Salina dan Mamatok diberi lawatan sekeliling kediaman yang ternyata luas seperti sebuah kelab golf.
"Ai Lee, melawat kawasan sudah, makan sudah. Cuma satu lagi yang belum sudah," tegur Mamatok tersenyum.
"Ai Lee faham. Madam Salmah dan Madam Salina janganlah bimbang. Sila duduk di sini. Di sinilah view yang paling menawan di kediaman ini. " Salina dan Mamatok Salmah melihat segenap taman yang seperti di dalam buku fotografi.
"Sememangnya cantik," kata Salina perlahan. Ai Lee menuangkan teh hijau ke cawan Salina dan Mamatok.
"Semasa Zheng xiaojie sampai di sini, ianya lewat malam dalam 3 pagi seperti itu. Xiaojie, selepas berehat seketika dan pada masa itu, pintu masa terbuka dan Xiaojie melangkah ke Dinasti Ming."
"Apa maksud Ai Lee?"
"Xiaojie pulang ke Dinasti Ming sebagai dirinya."
Salmah dan Salina terdiam sebentar.
"Sekejap, Ai Lee bermaksud, ada tempat di kediaman ini menjadi pintu ke masa lampau?" tanya Mamatok. Salina memandang ibunya. Baru sekarang dia mengerti apa yang dikatakan oleh Ai Lee.
"Ya. Dr Tan juga melewati pintu masa."
"Andy?!" Mereka berpandangan sesama sendiri. "Err..Bolehkah kami melewati pintu tersebut?"tanya Salina gemuruh.
"Ai Lee bukanlah orang yang tepat untuk menjawab pertanyaan tersebut. Maafkan Ai Lee."
Suasana menjadi hening seketika.
"Bolehkah kami berada di Bilik Bacaan sebentar? Saya melihat banyak potret Sara di situ."
"Madam Salina dan Madam Salmah adalah ibu dan nenek kepada Zheng Xiaojie. Segala ceruk dan ruang di kediaman ini tiada yang terlarang untuk Madam berdua. Ai Lee mendapat pesan dari Dr Ma Shang wu untuk mengalu-alukan kedatangan Madam berdua ke mari. Tidak perlu mendapatkan keizinan sesiapa melainkan Madam berdua tersalah jalan atau sebagainya."
Salina dan Salmah berpandangan sesama sendiri. Suasana hening kembali.
"Hari sudah pun semakin senja. Madam Salina dan Madam Salmah mahu makan malam di mana?"
"Di bilik sahaja selepas jam 9 boleh?"
"Ai Lee menurut sahaja. Jika Madam Salina dan Salmah tiada apa-apa lagi. Ai Lee ke dapur melihat persiapan makan malam."
"Silakan Ai Lee. Terima kasih."
"Sama-sama Madam Salina. Ai Lee meminta diri." Ai Lee berdiri dan terus melangkah tenang ke dapur.
"Sungguh tak percaya Sal tengok semua ini Mama. Sebegini sayangnya Zheng gonggong kepada Sara. Betapa beruntungnya Sara dilayan seperti seorang puteri di sini. Mama tengok sahaja cara mereka bekerja. Begitu profesional. Dan mereka melayan kita seperti-"
"Royalty," sampuk Mamatok. "Adakah Sal masih lagi risau melihatkan ini semua?"
"Harta yang sebegini banyak bagi Sal tak bererti kalau Sara tiada mama."
"Bukan itu maksud mama. Dia terjaga dengan baik oleh keluarga di zaman itu."
"Sal faham. Sal pasti dia ke sana kerana Shu wu Ji dan apa yang terjadi kepada Sara dan Andy mungkin itu yang mencetus pengembaraannya untuk kali ini."
Suasana di lorong sunyi itu semakin genting. Hujung pisau Li Yang Jian di leher Xiao Lian menyebabkan ada darah yang sudah mengalir. Xiao Lian menitiskan airmatanya dan cuba mengawal perasaan takutnya.
"Xiao Lian, tunggu sebentar ya,"tegur Sara.
"Serang! Bawa balik Zheng Xiaojie sekarang." Li Yang Jian menjerit.
"Pipit! Xiao Lian!" Sara menepis permulaan serangan orang-orang Li Yang Jian. Pemanah-pemanah di atas memanah sesiapa sahaja yang mendekati Sara dan pengawal peribadinya. Pipit meluru daripada tempat persembunyiannya pada mas yang sama Zhu Wu menarik Xiao Lian dari bahaya. Pipit menolak jatuh Li Yang Jian ke tanah menghampiri Sara. Hujan anak panah membuatkan Li Yang Jian berguling-guling. Zhu Wu menolak Xiao Lian kepada Pipit. Pipit demgan pantas membawa Xiao Lian dari dari situ.
Zhu Wu dengan beraninya mampir ke kawasan lapang yang masih dihujani oleh anak panah. Sara dan Shu En masih bertempur dengan serangan-serangan pedang orang Li Yang Jian. Sara mengisyarakatkan kepada pemanah untuk menghentikan serangan. Zhu Wu cuba menarik Li Yang Jian ke tempat selamat tetapi Li Yang jian yang masih berang menolak bantuan Zhu Wu. "Hou ye,"panggil Zhu Wu.
"Berhenti!"jerit Li Yang Jian. "Berundur!" Suruh Li Yang Jian. Penyerang-penyerang tadi berpandangan dan mengatur tapak ke belakang perlahan-lahan.
Shu Wu Ji sampai ke rumah rehat itu tepat pada masanya. Ma Shang Wu dan Andrew meluru keluar pintu gerbang.
"Daren!"ucap Ma Shang Wu dan Andrew berlutut.
"Furen di mana?"
"Shuang er ke pejabat tentera laut tadi," sampuk Andrew.
"Dan kau biarkan?!"soal Shu wu Ji. Andrew dan Ma Shang Wu terdiam. "Tak perlu jelaskan. Bukan Shuang er kalau tidak bertindak begini. Ayuh, ikut kau ke sana." Shu Wu Ji menunggang laju ke pejabat tentera laut.
"Li Hua. Aku bertekad hari ini yang kau akan aku bawa balik ke Nanjing dan menjadi isteri pertama aku yang sah!"
Sara mengeluh.
"Li Yang Jian. Ni feng le ba?Aku isteri Shu Wu Ji. Dan kau patut melupakan hasrat gila kau ini."
"Kau milik aku Li Hua. Zumu menjodohkan kau dengan aku."
"Aku bukan MO LI HUA!!!"
"Oh ya?Wajah kau begitu kusut tengok Xiao Lian begitu."
"Kalau bukan Xiao Lian pun aku akan buat benda yang sama."
Keadaan tegang itu dapat dirasai.
"Li Yang Jian. Dengan bersaksi semua yang ada di sini, pertelingkahan ini akan berakhir hari ini. Berhenti mengejar aku dan terima hakikat yang aku bukan Mo Li Hua. Mo Li Hua telah mati di Tanah Melaka."
Li Yang Jian ketawa besar.
"Aku mencintai Mo Li Hua yang jiwanya Zheng Shuang anak Zheng gonggong. Aku tidak mahu Mo Li Hua sebelum kemalangan itu."
Sara memandang Shu En yang bersedie menghadapi segala kemungkinan dan pemanah di atas bumbung yang bersedia bertindk untuk membunuh Li Yang Jian.
"Kau membuat pelbagai helah untuk menyelamatkan Shu wu Ji. Betapa kasihnya kau kepada dirinya. Dia dah tua Li Hua."
"Sesungguhnya orang gila takkan mengaku dirinya gila." Sara menghunuskan pedangnya kepada Li Yang Jian.
"Gongzhi,"tegur Shu En.
"Kau pastikan sesiapa pun tidak masuk campur,"bisik Sara. Zhu Wu menggeleng kecil. Sara tersenyum kepada Zhu wu tanda dia mengucapkn terima kasih terhadap bantuan Zhu Wu.
"Kau betul mahu bertarung hah Li Hua? Baiklah. Jika aku menang kau mesti bercerai dengan Shu Wu Ji dan menjadi isteriku."
"Langkah mayat aku dulu!"tempik Shu Wu Ji masih berpakaian rasmi. Sara menghela nafas panjang. Masalahnya bertimpa. Kehadiran Shu Wu bagi dirinya menjadikan masalah ini lebih besar. Shu Wu Ji berdiri di sebelah Sara. "Qin ai de,"panggil Shu Wu Ji memegang lengannya. Sara memandang Shu Wu Ji menelah tindakan suaminya selepas ini. Shu Wu Ji mengambil pedang itu dari tangan Sara. "Terima kasih kerana melindungi aku selama ini. Giliran aku melindungimu."
"Wu Ji-" Shu Wu Ji mengucup dahi Sara.
"Hei!"jerit Li Yang Jian.
"Ini isteri aku. Kau mahukan dia? Itu takkan berlaku. Jika aku mati di sini kau akan mati bersama aku,kau faham!"Shu Wu Ji menghunuskan pedangnya. "Shuang er, pulanglah ke rumah rehat dan sambung perjalanan ke Nanjing. Pengawal kita cukup untuk melindungi kau pulang." Ma Shang Wu, Andrew dan Ah Chan berlari kepada mereka berdua.
Li Yang Jian ketawa. Tiba-tiba semua pemanah di atas bumbung jatuh bergelimpangan. Dia mengisyarakatkan orang-orangnya mengepung kawasan itu.
"Li Hua kau tentu sangka aku ini tidak bijak bukan? Hao...Shu Wu Ji. Aku terima cabaran kau. Tapi aku rasa aku akan menang kerana kau sudah tiada tenaga pulang dari peperangan. "Serang!"
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Chick-LitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...