantunya berjalan ke meja.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang