Andrew masih lagi bermenung selepas menyegarkan diri dengan mandian hangat. Tiada siapa yang tahu dia ialah seorang lelaki melainkan Ma Shang Wu, Shu Wu JI dan Pipit...dan juga Sara. Ketinggiannya mungkin sedikit janggal untuk seorang wanita di zaman itu tetapi wajahnya bersama solekan masih boleh menyembunyikan identiti lelakinya. Amanat Shu Wu JI memberikan impak yang agak besar kepada dirinya. Dia mula bertanya kepada dirinya sendiri sama ada dia layak untuk bersama dengan Sara. Hati dan cinta Shu Wu JI terhadap Sara teramat besar dan dia mengeluh sendirian.
"Dr Tan," panggil Ma Shang Wu. Andrew menoleh kepada Ma Shang Wu. "Berat keluhan Dr Tan," tegur Ma Shang Wu.
"Ah Wu, panggil saja aku Andy ketika tiada sesiapa di sini. Di luar panggil saja LIu LI. Itu nama yang Sara berikan kepada aku. Ma Shang Wu tersenyum.
"Encik Andy-"
"Andy!"
"Ok, Andy. Kenapa saya melihat Andy agak terganggu malam ini selepas bercakap dengan Shu Daren," tanya Ma Shang Wu. Andy tergelak kecil. Ma Shang Wu juga boleh menelah perasaan aku, katanya sendiri.
"Ah Wu, kau tahu, Sara dan aku adalah pengembara masa," balas Andrew. Ma Shang Wu mengangguk. "Tapi aku katakan di sini. Aku takkan boleh mengembara atau merentas masa tanpa Sara."
"Maksud Andy-"
"Sara, kebolehan Sara mengatasi kebolehan aku dalam pengembaraan masa. Itu adalah takdirnya. Aku sebenarnya boleh ke mari tetapi untuk balik ke zaman asal, aku perlukan Sara."
"Begitu? Tetapi Andy, saya boleh membantu," beritahu Ma Shang Wu duduk berhadapan dengan Andrew. Andrew tersenyum.
"Aku takkan ke mana-mana jika pilihan terletak di tangan aku, Ah Wu. Untuk seberapa ketika, aku akan cuba berada di sisi Sara selama yang aku boleh."
"Apa maksud Andy?"
"Shu Daren, meminta aku tinggal di sini bersama Sara kerana khuatirkan keselamatannya apabila Shu Daren ke medan perang. To tell you the truth, tanpa dia meminta begitu aku sudah mengambil keputusan akan menjaga Sara. Aku, kau dan PIpit. Shu Daren mengharapkan kita akan melindungi keselamatan Sara di sini,"jelas Andrew.
"Shuang er, tahu ke perkara ini? Perlu ke kita memberitahu Shuang er?" Andrew menggelengkan kepalanya.
"Ma Shang Wu, kau belum kenal siapa itu Sara atau Shuang er. Shu Daren risaukan dia bukan kerana orang boleh mencederakan dirinya tetapi Sara akan mencederakan dirinya sendiri. Sara ini berani dia kadang tu tak bertempat. Itu yang merisaukan Shu Daren bukan keupayaan Sara untuk menangkis serangan musuh."
"Oh, begitu."
"Kau tak payah melihat jauh, kau sendiri sudah melihat cara dia selamatkan Yi er kelmarin dulu,"sambung Andrew. Ma Shang Wu teringatkan kejadian itu. "Dia akan membahayakan dirinya. Perangai itu yang membuatkan Shu Daren begitu bimbangkan dia. Sara seorang yang bijak dan dia walaupun dia tidak mahu akui, semangat keperwiraan dia sangat tinggi."
Ma Shang Wu mengangguk. Dia mengeluarkan keluhan. Dia sekarang lebih memahami anak angkat Laksamana Zheng He ini.
"Kerana bakat dia yang suka mencari susah dan suka menegakkan keadilan ini yang membuatkan Zheng gonggong begitu menyayanginya melebihi anak sendiri." 'Bakat mencari susah,' desis hati Ma Shang wu. Dia ketawa sendiri. "Sekarang kau tahu, kenapa Zheng gonggong, Shu Daren, Pipit dan aku begitu melindungi Sara. Kerana dia tidak kenal erti takut."
"Ah Wu di sini, sebenarnya hendak memberitahu, jika Andy sudah mahu pulang ke zaman asal, kita mestilah pulang ke Qing An."
"Pulang ke Qing An?"
"Hanya pulang ke kediaman Zheng di Qing An, Andy boleh pulang ke zaman asal."
"Kenapa begitu? Adakah Sara juga boleh pulang begitu?"
Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya.
"Pintu masa ialah di Qing An tetapi bila ianya terbuka, itu Ah Wu tidak tahu. Ah Wu hanya menggunakan pintu merentas masa itu beberapa kali. Kadang-kadang ia terbuka kadang-kadang kita kena menunggu terlalu lama. Ya, Ah Wu ialah penjaga harta Shuang er. Bila Shuang er tiba di Qing An, di situ Ah Wu agak hairan kerana bila dia tiba di situ, seperti pintu itu sudah menantinya." Andrew terdiam dengan penjelasan itu tetapi dia dapat merasakan rantai mutiara itulah kunci pengembaraan masa mereka.
"Dan kau benar-benar tidak tahu mengapa?"tanya Andrew. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya. Andrew menganggukkan kepalanya. Dia tidak akan memberitahu sesiapapun tentang keajaiban rantai mutiara yang dipakai oleh Sara. Tetapi mengikut pengalaman Andrew, rentasan masa tidaklah di tempat tertentu kerana dia dan Sara pulang ke zaman asal tanpa memerlukan pintu yang diperkatakan oleh Ma Shang Wu. "Ah Wu, aku merasa sangat penat. Boleh tak hantarkan Soo Mi sedikit awal untuk menyiapkanku?"pinta Andrew. Ma Shang Wu berjanji untuk mengarahkan Soo Mi membantu Andrew berpakaian.
Sara bangun keesokan harinya lebih segar. Dia melihat sekeliling biliknya.
"Xiaojie dah bangun?"tegur Soo LI membawa besen air bersih. Sara bangun dan menggeliat. "Semalam Shu Daren yang menghantar xiaojie ke sini. Xiaojie ingat tak?"kata Soo LI mesra. Dia memberikan air dan kayu sugi untuk Sara memberus gigi dan secawan air bersih untuk berkumur. Kemudian, Soo Li memberikan tuala bersih untuk Sara mengelap mukanya.
"NI, takkan aku nak lap muka aje?"tegur Sara memberikan balik tuala itu kepada Soo Li.
"Ah Wu, tidak mahu luka xiaojie terkena air," jawab Soo LI. Sara mengeluh.
"Siapkan air hangat untuk aku mandi."
"Tapi xiaojie-"
"Tak ada tapi-tapi, pergi buat sekarang," arah Sara tersenyum. Wajah Soo LI keruh. "Aku nak basuh badan sahaja. Boleh tak jangan buat muka macam tu?"usik Sara. Soo Li menunduk hormat dan berlalu dari situ. Sebelum keluar pintu, Soo Li berpaling.
"Nubi, terlupa," ucap Soo LI.
"Apa?"
"Woo Xiaojie, menjemput Xiaojie, Liu LI Da jie untuk sarapan." Sara mengeluh panjang. 'Aku tuan rumah ke kau ni Woo Wei Young. Why do I feel that you're indicating that you're the house owner,'fikir Sara.
"Beritahu Woo Xiaojie, aku tak dapat hendak bersarapan dengan dia. Dua, jemput Shu Daren, Liu Da jie, Ma Shang wu dan seorang lagi. Tuan Pipit ke mari untuk sarapan, faham?"tanya Sara sambil berdiri dan meregangkan otot-ototnya. Soo LI menunduk hormat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...