Zhen gugu perhatikan dari dapur akan Wei Young di taman menyulam untuk Shu Wu Ji. Saputangan sutera berwarna biru laut. Dia tersenyum kerana Wei Young nampak begitu manis. Tiba-tiba dia teringatkan Zheng Shuang yang tidak tahu datangnya dari mana merampas kebahagiaan Wei Young dan harta yang sepatutnya milik Yi er. Dia tidak sedar dia menggenggam tangannya dengan erat.
"Gugu," panggil salah seorang hamba perempuan di situ. Gadis itu merasa hairan kerana Zhen gugu nampak begitu geram kepada seseorang. "Gugu," panggil gadis itu lebih kuat mengejutkan Zhen Gugu.
"Yang kau memekik ni kenapa?"tengking Zhen gugu.
"Maafkan saya gugu, itu-" tunjuk gadis itu ke tangan kanan Zhen gugu. Zhen gugu terkejut kerana dia telah meramas beberapa keping tofu di dalam bekas berhampiran dengannya.
"Aku nak ladu sayur-sayuran!" tegas Zhen gugu. Wajah gadis itu kembali tenang. "Nah, siapkan untuk Woo xiaojie," arah Zhen Gugu menolak bekas tofu itu kepada gadis itu. Dia terus keluar dari dapur yang besar itu.
"Baik, gugu," balas gadis itu dan terus membawa bekas itu kepada tukang masak berhampiran.
"Kenapa Gugu tu?"bisik tukang masak yang melihat dari tadi. Gadis itu mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. "Eh, kau dengar tak, Shu Daren akan berkahwin?"bisik tukang masak itu.
"Ha, dengan Woo xiaojie?"tanya gadis itu. "Akhirnya dia kan menjadi isteri rasmi," sambung gadis itu lagi meletakkan tofu yang hancur tadi ke meja.
"Bukan Woo xiaojie."
"Habis tu siapa?"tanya gadis itu.
"Semua tidak tahu siapa gadis itu!"jawab tukang masak itu lagi.
"Mana kau tahu semua ini?"
"Aku terdengar Chan jiangjun mengarahkan bilik berhampiran taman tasik dikemas dengan cantik kerana bakal isteri yang juga pewaris rumah Zheng akan menginap ke sini sedikit masa lagi," jawab tukang masak itu sambil memerhatikan sekelilingnya yang sedang sibuk menyediakan makan tengahari.
Sudah semalaman Andrew terlantar di katil kerana sakit kepalanya. Sekejap dia jaga, dan Ma Shang Wu mengambil kesempatan itu memberikan ubat-ubat yang dibawanya dari masa depan secara rahsia. Sekejap tertidur. Sekejap mengigau memanggil nama Sara.
"Soo Li, aku merasa sangat letih kerana berjaga dari semalam,"tegur Ma Shang Wu sambil menjamah sarapan yang disediakan atas arahan Sara.
"Xiaojie akan datang sebentar lagi, dia meminta Ah Wu tunggu sekejap," beritahu Soo Li. Terlalu letih untuk berinteraksi dia hanya terus menjamah makanannya.
"Soo LI," tegur Sara apabila melangkah masuk.
"Ya xiaojie."
"Kamu dan Soo Mi bersiaplah, mungkin sehari dua ini kita akan bergerak ke ibukota," beritahu Sara. "Soo Mi menunduk hormat dan terus berlalu. Sara duduk bersebelahan Ma Shang Wu yang ketara nampak keletihan. Dia menuangkan teh untuk lelaki muda itu. "Aku minta maaf kerana terpaksa meminta kau menjaganya."
"Xiaojie, saya cuma keletihan bukan marah atau merajuk," usik Ma Shang Wu. Sara ketawa. Sara melihat Andrew terlantar di katil. Dia menggelengkan kepalanya.
"Kenapa xiaojie?"tanya Ma Shang Wu kehairanan.
"Dalam keadaan macam ni pun kau pasti dia masih berupa seorang perempuan ya?"balas Sara kembali. Giliran Ma Shang Wu pula ketawa kecil. "Bagaimana keadaannya? Aku sangat risaukan keadaan dia," keluh Sara. Ma Shang Wu menghabiskan suapan yang terakhir dan meneguk teh yang dituang oleh Sara tadi.
"Sakit kepalanya memang teruk tetapi kita bernasib baik kerana dia membawa ubat zaman moden ke mari. Jadi saya boleh katakan, dia akan sembuh sedikit masa lagi."

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura FemininaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...