"Xiaojie, air mandi telah tersedia,"beritahu Soo Mi dan Soo Li ketika mereka masuk ke bilik itu. Andrew yang mengintai dari belakang almari merasa pelik dengan pakaian dua anak gadis itu dan baru dia perasan apa yang dipakai oleh Sara. 'Kenapa mereka memakai seperti itu?'soal hatinya.
"Err, baik. Kamu berdua tunggu di situ,"ucap Sara. 'Sara boleh berbahasa Cina. Tapi bahasa itu...'berkerut dahi Andrew memikirkannya. Setelah Soo Mi dan Soo Li keluar. Sara cepat-cepat menarik Andrew keluar.
"Sakitlah!"kata Andrew mengusap tangannya.
"Tell me what happened,"tanya Sara. Andrew melihat Sara di hadapannya.
"Since when do you speak Chinese?"
"Sejak aku lahir. Macamana kau boleh berada di sini?"tanya Sara sekali lagi.
"Mana aku tahu. Aku tidur dan melihat kau tidur di sebelah,"jawab Andrew. "Kenapa kau pakai pelik sangat ni?"tanya Andrew. Sara mengeluh. Bagaimana untuk dia menerangkan hal yang tidak masuk akal ini kepada pesakit amnesia?
"Why are you in Beijing Andy?"tanya Sara seperti berbisik.
"Looking for you,"jawab Andrew pendek.
"Pasal apa cari aku?"tanya Sara kembali.
"I want to remember. Aku perlukan jawapan kepada semua soalan dalam kepala aku sekarang."
"Oh, kau google je tak boleh?"
"Mungkin pada kau my amnesia satu benda yang remeh. Tapi Cik Sara, my head is in a mess. Kepala aku ni terasa berlubang-lubang."
Sara tersenyum. 'Bukan berlubang, wayar kepala kau putus,'desis hati Sara.
"So what? We are divorced. Kau tak ingat langsung aku ini siapa dan kau datang cari jawapan dari aku?"
"I can't get you out of my head."
Sara terdiam.
"How much I try...I can't stop thinking about you,"akui Andrew.
"Aku tak tahu macamana hendak menerangkan kepada kau but I tell you what. Kau duduk dalam bilik ini jangan keluar. Because if you go out, dan kau sesat aku tak boleh cari kau lagi kerana di sini tiada coverage telefon. Kau faham?"tanya Sara. Andrew mengangguk. Sara berpaling.
"Tunggu,"panggil Andrew. Sara berpaling semula kepada Andrew. "Kau nak pergi mana tu?"
"Aku nak mandi,"jawab Sara.
"Kenapa bilik ni hanya ada lilin?"tanya Andrew. Sara mengambil masa hendak menjawab.
"Sebab semalam blackout. Semua kena pakai lilin,ok?"
Andrew memandang sekelilingnya dan kepada Sara. Dia mengangguk tanda dia menerima jawapan Sara.
"Ingat, jangan keluar dari bilik ini. Hujan panas, ribut petir. Kau tunggu di sini."
Andrew pergi ke tepi almari di mana Sara meletakkannya tadi. Sara tersenyum. 'He is kinda cute bodoh-bodoh alam macam ni,'kata hati Sara. Dia terus keluar dari situ dan terus ke bilik mandi.
"Soo Mi, kau pergi ke rumah Ma Shang Wu dan cakap padanya, datang jumpa aku sekarang juga,"suruh Sara. Soo Li menanggalkan baju Sara dan Sara terus ke duduk di bangku. Tubuhnya dijirus air hangat oleh Soo Li. "Tunggu apa lagi?"tanya Sara kepada Soo Mi. Soo Mi terkejut kerana dia terlalai sebentar dan terus berlari keluar.
"Xiaojie, xiaoren sudah pun di sini,"kedengaran suara Ma Shang Wu.
"Wu er, pergi ke bilik aku sekarang. Ada tikus besar di tepi almari. Tolong bawa dia pergi tapi jangan buang. Aku hendak tengok sendiri sebesar mana tikus itu,"suruh Sara. Tikus itu merujuk kepada Andrew.
"Saya pergi dahulu,"balas Ma Shang Wu. Sara menarik nafas lega kerana jika ada yang melihat Andrew di biliknya pasti banyak gosip atau khabar angin yang akan tersebar.
Ma Shang Wu masuk ke kamar Sara.
"Dr Tan,"panggil Ma.Shang Wu. Andrew keluar dari tepi almari.
"Dr Ma?"sapa Andrew yang kehairanan melihat Ma Shang Wu berpakaian seperti orang suruhan. "Kenapa awak juga berpakaian seperti Sara?"tanya Andrew.
"Sila ikut saya,"pinta Ma Shang Wu.
"Ke mana?"
"Ke rumah saya," jawab Ma Shang Wu.
"Sara kata panas atau hujan duduk di bilik ini."
"Zheng xiaojie meminta Dr Tan ikut saya sekarang,"pujuk Ma Shang Wu. Andrew terdiam. "Nanti xiaojie akan berjumpa dengan Dr Tan di rumah saya."
"Zheng xiaojie? Tapi itu Sara Amalina bukan Zheng Xiaojie."
"Dia ialah Zheng Shuang. Anak angkat Zheng gonggong. Dan ini semua adalah miliknya." Ma Shang Wu menunjukkan sekelilingnya.
"Aku tak faham."
"Selepas ke rumah saya, Dr Tan akan faham,"pelawa Ma Shang Wu lagi. Andrew mendiamkan dirinya dan memandang sekeliling. "Kita mesti pergi sekarang. Dr Tan hendak berada di sini ketika xiaojie bertukar baju?"tanya Ma Shang Wu seakan bergurau.
"Let's go,"balas Andrew pantas. Dia mengikuti Ma Shang Wu keluar dari situ. Dia memerhatikan keadaan di sekeliling rumah itu. 'Tak ada yang berubah pun,'bisik hatinya.
Sara yang baru selesai mandi ditemani oleh sepasang kembar itu ke biliknya. Sara merasa sedikit lega kerana Shu Wu Ji tiada di situ. Dia mengeluh.
"Kenapa xiaojie mengeluh?"tanya Soo Li. Sara mengangkat bahunya.
"Selepas ini kita ke rumah Ma Shang Wu."
"Tapi xiaojie. Rumahnya di hujung pekan."
"Kita bersenam pagi ni," balas Sara pendek. Kembar itu memandang sesama mereka. Xiaojie mereka berkelakuan agak pelik pagi itu.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...