"Xiaojie!"panggil khadam-khadam yang terkejut melihat mereka bertiga terjun ke dalam kolam.
Sara,Ma Shang Wu yang tenggelam dan malam yang tiada berbulan membuatkan kesemuanya gelap. Ma Shang Wu dan Andrew menarik Sara untuk timbul ke atas.
"Xiaojie! Gongzi!" Teriak mereka di tepi kolam. Ada yang terjun membantu ada membawa tanglung bagi membantu membawa Sara dan kedua lelaki itu naik ke darat. Rasa kesejukan menggigit segenap lapisan kulit mereka. Suasana agak kecoh seketika.
"Shuang er!"tegur Ma Tai tai yang dipimpin oleh Jin Momo. "Cepat bawa mereka ke bilik. Salin pakaiannya dan bawa air halia panas. Sekarang!"arah Ma Taitai. Andrew melihat Sara yang kesejukan. "Mari Shuang er gongzi berehat di bilik. Laolao akan panggilkan taiyi.'
Mereka menuruti sahaja arahan itu dan balik ke bilik masing-masing.
"Sejuk giler kot,"kata Sara berbisik. Dia melihat Andrew dan Ma Shang wu dan dia tertawa dalam hati. Dia pasti kedua lelaki itu menyumpahnya tak sudah. 'Kenapa tak berjaya,'tanya Sara dalam hatinya. Dia memeluk tubuhnya yang kedinginan. Terasa seperti seribu jarum mencucuk tubuhnya.
Sara dibantu oleh beberapa pembantu untuk menyalin pakaian dan dia berselubung dalam selimut tebal.
"Shuang er, kenapa terjun ke kolam? "Tanya Ma Taitai menyuapkan air halia suam ke mulut Sara.
"Terjatuh laolao, Shuang er tersadung akar pokok,"jawabnya berbohong menggigil-gigil. Ma taitai menggelengkan kepalanya.
'Taiyi bilang minum ubat dan air halia ini malam ini."
"Terima kasih laolao. Selamat malam,"ucap Sara. Sara ditinggal keseorangan.
"Apa yang tidak kena ya?"tanya Sara sendiri. Dia sambil memeluk selimut bermenung seketika. Dia melihat nota di samping kotak loket tadi. Dia dengan bersusah-payah membawa selimut di tubuhnya untuk mengambil nota tersebut. Sambil terbatuk-batuk dia membuka nota tersebut.
'Setiap kali bulan penuh, tunjukkan kepada cahaya, ia akan membawamu pulang.'
Sara menepuk dahinya sendiri. Dia mengeluh panjang. Dia dapat merasakan jika Ma Shang Wu dan Andrew mengetahui isi nota ini, sudah tentu dia akan dikritik hebat.
"Ok, nota ini akan menjadi rahsia aku!" bicaranya sendiri dia mengambil nota dan kotak itu dan menyimpannya dalam kotak yang lain. Dia menguap kerana merasa mengantuk tetapi dia teringatkan Ma shang Wu dan Andrew. Dalam kepayahan dia yang masih berselimut tebal keluar dari biliknya dan pergi mengetuk bilik bersebelahan. Andrew yang juga berselimut tebal membuka pintu.
"Tak tidur lagi?"tanya Andrew lalu bersin.
"Korang ok tak ni?"tanya Sara.
"Kau nak dengar aku bebel tengah-tengah malam buta ni Sara?"perli Andrew lalu bersin sekali lagi.
"Ei, sejak bila kau jadi macam ni hah? Andy yang aku kenal tak macam ni tau!"
"Excuse me, habis tu yang siapa yang berleter di rumah kalau bukan aku? Mak? Maktok?"tanya Andrew lagi kali ini dia bersin dengan lebih kuat.
"Eeee...dah lah pergi tidur," suruh Sara dan pulang ke biliknya. Dia tersenyum sendiri kerana Ma Shang Wu dan Andrew tidak terlalu teruk keadaannya. Badannya terasa begitu kepenatan dengan kaki yang berat dia bergerak ke biliknya dan menjatuhkan dirinya ke katil.
Li Yang Jian sudahpun berada di Wujian bersama Zhu Wu.
"Ke mana perginya Xiao Lian?"
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...