Shu Wu Ji berdiri di hujung kapal melihat laut lepas. Mulai hari itu, dia akan berada di laut melawan lanun bagi pihak maharaja.
"Daren,"sapa Ah Chan membawa secawan teh. Shu Wu ji berpaling dan mengambil teh di tangan Ah Chan. "Daren begitu asyik berfikir. Memikirkan Shu Furen?"tanya Ah Chan. Shu Wu ji meneguk teh itu perlahan. "Daren bimbangkan Shu Furen?"
Shu Wu Ji menghela nafas panjang.
"Ah Chan ni shuo, Shu Furen ialah wanita yang bijak dan boleh menjaga dirinya sendiri. Tetapi kenapa aku masih merisaukan dirinya?"
Ah Chan tersenyum.
"Ah Chan memerhatikan yang Shu Furen begitu bererti kepada Daren. Sebab itu Daren memikirkannya selalu. Lagipun baru beberapa hari Daren mengahwininya."
"Ah Chan, aku takut aku takkan dapat pulang kepadanya lagi. Peperangan kali dijangka lebih hebat dari terdahulu." Shu Wu Ji memandang laut lepas. Hatinya merasa begitu berat. Ah Chan terdiam mendengarkan kata-kata Shu Wu Ji. Dia sendiri hilang kata-kata kerana apa yang dikatakan oleh Shu Wu Ji benar belaka. "Dan aku dapat merasakan peperangan ini adalah peperangan terakhirku,"kata Shu Wu Ji perlahan. Hidupnya terasa begitu dingin. Dalam kebahagiaan Sara kembali kepadanya, takdir memisahkan mereka. 'Adakah kita sememangnya bukan ditakdirkan untuk bahagia bersama Sara? Aku ingin melihat kau menantikan aku pulang. Aku ingin melihat wajah anak-anak kita. Aku berjanji jika aku berjaya kali ini aku takkan meninggalkan kau sebegini lagi,'bisik hatinya.
Sara yang menunggang begitu pantas melihat Pipit yang berpakaian orang kebiasaan sedang menunggunya. Pipit melambainya dari jauh. Sara memperlahankan kudanya.
"Dah lama sampai?"tanya Sara tersenyum. Pipit mengangkat hormat dan mengangguk.
"Pipit sampai awal, tidak mahu Cempaka menunggu lama," balas Pipit.
"Jangan panggil Cempaka, atau Shu Furen di sini," kata Sara seperti berbisik.
"Err..."
"Shu Gongzi," ucap Sara. Pipit memahaminya kerana Sara mahu menyamar sebagai seorang lelaki. Dengan tubuh yang tinggi dan wajah yang bersegi, Sara boleh dilihat sebagai seorang lelaki yang segak.
"Baik Shu Gongzi," ucap PIpit. Dia terus naik ke kudanya. "Kita mesti pergi sekarang. Orang akan bertambah ramai menjelang petang. Pintu kota akan ditutup selepas senja nanti."
"Kalau begitu, kita mesti bertolak sekarang," kata Sara. Mereka berdua menunggang kuda mereka keluar dari Nanjing dengan pantas.
Andrew pergi ke bilik Sara di rumah utama. Dia melihat Soo Mi dan Soo Li sedang sibuk meletakkan kotak-kotak kayu untuk dibawa ke Kunyang.
"Shu Furen, di mana?"tanya Andrew kepada Soo Li. Soo Mi dan Soo Li berhenti sebentar dari mengarahkan khadam-khadam lelaki menyusun kotak-kotak di hadapan pintu.
"Liu ge, Furen berada di kediaman Shu. Katanya ada perkara yang perlu diselesaikan di rumah Shu Daren," jawab Soo Mi.
"Bila Furen akan kembali?"
"Dalam 3 hari lagi," jawab Ma Shang Wu yang datang dari arah kanan Andrew.
"Ah Wu, aku ingin berbicara sebentar dengan Shu Furen."
"Shu Furen menyampaikan arahan untuk tidak diganggu selama 3 hari ini, Ah LI," beritahu Ma Shang Wu.
"Pelik tu, apa yang sedang dibuatnya?"tanya Andrew kehairanan.
"Shu Furen, mengemaskini kewangan keluarga Shu di samping mengagihkan tugasan di kediaman itu," jawab Ma Shang Wu dengan penuh yakin. Amanat Sara, sesiapa pun tidak boleh tahu di mana dirinya melainkan Soo Mi, Soo LI, PIpit dan Ma Shang Wu.
"Benarkah begitu?"tanya Andrew lagi. Ma Shang Wu mengangguk. Lama Andrew merenung Ma Shang Wu dan sepasang kembar itu. "Ada benda yang kau sembunyikan ke? Ma Shang Wu?"tekan Andrew. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya.
"Ah LI, terlalu berfikir. Sudahlah mari kita makan tengahari. Ketua Wang akan mengamuk kalau makanan dibazirkan."
"Ketua Wang?" tanya Andrew. Ma Shang Wu menarik Andrew ke dapur.
"Apa pun di fikiran Ah LI, fikirkannya selepas makan. Jika xiaojie dapat tahu, Ah LI tidak tentu waktu makan, Ah Wu juga kena menjawabnya," ucap Ma Shang Wu seraya memaksa Andrew mengikutnya ke dapur.
Zhu Wu menyampaikan segala maklumat yang didapati dari pelayan restoran tentang perbualan Sara atau Zheng Shuang kepada Li Yang Jian. Li Yang Jian tersenyum.
"Dia sememangnya wanita bijak. Jika dia bersama aku mungkin aku boleh menjadi orang kanan maharaja,"kata Li Yang Jian. "Tapi bila mereka akan bertolak?"
"Dari hasil intipan Zheng xia- er Shu Furen menangguhkan perjalanan lewat 3 hari."
"Kenapa?"
"Dia mahu mengatur kewangan keluarga Shu."
"Oh..." Balas Li Yang Jian tersenyum. Zhu Wu menyembunyikan perasaan tidak puas hatinya dengan baik. Dia tahu Sara sudahpun bertolak ke Kunyang tetapi dia akan merahsiakannya selagi boleh.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...
