Tidak lama selepas itu, Pipit mengirim berita yang Li Yang Jian berada di kediaman hinggapnya di hujung kota.
"Aku ikut,"kata Andrew.
"Tak payah. Cukup Pipit bersama aku."
"Ini bahaya!"tegas Andrew.
"Kau kenal Li Yang Jian bukan. Dia tidak akan apa-apakan aku,"pujuk Sara.
"Aku tak izinkan,"balas Andrew. Ma Shang Wu dan Pipit melihat sahaja perdebatan itu.
"Aku tak minta izin kau pun,"ujar Sara membeliakkan matanya.
"Ah Li bawa bertenang. Ah Wu percaya Shu Furen berkeupayaan."
"Ah Wu, aku tak pernah mempersoalkan itu. Tapi Sara ni, Zheng xiaojie aka Shuang er adalah seorang yang akan menjadi terburu-buru bila dia marah."
Sara keluar dari rumah rehat itu dengan segera. Dia mesti menghentikan rancangan jahat Li Yang Jian serta-merta.
"Cempaka, apa Cempaka yakin kita boleh mengubah rancangan Li Houye?"tanya Pipit seraya tiba di hadapan kediaman Li. Sara menghela nafasnya.
"Aku rasa aku akan lupakan rancangan hendak memberi ubat tidur ini kepada Li Yang Jian. Dia terlalu kejam untuk aku berlembut dengannya. Aku tidak pulang ke sini untuk melihat Shu Wu Ji mati di tangannya." Pipit terdiam sambil memerhatikan raut wajah yang dahulunya tuannya.
"Pipit akan melindungi Cempaka walau apapun."
Sara tersenyum.
"Aku berjanji dengan kau Pipit...jika aku dapat menghentikan rancangan jahat ini, aku akan nikahkan kau dengan orang yang terbaik untukmu."
"Cik Muda! Kenapa tiba-tiba nak nikahkan hamba?"tanya Pipit kebengangan. Sara ketawa.
"Sebab kau tu dah patut ada keluarga, tak perlu kau sibukkan dengan hal aku,"kata Sara ketawa lagi. Pipit menjeling. "Uih, pandai dah jeling ya,"usiknya lagi.
"Ini siapa?"tanya pengawal pintu.
"Zheng Shuang, pewaris keluarga Zheng,"jawab Pipit. "Khabarkan kepada Li Houye, Cik zheng mahu ketemu."
Pengawal itu berlari masuk ke dalam.
"Cik muda, ini sangat bahaya,"tegur Pipit seperti berbisik.
"Aku dah muak dengan Li Yang Jian. Aku akan selesaikan hari ini,"balas Sara memandang Pipit.
Pengawal itu datang semula.
"Li Houye hanya benarkan Zheng xiaojie masuk seorang,"beritahunya.
"Ni-"kata Pipit terkejut. Dia ditenangkan dengan gelengan kepala Sara.
"Jika aku tidak keluar dalam masa sebatang lilin terbakar, kau boleh merempuh masuk. Sebelum itu....kau tunggu saja di sini,"kata Sara perlahan.
"Tapi..."
"Ini siapa?"tanya Sara menunjuk kepada dirinya.
"Cik Muda Cempaka Sari,"balas Pipit lemah.
"Adakah aku lemah dan bodoh?"tanya Sara. Pipit menggelengkan kepalanya. "Aku tahu kau risau tapi hutang ini hanya aku boleh membayarnya,"pujuk Sara. Pipit mengangguk tanda faham. "Kau belanja semua pengawal ini minum. Kau minta tuan kedai arak itu datang ke mari bawa ke sini. Sebelum itu kau letak ubat ini dulu. Kau ada masa yang singkat untuk selesaikan perkara ini.
"Baik!"Pipit terus berlari ke kedai berdekatan. Sara lalu pergi mengikut pengawal itu pergi masuk ke kediaman.
"Zheng xiaojie, lama kita tak ketemu,"sapa Li Yang Jian ketika Sara dibawa masuk.
'Ei, jijik,'bilang hati Sara melihat senyuman Li Yang Jian yang plastik. Sara melihat dua tiga orang khadam di dalam ruang tamu yang cukup besar itu. Li Yang Jian tersenyum sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Chick-LitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...
