Zhen gugu memberi sekeping kertas kepada pengawal di pintu dan upah.
"Ingat jangan sampai diketahui orang,"bisik Zhen gugu. Pengawal itu dengan pantas berlari meninggalkannya. Zhen gugu kembali ke kamar Wei young yang sedang bersedia untuk makan tengahari bersama Yi er.
"Gugu ke mana tadi?"tanya Wei Young membetulkan rambutnya.
"Ke dapur melihat lauk-pauk untuk makan tengahari."
Wei Young tersenyum.
"Rindu sungguh dengan Yi er walaupun baru saja bertemu,"kata Wei Young memandang Zhen gugu.
"Yi Er membesar sebagai seorang yang dihormati di sini. Semua kerana Young er,"balas Zhen Gugu lembut. Wei Young bangun dibantu oleh pembantu persalinannya dan duduk di kerusi.
"Esok, Zheng xiaojie akan ke mari-"
"Tapi-"
"Gugu, Young er tahu perasaan gugu tetapi Gugu mesti ingat bahawa rumah ini juga diwariskan kepada Zheng Xiaojie."
"Tapi-"
"Harta Shu Wu Ji hanya sebuah rumah bersama 20 orang gaji di pedalaman dan sebuah ladang jagung peninggalan keluarganya,"sambung Wei Young. "Biarpun Zheng xiaojie ini berbeza rupa parasnya daripada Zheng xiaojie yang menamakan Yi er tapi Young er dapat merasakan mereka punya jiwa dan pemikiran yang sama."
"Young er....kenapa terlalu baik begini?"sambut Zhen gugu menghampirinya.
"Gugu cuba tengok baru sekejap dia ke mari, bertahun Shu Daren sakit tapi sudahpun sembuh kini. Kebanyakan perniagaan yang mempunyai masalah diselesaikan oleh Zheng Xiaojie."
"Kalau dia begitu bagus dia takkan mahu mengganggu keluarga Young er,"balas Zhen Gugu perlahan.
"Kita yang menumpang harta dan namanya Gugu. Ingat tu,"tegur Woo Wei Young.
"Young er tidak sayangkan Shu Daren?"
"Soalan apakah itu Gugu? Shu Daren cinta Wei Young. Dan dengan cinta itu akan Young er mati bersama."
Zhen gugu menarik nafas panjang.
"Habis tu kenapa biarkan Shu Daren dirampas oleh dia?"tanya Zhen Gugu. Wei Young memandang Zhen Gugu.
"Shu Daren yang pergi kepadanya gugu. Tolonglah jangan buat masalah berkaitan Zheng Xiaojie. Walau gugu tak nampak benda ni, Zheng Xiaojie seorang yang baik."
Zhen gugu ingin saja membalas kata-kata itu tetapi dia menahan dirinya. Ya dia akan bertindak demi kebahagiaan Wei Young. Shu Wu Ji dan Woo Wei Young patut bersama sebagai suami isteri yang sah.
"Muqin,"panggil Yi er dari luar.
"Oh, Shu Xiaoye sudah sampai," tegur Zhen gugu mesra.
"Xiaojie,lihatlah siapa di sini,"ucap Zhen gugu mesra.
"Yi er. Muqin rindu Yi er," sapa Wei Young lalu mendapatkannya.
"Yi er juga rindukan muqin,"balas Yi er. Mereka saling ketawa. Zhen gugu begitu tersentuh melihat kemesraan itu kerana Shu Wu Ji tidak pernah menunjukkan kemesraan kepada Wei Young. 'Aku baiki keadaan ini Young er. Kau tak perlu bimbang,'bisik hati Zhen Gugu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Chick-LitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...