Ma Shang Wu yang resah menanti berasa lega melihat kemunculan Sara.
"Apa yang telah berlaku Xiaojie?"tanya Ma Shang Wu.
"Kita akan tahu sebentar lagi,"jawab Sara. Dia berdiri bersama Andrew memandang ke pintu menanti kemunculan Yi er.
"Kenapa dengan keluarga ni?"tanya Soo Li. Sara terketawa mendengarkan soalan naif daripada Soo Li.
"Yang pasti tidak normal,"jawab Sara dan Yi er keluar dipimpin oleh Li Ren.
"Yi er! Kau tak apa-apa?"sapa Sara berkejar kepada Yi er. Li Yang Jian dan Yuan Yuan juga berada di situ. Yi er menggelengkan kepalanya. Ma Shang Wu membantu Li Ren menopang Yi er mengelakkan dia jatuh ke tanah.
"Zheng Xiaojie, Yi er benar-benar kurang sihat," kata Yuan Yuan. Sara memandang pasangan ideal itu. Tanpa berkata apa-apa, Sara membawa Yi er naik ke dalam kereta kuda. Dia turun semula dan pergi berjumpa dengan pasangan itu.
"Bolehkah saya tahu tabib yang mana mengubati Shu Xiaoye tadi?"tanya Sara. Li Yang Jian dan Yuan Yuan berpandangan sesama sendiri. Sara dapat mengagak yang Yi er telah dipermainkan oleh Li Shu Fen. "Sila sampaikan pesan kepada Li Xiaoye, yang saya akan membalas jasa baiknya terhadap Yi er,"sambung Sara.
"Bie, Bie...kita pegawai diraja mestilah sentiasa membantu,"ucap Yuan Yuan. Sara memandang tepat kepada Yuan Yuan dan LI Yang Jian seketika lalu memberi hormat dan berlalu dari situ.
"Kalau sudi, Li Xiaoye boleh melawat Yi er di kediaman kami," kata Sara seraya naik ke kereta kuda dibantu oleh Soo Mi.
"Terima kasih Zheng Xiaojie, selamat jalan," ucap Yuan Yuan melambai. Sara mengangguk dan masuk ke dalam kabin kereta kuda itu. Yi er yang masih seperti sedang bermimpi menegur Sara.
"Terima kasih Shuang er. Yi er tidak tahu kenapa jadi begini," beritahu Yi er dan tertidur di bahu LI Ren.
"Li Ren boleh kau ceritakan apa yang berlaku sebelum Xiaoye kamu ini jadi begini?"tanya Sara lembut.
"Baik Xiaojie," jawab Li Ren. Dengan terperinci LI Ren mencerita insiden dari pagi ke tengahari hinggalah dia terjaga di kamar LI Shu Fen. Sara menghela nafas panjang dan menggelengkan kepalanya. Betul sangkaannya, ini semua angkara Li Shu Fen yang berniat jahat.
"Ah Wu, apakah yang boleh dibuat untuk membuang ubat tidur ini dari tubuh Yi er?"tanya Sara dari dalam. Ah Wu menyelak tirai dan tersenyum.
"Itu perkara yang senang. Nanti kita singgah di klinik Yan taiyi, tuan Pipit selalu mendapatkan perkhidmatannya," jawab Ah Wu. Sara tersenyum.
"Kalau macam tu, kita ke situ dulu. Yi er tidak boleh balik dalam keadaan sebegini, nanti lain jadinya."
"Ah Wu faham, Xiaojie," ucap Ma Shang Wu menjatuhkan tirai itu kembali.
Li Yang Jian masih berdiri di pintu gerbang itu. Yuan Yuan memandang suaminya yang lebih banyak mendiamkan diri sejak Li Shu Fen memaksa Zheng Shuang ke rumah itu.
"Hou ye, kenapa masih berdiri di sini? Marilah ke dalam, kita kan ada majlis makan malam keluarga?"ajak Yuan Yuan mesra. Li Yang Jian memandang Yuan Yuan dan mengangguk. Pandangan mata Zheng Shuang tadi seperti membencinya sedangkan baru hari itu mereka bertemu.
"Furen, masuk dahulu. Aku hendak berbicara dengan Zhu Wu seketika," kata Li Yang JIan. Setelah Yuan Yuan hilang dari pandangan, Zhu Wu menghampiri LI Yang JIan. "Apa pendapat kau tentang pewaris keluarga Zheng gonggong tadi?"
"Zhu Wu melihat dia seorang wanita muda yang berani, Houye," jawab Zhu Wu pendek.
"Kau dapat rasakan tak, cara dia bercakap, cara dia memandang seperti-"
"Mo LI Hua?"sampuk Zhu Wu.
"Kau juga merasa begitu?"
Zhu Wu mengangguk.
"Tapi Houye, masakan itu Li Furen kerana sudah 18 tahun dia meninggal dunia."
"Di manakah kuburnya?"tanya LI Yang JIan.
"Hanya Shu Daren yang mengetahui di mana kuburnya kerana semasa Mo Xiaojie meninggal dunia, dia adalah Shu Furen," jawab Zhu Wu.
"Baik, tapi aku ingin tahu dari mana asal Zheng Shuang yang ini."
"Baik Houye, berikan Zhu Wu masa untuk menyiasat." LI Yang mengangguk dan berjalan ke dalam.
Yi er diberi ubat anti mengantuk oleh Yan Taiyi. Selang setengah jam, dia sudah boleh berbicara seperti biasa. Sara dan Andrew yang berada di situ, melihat Shu Sheng Yi pulih kembali.
"Terima kasih Zheng Xiaojie, Liu Xiaojie, kerana membantu Yi er," kata Shu Sheng Yi atau Yi er. Sara berpandangan dengan Andrew yang cantik berpakaian wanita di sebelahnya.
"Kau sudah okay tak ni." tanya Sara.
"Okay tu apa?"
"Maksud aku, kau sudah sihat?"tanya Sara lagi. Yi er tersenyum dan mengangguk. "Li Shu Fen memang seorang yang suka mengganggu orang lain bukan?"
Yi er mengangguk.
"Sejak ayahnya dinaikkan pangkat dia lebih berani berlaku biadap dengan sesiapa sahaja."
"Adakah Shu Jia dan Li Jia berbaik-baik?"tanya Andrew.
"Tidak Liu xiaojie. Sebenarnya dari Yi er kecil, LI Jia tidak pernah melayan Shu JIa dengan terhormat."
"Boleh saya tahu kenapa?"tanya Sara cuba mengorek rahsia.
"Yi er pernah bertanyakan kepada Err Nyang tapi Nyang tidak pernah memberikan cerita keseluruhan."
"Baik, apa yang Nyang pernah ceritakan kepada Yi er?"tanya Sara lagi.
"Tiye pernah berkahwin dengan isteri rasmi LI Houye selepas dia diceraikan."
"Hmm, benarkah begitu?"soal Sara menguji.
"Shuang er, ini kisah dahulu kala. Tiye tidak pernah mengisytiharkan sesiapa pun termasuk Nyang sebagai isteri rasminya." Sara dan Andrew berpandangan.
"Siapa nama isteri Li Yang JIan yang diceraikan itu?"tanya Andrew.
"errr..errr... siapa ya?"tanya Yi er kepada diri sendiri cuba mengingati. "Ha, Mo Li Hua," ucap Yi er.
"Mo LI Hua?!" ucap Andrew dan Sara serentak berlakon terkejut.
"Err, kenapa Xiaojie terkejut?"tegur Yi er hairan. Sara ketawa kecil.
"Cantik namanya," balas Sara.
"Nyang pernah berkata, Mo Li Hua seorang yang cantik," tambah Yi er.
"Baiklah, hari pun sudah lewat. Marilah kita pulang. Nanti Shu Daren kerisauan pula," ajak Sara berdiri.
"Xiaojie," panggil Yi er.
"Hmm..."
"Xiaojie, benarkah perkahwinan ini akan terjadi?"tanya Yi er berhati-hati. Sara memandang tepat ke wajah polos Shu Wu JI semasa muda di hadapannya.
"Yi er, ayahmu akan ke medan perang tak lama lagi. JIka kau bimbangkan perkahwinan ini, aku nasihatkan tak perlu sebab, Shu Daren sendiri tidak tahu bila ia akan berakhir. Dan sehingga itu, perkahwinan ini hanya tinggal sebagai sebuah rancangan," terang Sara. Yi er tersenyum manis.
"Tai hao le," kata Yi er tidak semena-mena. Sara ketawa tetapi Andrew langsung tidak menunjukkan minat kerana Yi er seperti mengagumi Sara.
"Dia akan jadi ibu kau Yi er, secara rasminya nanti," kata Andrew mengingatkan Yi er. Serba-salah lelaki 18 tahun itu. Sara menggelengkan kepalanya.
"You're too serious!" bisik Sara ke telinga Andrew. Andrew hanya membalas dengan jelingan tajam. "Uih, boleh menghiris hati jelingan kau tu," bisik Sara lagi bergurau dengan Andrew.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura FemininaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...