39

152 24 0
                                    

Sara menanti Andy sedar dari tidurnya kerana dia mahu Andy bersiap-sedia ke kediaman keluarga Zheng yang didiami oleh Shu Wu JI. Andrew membuka matanya dan melihat sekeliling. Dia melihat Sara di situ. Sudah beberapa kali dia pengsan dan beberapa kali itulah dia akan melihat wajah Sara berada dekat dengannya. Sara pergi mendapatkannya untuk membantu Andrew bangun.

"Kau dah bangun?"tegur Sara. "Kepala sakit lagi?"tanya Sara. Andrew menggelengkan kepalanya.

"Lama ke aku pengsan" tanya Andrew memegang dahinya. Sara mengangguk.

"Kau memang pengsan tetapi Dr Ma telah inject ubat penenang supaya kau lebih berehat,"jawab Sara tersenyum. "Kau perasan tak bila kau stress kau akan dapat sakit kepala yang sebegini teruk?"tanya Sara. Andrew memandang Sara tetapi tidak memberikan apa-apa jawapan. "Kita  bertuah sebab Dr Ma ada di sini. Kalau dia tak ada, aku pasti akan lebih panik dari biasa," ucap Sara.

"Kau bimbangkan aku?"tanya Andrew.

"Walaupun kita dah bercerai, tetapi kita banyak lalui pelbagai dugaan. Honestly, aku tak pernah marah atau kecil hati dengan kau Andy. Aku faham situasi kau yang sangat mengelirukan ni," jawab Sara. Pertama kali, Sara berbicara serius begini. "Aku akan tolong sedaya upaya untuk bantu kau mengingati kisah silam tapi kau mesti ingat, yang banyak memain peranan untuk kau ingat kembali bukan aku atau Dr Ma, tetapi diri kau sendiri." Andrew memandang Sara yang sudah bertukar pakaian di hadapannya. "Aku minta satu sahaja, aku nak kau tabahkan hati kerana Dr Ma berpendapat, kau mesti berani menghadapi kenyataan dan jika kau mengingati kembali kau harus sentiasa mengingatkan diri kau, it's okay to feel whatever you're feeling."

"Setiap kali aku sakit kepala begini, ialah ketika aku melihat kau dalam kepala aku. Aku ingat yang kita pernah makan bersama, bersiar-siar bersama.Aku tahu I've been acting like a jerk lately. Aku sendiri tidak tahu kenapa kadang-kadang aku merasa begitu marah kepada kau."

Sara tersenyum hambar. 

"Sebab itu, Dr Ma berpendapat mulai saat ini kau menerima dengan hati yang terbuka apa saja yang fikiran kau cuba tunjuk kepada kau."

"Friends?"balas Andrew menghulurkan tangannya. Tanda berdamai.

"Always!"kata Sara menyambut tangan Andrew. "So sekarang kau mesti bersalin pakaian. Baru ada utusan tadi yang memberitahu, rombongan kita ini sudah pun masuk ke kota."

"Baiklah, aku hendak mandi dahulu. Aku setuju menjadi perempuan supaya kau boleh membantu aku mengingati kembali,"ujar Andrew. 

"Air mandi kau sudah tersedia di bilik mandi, aku akan sediakan pakaian kau di sini."

Sara bangun dan pergi ke pintu. 

"Ah Wu,"panggil Sara dan Ma Shang Wu masuk ke kamar. "Panggilkan jurusolek untuk membantu Andrew."

"Baik, Shuang er," balas Ma Shang Wu. "Silakan Dr Tan er..Liu Li,"kata Ma Shang Eu membetulkan panggilannya. "Saya telah sediakan semua di kamar mandi. Dan tiada orang yang akan mengganggu Dr Tan. Jurudandan akan menanti Dr Tan di sini,"terang Ma Shang Wu.

"Aku memang tak berkenan dengan idea ni,"komen Andrew. Sara dan Ma Shang Wu berpandangan. "Takpe! Aku turutkan sahaja kerana aku tak tahu cara lain,"sambung Andrew bangun perlahan-lahan dari katil. Dia dibantu oleh Ma Shang Wu untuk ke bilik mandi.

"Jangan risau saya akan berada di depan pintu sekiranya Dr Tan perlukan apa-apa," beritahu Ma Shang Wu sambil memastikan Andrew boleh bergerak dengan selamat.

Shi Wu Ji masuk ke kamar itu dan melihat Andrew sudahpun sedar.

"Rombongan akan sampai tak lama lagi. Kita mesti menyelinap masuk ke rombongan tanpa disedari,"beritahu Shu Wu Ji. Sara mengangguk. "Semua telah pun bersedia. Bersiaplah seadanya,"sambung Shu Wu Ji. Ma Shang Wu membawa Andrew pergi dari situ.

"Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku gantung Zhen gugu di atas pokok,"kata Sara perlahan. "Aku tak dapat bayang kalau mereka berjaya menyerang hendap perjalanan ini apa yang akan terjadi dengan Andy,"bicara Sara sambil menghela nafas panjang. Shu Wu Ji memandang wajah gusar Sara dan tercetus di hatinya betapa Sara melindungi Andrew.

"Betul ke Andy tiada lagi di hatimu Sara?"tanya Shu Wu Ji. Berkerut Sara mendengarkan pertanyaan itu.

"Dia bukan dirinya sekarang Wu Ji. Everything is wired up. Dan aku mengerti keadaan itu."

Shu Wu Ji terdiam.

"Itu namanya ambil berat Wu Ji. Tiada apa yang lebih dari itu,"kata Sara seumpama memujuk.

"Kau tahu akan melindungi kau dengan nyawa aku bukan?"tanya Shu Wu Ji. Sara melihat wajah segak yang lebih berumur di hadapannya.

"Aku tak pernah meraguinya."

Shu Wu Ji tersenyum. Sara membalas senyuman itu. Sara merapatkan dirinya kepada Shu Wu Ji.

"Apapun hukuman yang kau mahu kenakan kepada Zhen gugu berjanji dengan aku,kau takkan berbuat sesuatu yang akan menyedihkan Woo Young,"beritahu Sara. Shu Wu Ji mendengus.

"Jika dia rasa dengan menghapuskan kau itu senang aku rasa aku perlu 'mengajar' Zhen Gugu hakikat sebenarnya,"balas Shu Wu Ji lembut. Sara mengangguk tanda faham. "Mari, kita tunggu di bawah,"ajak Shu Wu Ji. Sara mengikut sahaja permintaan Shu Wu Ji itu.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now