Shu Wu Ji duduk di mejanya dan melihat Pipit yang menerangkan tentang keadaan perniagaannya kepada Sara.
"Sekejap, Pipit," potong Sara sewaktu Pipit sedang asyik menerangkan belanjawan. "Wu JI, kau pergi berehatlah. Aku ok dengan Pipit ni. Nanti jam 4 kita minum petang bersama," cadang Sara melihat wajah Shu Wu JI yang keletihan. Walaupun nampak lebih sihat dari dua hari lepas, tapi Shu telah lama sakit jadi akan mengambil masa untuknya kembali sihat.
"Betul ni?"tanya Shu Wu JI. Sara mengangguk. "Baiklah aku balik ke bilik. Kau dan Pipit sambunglah buat kerja ya?"kata Shu Wu Ji sambil menggamit Zhao Ying yang berada di situ. Tanpa perlu banyak bicara, Zhao Ying membawa Shu Wu JI keluar dari situ.
"Macamana Cempaka boleh kembali ke sini?"tanya PIpit setelah Shu Wu JI hilang dari pandangan. Sara mengangkat bahunya.
"Rumah ini di zaman aku, masih wujud. Dan aku hanya mengikut wasiat Zheng gonggong untuk kembali ke sini. Setibanya aku di sini, aku...di sini," kata Sara bersahaja.
"Di sini?"tanya Pipit cuba mengerti. Sara ketawa melihat wajah keliru Pipit.
"Aku bosan sedari aku tiba sampai sekarang, aku hanya berjalan dari depan ke depan lagi. Belum ada masa untuk aku melihat sekeliling rumah ini."
"Besar kawasan kediaman ini," tambah Pipit.
"Marilah PIpit ikut aku melawat kawasan. Shu Wu JI tak sihat nak temankan aku berjalan-jalan. Aku teringin nak tengok kebun di belakang itu yang katanya banyak pokok buah yang Zheng gonggong tanam untuk aku dan ada anak sungai jernih di tepinya," terang Sara.
"Kalau macam itu, marilah Cempaka. Pipit temankan," kata Pipit berdiri.
"Aku ada banyak soalan hendak bertanyakan kepada kau. Eloklah kita berbual sambil bersiar-siar," ucap Sara. Pipit mengangguk. Mereka beriringan keluar dari rumah utama itu.
"Zheng gonggong begitu sayangkan Cempaka. Seluruh kawasan ini penuh dengan bunga-bungaan yang menawan."puji Pipit seraya melihat alam sekeliling. Sara memegang lengan Pipit ketika berjalan kerana hanfunya yang panjang. "Kenapa Cempaka?"
"Kenapalah tak pakai macam orang Melayu kan? Tak perlu labuh begini. Lagi berkedudukan lagi meleret hanfu ni," bebel Cempaka. Pipit ketawa.
"Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, Cempaka," balas Pipit. Sara menjeling ke atas. Pipit membiarkan sahaja Sara berpaut kepadanya.
"Aku nak tanya, apa jadi kepada abang Ishak?"tanya Sara. Pipit menghela nafasnya.
"Serangan lanun berjaya dipatahkan, tetapi ramai juga orang kita yang terkorban. Cik Puan Syahida meninggalkan sepasang kembar dan datuk sekarang membela mereka bersama Datin Delima," jawab Pipit.
"Delima menjaga mereka dengan baikkah?"tanya Sara memandang muka PIpit. Pipit tersenyum.
"Datin sangat menyayangi mereka Cempaka."
"Apakah nama yang diberikan kepada kembar itu?"tanya Sara lagi ingin tahu.
"Tun Kudu dan Tun Mela," jawab Pipit. Wajah Sara berkerut.
"Nama apa tu?"kata Sara terkejut. Pipit ketawa.
"Tun Kudu dan Tun Mela ialah nama nenek moyang keluarga Temenggung," jawab Pipit. Sara mendengus. Mereka berjalan melewati bilik Woo Wei Young. Zhen gugu menilik mereka dari dalam bilik.
"Hem, memang tak malu langsung," bisik Zhen gugu mengetap bibirnya. Woo Wei Young pergi ke tingkap di tempat Zhen gugu mengendap. Dia melihat Sara dan Pipit sedang asyik berbual.
"Nampak mereka sangat rapat, bukan?"kata Woo Wei Young.
"Perempuan macam tu pun Shu Daren suka," balas Zhen gugu.
"Gugu, Young er tahu gugu tak sukakan Zheng xiaojie tetapi tolong gugu. Kita ni menumpang di sini," kata Woo Wei Young mengingatkan Zhen gugu. Tetapi kata-kata itu disambut dengan jelingan tajam. Woo Wei Young menggelengkan kepalanya melihat sikap pengasuhnya.
"Aku dan Ann Di penat-penat bawak kau balik ke Melaka, kenapa kau kembali ke sini?" soal Sara. Pipit terdiam mencari jawapan yang tepat.
"Selepas Shu Furen meninggal dunia. Shu Daren terus pulang ke sini meninggalkan Pipit di Melaka. Shu Daren tidak mahu membawa Pipit bersama kerana Cempaka mahukan Pipit hidup di Melaka," jawab Pipit.
"Betul,"
"Pipit bekerja keras di Melaka hingga perniagaan rempah itu membawa untung. Adik-beradik Pipit semua Pipit nikahkan dengan orang baik-baik. Nenek yang terlalu uzur meninggal dunia dan hati Pipit hanya mahu pulang ke sini."
"Kenapa begitu sekali Pipit kasihkan tanah Ming ini?"soal Sara lagi.
"Di sinilah adanya Cempaka, di sinilah ada Kembang Cina, di sini juga tempat Cik Puan Syahida. Shu Furen juga berada di sini. Semuanya bermula di sini. Pipit ingin sekali hidup di sini. Lagipun hidup Pipit sangat bahagia sekarang. Cempaka memberikan kehidupan Pipit satu makna,"balas Pipit. Sara menghentikan langkahnya dan memandang jejaka 30an itu.
"Semasa aku datang ke mari kau lebih muda dari aku dan kini kau pun ikut tua bersama Shu Wu JI," usik Sara. Pipit ketawa.
"Kalau begitu, Cempaka mesti memanggil Pipit, abanglah," usik PIpit.
"Oiih, dah pandai ya?"kata Sara ketawa. "Kalau aku panggil kau abang, kau nak aku panggil Shu Wu JI atok?" tambah Sara lagi. Kedua mereka ketawa besar selepas itu. Khadam-khadam yang lalu-lalang di situ begitu tertarik akan perbualan dua orang besar-besar ini kerana mereka asyik ketawa. "Marilah, lambatlah kau ni berjalan," kata Sara menarik Pipit untuk berjalan lebih laju.
"Eh,eh-"belum sempat Pipit memberi amaran, Sara tersungkur ke tanah kerana tersangkut kainnya sendiri. Menjerit Sara kesakitan. Pipit cepat-cepat membantu Sara berdiri. "Wahai dinda, apakah perasaan tersungkur terpijak kain sendiri?"usik Pipit.
"Pipit!" jerit Sara memegang dahinya.
"Berdarah!" kata Pipit terkejut. Dia mengeluarkan saputangannya yang bersih dan menekap luka itu. Sara memukulnya berkali-kali kerana mengetawakannya. "Aduh, ampun Cempaka, ampun,"desis Pipit. "Tu banyak darah tu, kita balik ke rumah utama ya?"pujuk PIpit. Sara menendang kaki Pipit dengan kuat. "Aduh, sakit!" adu PIpit memegang kakinya. Sara berpaling dan Pipit terhencot-hencot mengangkat skirt Sara yang terlalu labuh itu dan mengikut Sara pulang ke rumah utama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ЧиклитKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...