22

192 28 0
                                        

Sara dan Soo Mi berjalan di belakang Pipit kerana mereka berpakaian seperti seorang hamba. Pipit membawa mereka melawat ke Kedai Rempah dan ketiga kedai selainnya. Semua tidak dapat menghidu bahawa pemilik kedai-kedai itu bersama Pipit. Sara hanya memerhati tanpa berkata banyak. Pipit membawa mereka ke sebuah Kedai Teh yang cantik dan penuh dengan pelanggan.

"Cempaka, ini pun Cempaka punya. Teh ini semuanya teh yang biasa diminum di Melaka," beritahu PIpit. Sara merasa seteguk. 

"Lama tak minum teh panas begini. Adalah beberapa hari ini," komen Sara. 

"Kedai ini bagus, Ia dipimpin oleh Li Shao. Semua buku ditulis dengan telus dan yang pasti dengan pelanggan yang sentiasa ramai, kedai ini tidak rugi. Tetapi biasalah, kedai Teh  tidak dapat memberi keuntungan yang luar biasa," bicara Pipit. Sara mengangguk. "Kalau Pipit bertanya, bolehkah Cempaka?"tanya Pipit sehabis sahaja Sara meneguk teh panasnya. Sara mengangguk. "Cempaka berada di sini hanya sebentar atau akan berpergian sekali lagi?"

Pertanyaan Pipit, membuatkan Sara berfikir.

"Aku kembali kerana Shu Wu Ji. "

"Adakah itu bermakna Cempaka akan kekal di sini?"

"Kau ni kenapa Pipit?"tanya Sara kehairanan.

"Bukan Shu Daren sahaja yang merindui Cempaka, Pipit juga," ucap PIpit perlahan.

"Rindu...?Kau sukakan aku PIpit?"usik Sara. 

"Eh, bukan-bukan. Bukan yang begitu. Rindu Pipit kepada Sara seperti seorang adik, sahabat,"pintas Pipit pantas. Sara ketawa.

"Aku juga rindukan kau Pipit, dengan semua di sini. Tempat ini terlalu jauh dari tempat yang aku terbiasa, tetapi hidup di sini lebih mudah,"ucap Sara. "Pit, kau bungkuskan teh hantar ke rumah aku,"pinta Sara.

"Sudah, Pipit sudah arahkan orang untuk menghantar beberapa bungkus teh ke rumah Cik Muda."

"Marilah kita pergi, Shu Wu JI sejak jadi tua ni, suka membebel dan sangat cepat cemburu. Oh ya, cepat melenting," kata Sara sambil berdiri. Pipit ketawa mendengar kata-kata itu. Kedengarannya pedas tetapi dia tahu hati Sara yang ada Shu Wu JI.

Madam Tan yang terkejut mendengar bunyi bising di bilik Andrew bergegas ke situ. Dia membuka pintu dan melihat telefon bimbit Andrew berkecai dan Andrew menangis seorang diri di meja itu.

"Andy, son," panggil Madam Tan lembut. "What's wrong?" Dia pergi memeluk Andrew.

"I want to remember mama," jawab Andrew dalam tangisnya. Madan Tan memeluknya erat. "Where is that Sara mama?"tanya Andrew. "I need some answers," katanya lagi. Madam Tan menenangkan Andrew bersungguh-sungguh.

"Let mama talk to mamatok,ok?"pujuk Madam Tan. "Nanti mama tanya Sara di mana sebenarnya ok? Jangan sedih-sedih. Selagi mama di sini, Andy jangan risau," pujuk Madam Tan lagi. Andrew merasa tenang dengan kata-kata ibunya.

"Mamatok, Andy perlu jumpa Cik Sara,"pinta Andrew ketika mereka berkunjung ke rumah Salina.

"Mamatok-"

"Dia ada di Beijing,"pintas Salina seraya membawa sedulang kudapan. Mamatok terperanjat dengan tindakan Salina.

"Beijing?"tanya Andrew.

"Dia ke sana kerana melihat harta yang diturunkan kepadanya oleh seseorang bernama Zhen He,"tegas Salina

"Bila dia pulang mak?"tanya Andrew lagi. Madam Tan memegang bahu Andrew supaya jangan terlalu memaksa.

"Sara kata dia tidak tahu,"potong mamatok. Andrew berdiri. Sekarang dia faham, Sara pergi menemui seseorang di sana. Dia teringatkan surat yang diambil dari kotak kayu.

"Thank you mamatok, mak. Andy balik dulu,"ucap Andrew meminta diri dia hanya mengikut kata hatinya. Dia akan ke Beijing mencari Sara di sana. 

"Andy duduklah dulu, baru sampai kan?"

"Maafkan Andy mamatok, Andy baru teringat Andy ada perkara yang perlu diselesaikan," jawab Andrew sopan dan tersenyum sedikit.  Dia memandang ibunya. Madam Tan tergesa-gesa berdiri.

"Since Andy dah cakap macam tu, saya pun ikutlah. Saya minta diri dulu Puan Salmah, Sal," ucap Madam Tan terkulat-kulat keliru dengan tindakan Andrew. Andrew tanpa berlengah melangkah keluar dari rumah itu.

"Son, what are you doing?"bisik Madam Tan sambil berlari-lari anak di belakang Andrew.

"I'm sorry Ma, I need to go to Beijing," jawab Andrew yang berjalan di hadapan Madam Tan. Madam Tan terkejut mendengarkan ucapan Andrew dan berlari dengan lebih  pantas dan menarik lengan Andrew. Andrew sekarang berdiri menghadapi ibunya di bawah langit petang.

"What did you say?"tanya Madam Tan.

"Andy hendak ke Beijing sekarang."

"Sekarang?! No! You are still under medical observation," bantah Madam Tan.

"Andy tak tahu hendak explain macamana dekat mama. Kalau Andy tak pergi sekarang, Andy rasa Andy takkan jumpa Sara sampai bila-bila." Madam Tan merenung wajah Andrew yang bersungguh-sungguh. 'Ya itulah wajah Andrew yang selalunya. Penuh semangat,'fikir ibunya. Madam Tan menghela nafas panjang.

"Are you sure?"tanya Madam Tan memandang tepat ke wajah Andrew. Andrew menganggukkan kepalanya. "Ok, we go straight to the airport. All your stuff and passport, mama suruh Karen pack sekarang, jom," kata Madam Tan. Andrew memeluk erat ibunya. Dia merasa begitu bertuah mempunyai ibu yang begitu memahami seperti Madam Tan. Madam Tan menepuk belakangnya. "You must take care of yourself for mama," bisik Madam Tan.

"Andy janji!"

Madam Tan melepaskan pelukannya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengarahkan setiausahanya untuk menguruskan tiket dan penginapan di Beijing serta-merta. Mereka bertolak ke KLIA. Di situ, setiausaha ibunya Wilson Lim sudah pun menunggu di situ. Pemandunya Ganesh juga sudah menunggu dengan beg sandang Andrew.

"Tiket, passport, bagasi, ubat?"tanya Madam Tan menanda checklist.

"Semua di sini Madam," jawab Wilson. "This is the hotel address. Someone from the hotel will wait for tuan muda di sana,. I have already checked you in. This is the boarding pass" beritahu Wilson lagi. Andrew melihat ibunya. Mereka sampai tepat masanya. Dia memeluk Madam Tan seeratnya kerana pengumuman penerbangan sudah berkumandang. Dia mengucapkan terima kasih kepada Wilson dan Ganesh dengan berjabat tangan. 

"Andy pergi dulu  mama," ucap Andrew.

"Call me once you've landed," balas Madam Tan. "Makan ubat on time," kata Madam Tan lagi. 

"Andy janji mama," ujar Andrew. Dia mengambil backpack yang mengandungi passport dan ubat2an daripada Ganesh.

"Tuan muda, beg tuan muda yang bertanda tag ini," kata Ganesh sambil memberikan tag kembar beg kepada Andrew.

"Thanks Ganesh. Please take care of my mom while I  am away," pinta Andrew. Ganesh mengucapkan selamat jalan kepada Andrew. Dia melangkah pantas dan memandang ke belakang memberikan lambaian selamat tinggal. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan ini adalah betul kerana hatinya berkata dia mesti berjumpa Sara sekarang. Dia masuk ke pesawat dan duduk di kelas pertama. Untuk pertama kalinya dia merasa begitu tenang. Selepas makan dia mengambil ubat dan terus tertidur sepanjang penerbangan. Hatinya hanya mahu bertemu Sara. Itu sahaja yang dia tahu sekarang.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang