Selepas sarapan pagi itu, Shu Wu JI dan Pipit terpaksa bergegas ke pelabuhan untuk melihat beberapa persiapan armada. Tinggallah Andrew dan Ma Shang Wu.
"Aku mahu ke pekan membeli-belah," beritahu Sara.
"Kau nak beli apa?"tanya LIu LI atau Andrew.
"Kau lupa kau cuma ada tiga set pakaian. Jadi aku dengar ada kedai pakaian yang terkenal di kota. Aku teringin untuk melihat," jawab Sara.
"Ah Wu , akan sediakan kereta kuda," kata Ma Shang Wu meminta diri.
"Aku ikut," kata Andrew.
"Dangren la, dengan saiz kau, aku tak berani nak beli baju memandai-mandai," jawab Sara bangun. "Soo Li, Soo Mi. Ayuh," panggil Sara.
"Shi, xiaojie," jawab mereka serentak. Mereka mengikuti sahaja Sara berjalan ke luar pintu gerbang. Mereka menunggu kereta kuda yang disediakan oleh Ma Shang Wu. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki menegur Sara di situ.
"Selamat tengahari, Xiaojie," kata budak lelaki itu. Soo Li dan Soo Mi yang berdiri ke belakang pergi ke hadapan Sara.
"Kau siapa?"tanya Soo LI.
"Saya penghantar surat untuk Zheng Xiaojie," jawab budak lelaki itu menunjukkan surat itu kepada Soo LI dan Soo Mi. Soo Mi mengambil surat itu.
"Siapa yang mengupah kamu?"tanya Soo Mi.
"Li Yang Jian Hou ye,"jawab budak itu pantas. "Saya pergi dahulu," katanya dan terus pergi.
"Eiiii," belum sempat Soo Mi menahan budak itu terus berlari dari situ. Soo Mi memberikan surat itu kepada Sara dan pada masa yang sama kereta kuda yang dipandu oleh Ma Shang Wu sampai ke pintu gerbang.
"Li Yang JIan? Kenapa aku macam pernah mendengar nama itu?"tanya Andrew. Sara menjeling ke atas. Bagaimana mungkin dia melupakan Li Yang Jian? Bagaimana LI Yang Jian mengetahui yang dia sudah pulang? Adakah LI Yang Jian mengingati Mo Li Hua pernah diberi nama Zheng Shuang oleh Zheng gonggong. Dia membuka surat itu.
"Zheng Xiaojie, Shu Sheng Yi pengsan di akademi dan telah dibawa ke kediaman Li oleh anak saya Li Shu Fen, rakan sekelas Shu Sheng Yi. Bolehkah Zheng Xiaojie menghantar orang mengambil Shu Sheng Yi di sini malam nanti kerana dia sekarang sedang tidur setelah dirawat ," surat itu berakhir di situ. Sara menggelengkan kepalanya. 'Siapalah yang begitu bodoh mengirim surat ini?'tanya dirinya sendiri. Andrew mengambil surat itu dan membacanya.
"Ini mungkin satu perangkap," kata Andrew perlahan. Sara ketawa kecil.
"Orang bodoh pun tahu ini perangkap. Tapi aku teringin juga hendak tahu kisah selanjutnya."
"Kau tak boleh pergi, Shuang er. Terlalu bahaya!" komen Andrew. Sara memandang Ma Shang Wu dan dia juga turut bersetuju dengan Andrew. Sara mengeluh panjang.
"Sebodoh yang menulisnya, aku tak rasa ini bahaya," balas Sara.
"Tapi-"
"Liu LI, kau terlalu berfikir. Dia kata suruh ambil malam. Jadi sebelum malam aku teringin untuk membeli beberapa pasang pakaian," kata Sara terus berjalan masuk ke kereta kuda diikuti oleh Soo LI dan Soo Mi. Andrew menggelengkan kepalanya melihat kedegilan Sara. Sara mengikut perancangannya dan habis sahaja membeli-belah dia terus ke kediaman Li. Segalanya seperti baru semalam berlaku. Dia tersenyum mengenangkan Zumu yang menyayangi Mo LI Hua seadanya.
"Aku tetap tak suka kau berdegil begini," ucap Andrew. Sara memandang Andrew.
"Hidup di sini terlalu membosankan, don't you think?"balas Sara perlahan. "Kau tak nak ikut kau tunggu sahaja di sini," kata Sara keluar dari kereta kuda. "Ah Wu sekiranya dalam setengah jam aku tidak keluar dari kediaman ini, tolong beritahu Shu Daren," pesan Sara. Andrew bergegas turun dari kereta kuda.
"Aku ikut," ucap Andrew pendek. Sara mengangguk dan tersenyum sendiri. Soo Li dan Soo Mi mendahului mereka menghampiri pengawal di pintu. Soo LI menunjukkan surat itu kepada pengawal berkenaan. Dengan pantas pengawal itu berlari ke dalam. Selang seberapa ketika, Yuan Yuan datang bersama pembantu-pembantunya.
"Zheng xiaojie," panggil Yuan Yuan seperti sudah kenal lama.
"Li Furen?"balas Sara. Yuan Yuan tersenyum. "Saya datang mahu menjemput Yi er pulang," beritahu Sara. Yuan Yuan menjeling kepada pembantunya.
"Apakata Zheng Xiaojie masuk dahulu," jemput Yuan Yuan. Sara dan Andrew berpandangan.
"Kenapa? Yi er tiada di sini?"tanya Sara.
"Sebenarnya- er sebenarnya.."
"Muqin," panggil Li Shu Fen. Dia dari tadi menunggu di luar memastikan Sara datang menjemput Yi er.
"Fen er, apa yang sedang berlaku ini?"tanya Yuan Yuan. LI Shu Fen tersenyum kepada ibunya dan memandang Sara. 'Akhirnya, dapat juga aku bertemu dengan Zheng Shuang,'kata hatinya. "Fen er?"panggil ibunya.
"Yi er berada di bilik Fen er. Tadi dia kurang sihat sebab itu Fen er bawa dia pulang,'jawab Li Shu Fen. Sara mengukur anak muda sebaya Yi er. 'Mengikut sungguh jahat Li Yang Jian,'desis hatinya. "Zheng Xiaojie, jemputlah masuk sebentar,"pelawa Li Shu Fen. Sara memandang Andrew.
"Baiklah, tapi saya tidak boleh terlalu lama,"jawab Sara."Silakan Zheng Xiaojie,"jemput Yuan Yuan. Dia menjeling kepada Li Shu Fen kerana dia pasti anaknya itu srdang mencipta masalah.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
أدب نسائيKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...