"Di manakah Sara? Apa dia tidak pulang lagi?"tanya Salina kepada Ailee setelah melihat sekeliling rumah berbentuk tradisi itu. Mamatok hanya memerhatikan anaknya kerisauan. Dia menghela nafas panjang. Mamatok memerhatikan sekeliling dan melihat lampu di bilik bacaan.
"Sal, bertenang dulu,"tegur mamatok. Ailee menundukkan kepalanya tanda hormat. "Cik Ailee itu bilik apa?"
"Itu?"balas Ailee sambil memandang ke bilik bacaan. "Madam Salmah dan Madam Salina boleh ikut saya untuk ke sana."
"Tak apa ke?"tanya mamatok ragu-ragu. Ailee tersenyum manis.
"Madam Salmah, ini semua milik Cik Sara,"beritahu Ailee mesra.
"Kediaman ini?"tanya Salina.
Ailee menganggukkan kepalanya. "Selepas revolusi hanya ini yang tinggal tapi kediaman ini sahaja membuatkan Cik Sara antara pewaris terkaya di China."
Mamatok dan Salina terkaku mendengarkan kata-kata itu. Banyak yang ingin ditanya tetapi kejutan itu membuatkan mereka terkesima.
"Mari, ikut saya,"ajak Ailee melangkah mendahului mereka. Setelah sampai ke bilik itu, mamatok dan Salina tercengang melihat potret-potret Sara di situ. "Potret Cik Sara yang berada di sini semua ini telah diperbaharui supaya nampak baru. Dan ini adalah yang asli." Ailee membuka satu gulungan yang agak besar berhati-hati. Salmah dan Salina menghampiri meja tulis yang agak besar itu dan melihat potret Sara dalam pakaian tradisi Cina. "Diceritakan Shu Daren sampai habis umurnya hanya ditemani oleh potret ini."
Kata-kata itu membuatkan Salina dan mamatok terdiam membisu. 'Begitu kasihnya Shu Wu Ji terhadap Sara,'desis hati mereka.
"Mari saya tunjukkan bilik Madam berdua. Sebelum itu, ingin Ailee bertanya, Madam berdua ingin bilik berasingan atau boleh menginap satu bilik?"tanya Ailee tersenyum. Salina dan mamatok berpandangan. "Seluruh kediaman ini mempunyai 25 bilik, termasuk bilik tidur."
"Err...kami tak mahu menyusahkan-"ucap mamatok. Ailee terketawa kecil.
"Madam Salmah, Madam Salina. Bukankah saya sudah memberitahu kediaman agam ini adalah milik Cik Zheng Shuang."
"Itu nama Sara bukan?"bisik Salina kepada mamatok. Mamatok mengangguk.
"Semasa Cik Sara tiba, beliau menyuruh kami memanggilnya Cik Zheng."
Nampaknya Sara dilayan dengan baik di sini dan surat itu adalah surat yang benar bukan dibuat-buat,fikir mamatok.
"Sekarang sudahpun 8.30 malam, apakata madam berdua berehat sebentar dan makan malam akan kami hantar ke bilik."
"Eh,Ailee tak perlu susah-susah,"ujar mamatok.
"Tak susah pun. Mari Ailee tunjukkan bilik,"balas Ailee yang begitu manis melayan sedari tadi. Mereka menuruti sahaja Ailee ke satu bilik.
"Bilik? Ini sudah seumpama sebuah studio apartmen!"tegur Salina. Ailee menundukkan kepalanya. "Semua bilik di sini begini besar?"
"Hampir kesemuanya. Pengurus harta warisan Doktor Ma Shang Wu mengekalkan senibina dinasti Ming seadanya. Hari sudah malam Ailee berjanji selepas sarapan Ailee akan membawa Madam Salina dan Madam Salmah melawat kediaman ini."
"Er...terima kasih Ailee,"kata Salina.
"Tak perlu. Ailee hanya menjalankan tugas. Ini nombor Ailee. Ini interkom dan setiap nombor mewakili dapur,dobi,keselamatan dan housekeeping. Madam Salmah dan Madam Salina boleh memanggil yang berkenaan 24 jam. Ada sistem shift di sini termasuk dapur. Dan dapur ini diselia oleh Abdullah Zhao Chef Eksekutif."
"Wow!"balas Salina dan mamatok dan itu disambut dengan senyuman manis Ailee.
"Makan malam akan dihantar sebentar lagi. Air mineral ada di dalam kabinet." Ailee berjalan ke peti ais dan membukanya. Salina dan Mamatok begitu kagum melihat peti penuh dengan buah-buahan dan minuman. Ailee menunjukkan bilik tidur dan bilik air kepada tetamu kehormat itu. "Madam Salin dan Madam Salmah ada pertanyaan atau kemusykilan?"
"Sudah 4 minggu kami tidak mendengar berita Sara,"ucap Salina. Ailee sudah mengagak yang soalan berkenaan Cik Zheng akan timbul.
"Ailee faham." Ailee bergerak ke tv besar di ruang tamu. Dia menekan sesuatu. Timbul wajah Ma Shang Wu di skrin. "Madam boleh tekan butang play. Ailee minta diri dulu. Izinkan Ailee menyelesaikan makan malam madam berdua."
"Terima kasih,"ucap mereka berdua. Ailee menunduk tanda hormat dan terus berlalu. Salina dan mamatok duduk di sofa. Salina memandang ibunya.
"Sal takut nak tekan play ni mama."
"Kita sudahpun berada di sini." Salina yang keresahan menekan butang untuk memainkan video itu.
"Hello, saya Ma Shang Wu penjaga warisan Cik Zheng Shuang. Jika video ini dimainkan bermakna waris Cik Zheng sudahpun berada di kediaman ini. Cik Zheng Shuang pada ketika ini bersama pegawai laut diraja Shu Wu Ji dan Doktor Tan juga berada di sini."
"Kenapa terlalu lama Sara ke sana?"tanya Salina tidak percaya.
"Madam Salina dan Madam Salmah. Kita tidak pernah bersua tetapi Cik Zheng banyak bercerita tentang Madam berdua."
"Sara ni hilang akal ke Mama?" Kata Salina tidak percaya.
"Sal-"
"Mama, tengok ni," tunjuk Salina kepada mamatok rantai mutiara Sara. "Bagaimana boleh Sara merentas masa tanpa rantai ini?"
"Madam Salina dan Madam Salmah jangan bimbang, Cik Zheng selamat bersama saya dan doktor Tan." Video itu masih terpasang. Salina mengurut dahinya. Mamatok melihat kebimbangan Salina dan cuba menenangkannya.
"Cik Zheng akan pulang jangan bimbang cuma sekarang Cik zheng ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan."
Video terhenti di situ.
"Sal tak sedap hatilah mama,"luah Salina sambil menyandarkan tubuhnya ke sofa.
"Kita kan tahu hasrat Sara pulang ke mari. Sara is a smart girl. Kita boleh bimbangkan bila kepulangan ya tapi kita mesti ajur dengan jalan yang dipilihnya."
"Tapi Sal-"
Bicaranya terhenti, apabila loceng pintu berbunyi.
Salina segera bangun dan membuka pintu. Dua orang gadis membawa troli makanan ke bilik itu.
"Madam, dinner is ready. Bolehkah kami menghidangkan?"sapa gadis di hadapannya.
"Silakan,"ucap Salina.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...