88

120 21 2
                                        

Pipit yang sudah menanti Sara, Andrew dan Ma Shang Wu di Guangzhou bersiap sedia untuk menerima kehadiran mereka. Genap seminggu, mereka menunggang tanpa rehat yang panjang mereka tiba di Guangzhou. Rancangan Sara untuk membantu armada Shu Wu JI masih menjadi rahsia mereka berempat. Pipit sangat teliti dalam menjalankan arahan Sara. Sudah dua tiga hari Pipit menanti di pintu kota dan dia merasa lega melihat kelibat mereka bertiga berjalan kaki sambil menuntun kuda-kuda mereka.

"Cik muda," tegur PIpit.

"PIpit apa khabar?"balas Sara yang kedengaran sedikit keletihan.

"Alhamdulillah. Pipit gembira melihat semua ada di sini sampai dengan selamat,"bicara Pipit mencapai tali kuda Sara. "Ah Li, Ah Wu itu kereta kuda yang sudah Pipit sediakan. Mari. Nanti Pipit arahkan mereka meletakkan kuda-kuda ini di bangsal."

Sara tersenyum bahagia kerana mempunyai Pipit sebagai pembantunya benar-benar membuatkan segalanya nampak senang. Hari semakin tinggi dan bahang matahari musim panas membuatkan kepala Sara berdenyut kuat. Dia memegang kepalanya.

"Sara, kenapa ni?"tegur Andrew.

"Cempaka -"belum habis pertanyaan Pipit Sara tiba-tiba jatuh pengsan tetapi sempat disambut oleh Andrew.

"Shu Furen!"panggil Ma Shang Wu terkejut. Dengan sekali cubaan, Andrew berjaya mencempung Sara yang sudah tidak sedarkan diri.

"Bawa cik muda ke kereta kuda!"teriak Pipit sambil menggamit kereta kuda supaya pantas bergerak ke arah mereka.Mereka bertiga mengangkat Sara masuk ke kereta kuda. Dengan pantas, Sara dibawa ke rumah hinggap perniagaan Zheng. Untuk sebeberapa lama Ma Shang Wu dan Andrew memeriksa keadaan Sara. Sara masih tidak sedarkan dirinya.

"Cik muda!"panggil Pipit lembut. Sara masih terbaring. Pipit memandang Andrew dan Ma Shang Wu. "Nak panggilkan taiyi?"

Andrew dan Ma Shang Wu menggelengkan kepala mereka.

"Pipit jangan bimbang, Shuang er hanya terlalu kepenatan. Kita biar dia berehat,"balas Ma Shang Wu sambil memandang Andrew. Mereka bertiga keluar dari bilik besar itu dan tinggallah

"Tapi-"

"Percayalah Pipit, Shu Furen hanya kepenatan dan sekarang dia sebenarnya sedang tidur,"kata Ma Shang Wu seraya menenangkan Pipit.

"Betul tu Pipit. Biarkan Sara berehat ya. Mari kita duduk di luar. Sudah ramai dayang-dayang di sini menemani,"kata Ma Shang Wu. "Apa kata kita makan dulu?"cadang Ma Shang Wu lagi.

"Baiklah, kalau begitu saya akan sediakan,"balas Pipit sempat lagi melihat Sara di katil sebelum berlalu.

"Untuk kepastian kita mesti menunggu Sara bangun dari tidurnya,"kata Andrew perlahan dia memandang Ma Shang Wu. Mereka bertiga memandang sekilas kepada Sara yang terbaring sebelum keluar.

Shu Wu Ji yang sudah lengkap berpakaian perang keluar dari kediaman tentera laut yang tidak jauh dari.dermaga.

"Ada berita Shu Furen, Ah Chan?"sambil dia mengambil pedang dan pistol yang baru diterima dari pihak istana.

"Maafkan Ah Chan, perisik kita tiada maklumat terkini."

Shu Wu Ji termangu seketika.

"Bukankah kita telah meletak ramai pahlawan halimunan bersama Shu Furen?"

"Itu betul..err..mengikut laporan Shu Furen bersama Ma Shang Wu dan Liu Li menunggang pantas ke Nanjing."

Shu Wu Ji mengangguk lega.

"Kalau mereka ke Nanjing hatiku merasa lega. Dia boleh menjaga dirinya sendiri,"ujar Shu Wu Ji. "Mari kita bertolak, armada kita menunggu."

"Satu lagi Daren, Li Hou Ye berada di sini."

"Li Yang Jian?"tanya Shu Wu Ji. Ah Chan mengiyakan. "Dia tiada urusan di sini setahu aku."

Ah Chan mendiamkan dirinya kerana dia sendiri merasa kurang senang demgan berita itu.

"Pastikan ada pengintip memerhatikan gerak-geri Li Hou ye."

"Baik, daren."

Li Yang Jian yang duduk minum teh bersama wakil lanun di sudut terpencil.

"Hari ini ialah harinya,"bicara lelaki itu. Li Yang Jian mengangguk.

"Pastikan Shu Wu Ji dihapuskan. Ambillah upah ini sebahagian. Selesai kerja Zhu Wu akan mengirim bakinya."

"Hou ye-Asaka tidak mengetahui kerjasama ini-aku-"

"Akan tetap jadi rahsia. Anggap sahaja kau bekerja untuk maharaja."

"Baik, hou ye! Aku pergi dulu."

"Aku mahu melihat kepala Shu Wu Ji dihantar kepada aku,"tegas Li Yang Jian sambil menggamit supaya lelaki itu pergi.  "Zhu Wu, Shuang er di mana?"

"Nanjing,Hou ye,"jawab Zhu Wu berbohong. Li Yang tersenyum sinis. Dia teringat segala kenangan bersama Mo Li Hua. Dia berjanji dengan dirinya sendiri, jika Zheng Shuang yang ada hematnya ialah Mo Li Hua menjadi miliknya. Semua gundik akan dilepaskan.Janji hatinya.

"Bagus,"sambut Li Yang Jian perlahan.

Salina duduk di bilik Sara mengemas apa yang patut. Dia singgah di katil dan menatap gambar-gambar perkahwinan Sara. Hatinya menjadi sungguh rindu kerana sudah tiga bulan Sara ke Beijing tanpa sebarang berita terkini. Dia bangun lalu bergerak ke kotak kayu di atas meja. Dia membukanya dan membuka lembaran-lembaran yang bertulisan cina.

"Sara, mak dan mamatok rindukan Sara,"ucap Salina perlahan. Tangan kanannya mencapai sehelai lagi lembaran. Potret Sara sedang tersenyum di samping Shu Wu Ji. Dia mengeluh panjang. "Bukankah kau hanya pergi menerima wasiat Laksamana Laut Zheng He,"bicaranya sendiri. Dia meneliti lagi segala yang di dalam kotak itu. Ada sebuah kotak kecil berwarna ungu gelap. Dia membukanya berhati-hati. Di dalam kotak itu ada sebatang cucuk sanggul emas bertatahkan jed dan mutiara. Salina terpegun melihat rekaan purba tetapi halus buatannya. Dia meneliti cucuk sanggul itu dan dia ternampak ada perkataan yang diukir dalam abjad rumi. 'Sara untuk Shu Wu Ji.' Salina menggelengkan kepalanya. Dia sangat mengerti kasih Sara terhadap Shu Wu Ji dan begitu juga sebaliknya. Dia menyimpannya semula berhati-hati.

"Sara, mak redha jika ini ketentuan Ilahi. Tapi sebagai mak Sara dunia akhirat, mak mahukan Sara di tempat yang betul iaitu di sisi keluarga kita." Suasana hening dalam bilik itu begitu dirasakan.  Salina tahu itu hanya bicaranya. "Betapa mak kesalkan hari yang Sara jatuh dari pokok lama dulu. Jika itu tidak terjadi sudah tentu Sara tidak menjadi pengembara masa,"ucapnya sambil airmata ibunya jatuh di pipi.

Sara terbangun dari lenanya kerana hatinya begitu teringatkan ibunya.

"Mak...mak tak apa-apa ke? Sara begitu rindukan mak dan mamatok,"bisiknya.

"Furen,"panggil Soo Mi dan Soo Li ceria.

"Soo Mi, tolong panggilkan Tuan Pipit ke mari Soo Li, tolong panggil Ah Wu dan Ah Li sekarang,"arah Sara. Soo Mi dan Soo Li berpandangan.

"Furen, minumlah air delima ini. Wu ge yang buatkan,"kata Soo Mi sambil menghulurkan semangkuk minuman. Sara menerimanya.

"Eee...masamnya air delima ni!"komen Sara. Soo Mi dan Soo Li terketawa kecil.

"Wu ge kata, air ini akan memberikan tenaga yang luar biasa kepada Furen,"balas Soo Li.

"Tenaga? Kau cuba rasa baru kau tahu betapa bertenaganya air ni,"usik Sara kembali. "Dah, pergi cepat!" Dengan pantas kembar itu menjalankan perintah.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang