Bunyi dentuman mengejutkan segenap kediaman. Pipit yang sedang mengambil kotak di kereta kuda saling berpandangan dengan Ma Shang Wu. Pipit terus merasa tidak sedap hati cepat-cepat mengambil kotak itu dan berlari ke dalam bersama Ma Shang Wu. Shu Wu JI yang sedang berada dalam bilik bacaannya juga terkejut.
"Bunyi apa tu?"tegur Shu Wu JI.
"Seperti meriam meletup Shu Daren," tambah Ah Chan. Shu Wu JI berdiri. "Kalau tak silap dari rumah utama Daren," kata Ah Chan lagi. Tanpa berlengah Shu Wu Ji bergegas berlari ke rumah besar. Semasa Shu Wu JI sampai, Pipit dan Ma Shang Wu juga baru menjejakkan kaki di hadapan rumah utama.
"Liu Li!" jerit mereka. Andrew sebagai LIu Li tertiarap tidak beberapa jauh daripada pintu. Mereka mendapatkan Andrew. Ma Shang Wu memeriksa nadi Andrew.
"Dia masih bernafas Daren," beritahu Ma Shang Wu. Shu Wu JI bangun dan terus ke dalam, Alangkah terkejutnya Shu Wu JI, melihat Sara tertiarap di tepi dinding yang berlubang.
"Shuang er!" jerit Shu Wu JI. Lebih ramai yang berkumpul di hadapan rumah utama termasuklah Woo Wei Young dan Zhen gugu. "Shuang er,,"panggil Shu Wu JI mengalihkan tubuh Sara yang tidak bermaya. Kepala Sara berdarah. "Ma Shang Wu!" jerit Shu Wu Ji. Pipit dan Ma Shang Wu bergegas ke dalam rumah. "Darah," beritahu Shu Wu JI.
"Daren, biar saya memeriksa Zheng xiaojie," kata Ma Shang Wu cuba menenangkan Shu Wu JI yang sudah panik dan tidak keruan. Shu Wu Ji masih memangku tubuh Sara. "Daren,"panggil Ma Shang Wu. Shu Wu Ji memandang Ma Shang Wu. "Izinkan saya memeriksa xiaojie,"pinta Ma Shang Wu lembut. Shu Wu Ji mengendong Sara yang tidak sedarkan diri itu ke katil. Dia meletakkan Sara ke katil dengan begitu berhati-hati. Ma Shang Wu duduk di sisi Sara dan mengambil bacaan nadi, melihat anak mata dan memeriksa kesan luka di belakang kepala Sara. "Shu Daren, luka Zheng Xiaojie tidak terlalu dalam tetapi kita mesti menghentikan pendarahan secepat mungkin," beritahu Ma Shang Wu.
"Dia-"
"Dalam 24 jam er, malam ini hinggalah ke malam esok kita mesti memerhatikan Zheng Xiaojie. JIka dia tiba-tiba muntah itu bermakna ada kecederaan di otak," sambung Ma Shang Wu. Shu Wu JI mengurut dahinya yang terasa berdenyut. "Sehingga itu, saya akan berada di sini Shu Daren jangan bimbang," kata Ma Shang Wu. Shu Wu JI mengangguk tanpa bersuara. "Na, saya hendak mencuci luka Zheng Xiaojie dan Dr Tan. Saya ingin meminta sesuatu dari Daren," pinta Ma Shang Wu.
"Cakaplah," jawab Shu Wu JI.
"Boleh tak Dr Tan dan Zheng Xiaojie berada di bilik ini supaya senang saya memerhatikan keadaan mereka?"tanya Ma Shang Wu. Shu Wu JI memerlukan beberapa saat untuk bersetuju dengan cadangan itu.
"Malam ini sahaja?"tanya Shu Wu JI memastikan. Ma Shang Wu mengangguk dan mengangkat hormat kepada Shu Wu Ji. "Dr Ma, tolong selamatkan Shuang er dan Andy," kata Shu Wu JI perlahan. Ma Shang Wu tersenyum. "Aku akan meminta Soo LI dan Soo Mi membantu kau," katanya lagi. Shu Wu JI duduk di meja dan Ah Chan membawa masuk Andrew yang juga tidak sedarkan diri. Woo Wei Young meminta kebenaran untuk masuk ke bilik utama tetapi Shu Wu Ji tidak membenarkan sesiapapun masuk kecuali Pipit, Soo LI, Soo Mi, Ma Shang Wu dan dirinya sendiri. Dia keluar dari bilik itu dan Woo Wei Young bersama Zhen gugu sedang menantinya di ruang tamu. Yi er yang baru sampai termengah-mengah berlari.
"Daren, bagaimanakah keadaan Zheng Xiaojie? Hamba-hamba di sini mengatakan kemalangan ini agak teruk," tegur Woo Wei Young.
"Dia tak apa-apa," jawab Shu Wu Ji tegas lalu duduk di kerusi.
"Kalau begitu, bolehkah Wei Young pergi melihatnya?"tanya Woo Wei Young kedengaran sungguh ikhlas. Zhen gugu juga seperti mahu melihat apa yang sedang berlaku di bilik utama.
"Tak perlu. Zheng Xiaojie perlu berehat. Aku tak benarkan sesiapapun masuk ke sini melainkan orang yang telah aku minta untuk membantu," jawab Shu Wu JI. Dia menjeling kepada Ah Chan dan Ah Chan menuangkan teh untuk tuannya itu.
"Tadi bunyi yang sungguh kuat. Tiye, Yi er merasa risau," ucap Yi er pula. Shu Wu JI menjeling kepada anaknya dan tersenyum hambar.
"Yi er, Tiye merasa sangat berbesar hati kerana sebagai tuan muda Shu kau amat mengambil berat kepada bakal ibu rasmi kau," balas Shu Wu jI selamba. Wajah Yi er berubah.
"Dia selamatkan Yi er tadi, sudah tentu Yi er merasa bimbang jika sesuatu yang buruk terjadi kepada Shuang er,"ujar Yi er bersungguh-sungguh.
"Yi er, biarpun Shuang er memberi kebenaran untuk memanggilnya begitu, di hadapan khalayak tolong memanggilnya Zheng Xiaojie," kata Shu Wu JI. Woo Wei Young saling berpandangan dengan Zhen gugu.
"Shu Daren, takkan dengan anak sendiri juga cemburu," tiba-tiba Zhen Gugu bersuara. Darah Shu Wu Ji agak menyirap dengan keberanian Zhen Gugu berkata begitu lalu dia membaling cawan teh ke lantai. Bunyi deraian cawan itu mengejutkan semua yang ada di situ.
"Zhen gugu, kau masih di sini atas ehsan Zheng Xiaojie. Hadiah yang kau sediakan untuk Zheng Xiaojie dalam perjalanan ke sini, takkan kami lupakan sampai bila-bila," kata Shu Wu JI seakan memberi amaran. Woo Wei Young memandang Zhen gugu kehairanan.
"Hadiah apa yang Daren maksudkan gugu?"tanya Woo Wei Young.
"Gugu sendiri tidak faham apa yang Shu Daren maksudkan kerana setahu Gugu, Gugu tidak pernah menyediakan apa-apa hadiah," jawab Zhen gugu tergagap-gagap.
"Semua bersurai. Di rumah utama ini selagi tidak diberi kebenaran, kau, kau dan kau, tidak dibenarkan berada di sini," arah Shu Wu JI menunjukkan kepada Woo Wei Young, Zhen gugu dan Yi er.
"Tiye,"tegur Yi er.
"Yi er, bukankah kau ada pertemuan di istana pagi esok?"kata Shu Wu Ji mengingatkan Yi er. Sebetulnya itulah rutin harian Yi er. Dia akan berada di istana untuk mempelajari pentadbiran menteri-menteri. Yi er mengangkat hormat. Dia sudah tidak boleh berkata apa-apa melihatkan sikap keras ayahnya. Dia berlalu dari situ bersama pembantunya. Dia merasa terlalu marah dengan sikap ayahnya yang tidak mahu dia melihat keadaan Zheng Shuang.
"Daren, bukan selalu kita sekeluarga bersama," tegur Woo Wei Young. Shu Wu JI memandangnya tanpa emosi. Menggunakan telunjuknya dia mengarahkan Woo Wei Young keluar dari situ. Woo Wei Young agak terkilan dengan sikap Shu Wu JI namun, dia ikutkan sahaja tanpa berkata apa-apa. Selepas mereka hilang dari pandangan, Shu Wu JI melepaskan keluhan panjang. Ah Chan melihat tuannya dan dia memahami kenapa Shu Wu JI begitu tegas.
"Ah Chan, kau gandakan pengawal di pintu dan sekeliling rumah utama ni. Keadaan Zheng Xiaojie dalam bahaya jika ada percubaan membunuhnya sekali lagi," kata Shu Wu JI berbisik.
"Shi," Ah Chan mengangkat hormat dan terus berlalu dari situ. Shu Wu JI mengurut lehernya yang terasa tegang. Dia menghela nafasnya lalu bangun dan masuk semula ke bilik di mana Sara dan Andrew dirawat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Chick-LitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...