82

141 19 3
                                    

Li Yang Jian sampai di Wu Jing pada lewat senja terus menginap di rumah penginapan yang sama. Melilau matanya mencari Zheng Shuang. Tetapi Zhu Wu mendapat isyarat dari wakil ketua lanun yang sedang menikmati makan malam di satu sudut terasing.

"Hou ye," sapa Zhu Wu lalu berbisik kepadanya. Lalu mereka berdua pergi ke sudut itu.  Li Yang Jian duduk dan wakil itu bangun memberi hormat.

"Aku hanya mahu tahu dia sudah mati atau belum?"tanya Li Yang Jian bersuara perlahan. Orang itu menggelengkan kepalanya. "Kalau begitu tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Hanya satu sebab mengapa aku memilih untuk berada di pihak kamu, Shu Wu Ji mesti dihapuskan." Li Yang Jian bangun dari situ dan berlalu. Zhu Wu hanya mengikuti langkah Li Yang Jian tanpa berkata apa-apa. Zhu wu membawa Li Yang Jian ke biliknya yang berada jauh dari rombongan Sara.

"Mengapa terlalu jauh bilik aku?"tanya Li Yang Jian. Zhu Wu menundukkan kepalanya.

"Hou ye...ini adalah bilik yang terbaik,"kata Zhu wu. Li Yang Jian berpuashati dengan jawapan itu. Sesungguhnya Zhu Wu sengaja mengambil bilik yang agak jauh dari rombongan Sara.

"Xiao Lian, kenapa kau masih tidak sedarkan diri? Bangunlah, aku di sini,"kata Sara berbisik. Soo Mi dan Soo Li yang gembira bertemu Sara kembali berpandangan sesama sendiri.

"Gongzi, pergilah berehat sudah beberapa hari gongzi tidak tidur,"pujuk Soo Mi.

"Kamu berdua baru sahaja tiba, pergilah berehat dahulu. Jika aku mahukan apa-apa aku akan beritahu,"balas Sara tersenyum. Soo Mi dan Soo Li menunduk hormat dan pergi dari situ. Ma Shang Wu masuk membawa masuk sedulang makanan untuk Sara.

"Gongzi, silalah menjamah makanan ini."

"What is that?"tanya Sara perlahan.

"Chow mein. Dr Tan masakkan. Dia membayar ketua dapur untuk memasak mi goreng basah."

Sara tersenyum. Andrew tahu dia amat gemarkan masakannya terutama mi goreng basah.

"Hao, aku akan makan,"kata Sara bangun dari sisi Xiao Lian dan duduk di meja bersama Ma Shang Wu. "Ah Wu, Xiao Lian sebenarnya dalam koma bukan?"tanya Sara sambil perlahan-lahan menyuap makanan. Ma Shang  Wu mengangguk. "Aku tak boleh melihat dia begini Ah Wu,"kata Sara yang makan sambil mengesat airmatanya yang gugur satu persatu.

"Xiao Lian begitu bermakna di hati Gongzi,"ucap Ma Shang Wu. Semua ahli rombongan memanggilnya gongzi dan penyamarnya masih berada di situ untuk mengelirukan pihak musuh.

"Dia pembantu Mo Li Hua yang paling setia..dia adalah seorang sahabat,"balas Sara. Dia menghabiskan makanan yang yang dimasak oleh Andrew. "Ah Wu kau baliklah ke bilik aku akan menjaga Xiao Lian malam ini."

Ma Shang Wu menunduk hormat dan pergi dari bilik itu. Sara kembali ke katil Xiao Lian. Sebelum berlalu Ma Shang Wu berpaling.

"Kalau di zaman kita, ini dinamakan koma. Gongzi cubalah berbicara dengannya. Mungkin itu boleh menolong."

Sara mengangguk. Dia memegang tangan kanan Xiao Lian.

"Xiao Lian, kau bangunlah. Li Hua di sini, ini Li Hua Xiao Lian,"panggil Sara perlahan. Airmatanya menitis satu persatu. "Kau ingat tak kita membuat persembahan di hadapan Hwangshang? Kau begitu gementar kau tidak makan dan asyik berlatih. Kita hanya punya masa 2 hari. Kau ingat tak?"

Xiao Lian masih begitu.

"Hao ba, apa kata aku mainkan lagu Mo Li Hua hmm? Kau dengarkan,"kata Sara seolah-olah sedang bercakap dengan Xiao lian. Dia bangun mengambil dizi atau serunai di tepi dinding. Dia mengambil kerusi dan duduk di sisi katil Xiao Lian. "Kau berjanjilah kau akan bangun Xiao Lian. Kau tak mahu bersua dengan Li Hua, huh Xiao Lian?"sambungnya lagi. Dia mengesat airmatanya yang tumpah dan bersedia untuk memainkan lagu Mo Li Hua.


Satu rumah penginapan itu mendengarkan bunyi seruling. Li Yang Jian yang sedang membaca menutup buku dan membuka pintu biliknya.

"Mo Li Hua..siapakah yang sedang meniup seruling itu?"tanya Li Yang Jian.

"Biar Zhu wu melihat-"

"Tak perlu, biar aku sahaja,"kata Li Yang Jian tanpa berlengah mencari di mana seruling itu datang. Dia berlari dan berhenti betul-betul di depan bilik yang menempatkan Xiao Lian. Pengawal yang ditempatkan oleh Ma Shang Wu menghalang Li Yang Jian daripada merempuh masuk.

"Hou Ye, bilik ini bilik peribadi."

"Kau tahu aku siapa?!"jerit Li Yang Jian.

'Astaghfirullahalaziim,"bisik Sara. "Itu Li Yang Jiankah?" Dia memukul dahinya berkali. "Apa yang aku bodoh sangat ni?" Kata Sara berbahasa Melayu. Baru dia hendak berjalan dia terasa dipegang.  "Xiao Lian?"panggil Sara berbisik. Dia duduk di sisi Xiao Lian. Xiao Lian perlahan-lahan membuka matanya. Airmata Sara deras mengalir. "Kau dah sedar?"

Xiao Lian mengangguk.

"Gongzi, di mana Li Hua?"tanya Xiao Lian perlahan.  Sara baru sahaja ingin menjawab tetapi Li Yang Jian sudah menerpa masuk.

"Shuang er!"teriak Li Yang Jian yang terlepas daripada kawalan pengawal pintu.

"Gongzi..."sapa salah seorang daripada pengawal itu.

"Mei shi ba. Kamu boleh keluar,"balas Sara tenang. "Li Hou Ye," tegur Sara hormat. Sara berdiri di hadapan katil bagi melindungi Xiao Lian daripada pandangan Li Yang Jian. Li Yang Jian melihat-lihat sekeliling bilik itu.

"Walau kau berpakaian lelaki sekalipun aku mengenalimu Shuang er."

"Bijak sekali. Panggil saya Shu Furen,"balas Sara membetulkan namanya.

"Mo Li Hua,"panggil Li Yang Jian. Berkerut dahi Xiao Lian mendengarkan panggilan itu dan dia kenal benar itu adalah Li Yang Jian. Tetapi tubuhnya terasa lemah untuk membalas apapun.

"Hou ye, malam ini bulan cantik sekali, apakata kita pergi menikmati bulan purnama?"cadang Sara. Dia tidak mahu Li Yang Jian tahu yang di atas katil itu adalah Xiao Lian. Li Yang Jian tersenyum mendengarkan cadangan itu. "Silakan,"kata Sara menjemput Li Yang Jian keluar dari bilik itu. Li Yang Jian yang seperti di awangan mengikut sahaja kata-kata Sara. Sara membisikkan kepada pengawal untuk memanggil Ma Shang Wu ke situ.

"Shuang er, sudah makan malam?"

"Belum Hou ye,"bohong Sara.

"Temankan aku makan, bagaimana?"tanya Li Yang Jian.

"Sudah tentu, silakan,"jawab Sara sambil mengilas pandangannya ke belakang. Pengawal itu cepat menjalankan arahannya.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now