75

153 25 2
                                        

Mereka berkumpul beramai-ramai di restoran milik keluarga Zheng. Bilik yang besar tanpa gangguan dan mempunyai pelayan-sendiri. Ma Shang Wu, Pipit, Andrew dan Sara duduk di meja marmar bersegi empat dan tempat duduk yang diperbuat dari bahan yang sama.

"Soo Mi,Soo LI mari duduk sekali," arah Sara. Bilik itu menghadap dermaga dan Sara dapat melihat kapal-kapal dagang yang keluar masuk. Pipit memesan makanan untuk mereka semua.

"Xiaojie, apakah perincian perjalanan ke Kunyang?"tanya Ma Shang Wu. Sara yang sedari tadi melihat ke luar tingkap tersenyum melihat Ma Shang Wu. 

"Apa kata kita makan dulu"cadang Sara. Fikirannya berselirat dengan perkara yang mesti diselesaikan dalam masa yang singkat. Mereka berbual kosong sambil menunggu makanan sampai. Setelah makanan sampai mereka menikmatinya dengan senang hati. Sara mengerling ke tingkap, dalam hatinya mengagak yang waktu sudah memasuki jam 2 tengahari. "Baiklah kita mula sekarang," Sara memulakan bicara. "Pipit aku mahukan kau berada di Nanjing sepanjang masa. Kau akan menjadi mata dan telinga aku di sini."

"Pipit lebih suka mengikuti Cempaka ke Kunyang," ucap Pipit.

"Aku juga kalau boleh mahu semua mengikut aku ke sana tapi Pipit kau sumber aku di sini. Dari segi pengetahuan dan juga kewangan," pujuk Sara. Pipit mengangguk lemah. "Yang lainnya akan mengikut aku ke Kunyang," jelas Sara. 

"Shi," jawab mereka serentak.

"Pit, kau uruskan kediaman Shu dan Zheng. Kau pastikan segala keperluan Yi er dipenuhi."

"Cempaka jangan risau, Pipit akan membantu sebaik mungkin."

"Aku tahu aku boleh percayakan kau."

Pipit tersenyum mendengar kata-kata itu.

"Perjalanan ke Kunyang, lebih kurang dua minggu dengan perjalanan darat dan sungai. Selesai urusan di Kunyang kita akan bertolak ke Guangzhou pelabuhan dagang yang paling aktif di tanah Ming ini. Di sini, Pipit kau boleh menunggu aku di sana setelah kau pastikan pengurusan diagihkan dengan cekap."

"Pipit faham."

"Baiklah Soo Mi dan Soo Li kamu berdua boleh balik dan bersiap untuk perjalanan esok."

"Separuh sudah disiapkan xiaojie. Tinggal sedikit saja lagi,"beritahu Soo Mi.

"Bagus kerja kamu berdua. Ah Wu, Liu Li dan Pipit bolehlah menemani aku untuk menikmati teh dari Kunyang sebentar lagi."

"Shi xiaojie,kami meminta diri."

"Kita jumpa di rumah,"balas Sara melambai. Hilang kelibat Soo Mi dan Soo Li, Sara mula berbicara dengan serius. "Pipit, kau dah siasat apa yang aku suruh?"

"Sudah Cempaka tapi perkara ini nampaknya bukanlah semudah yang disangka."

Sara terdiam. Andrew dan Ma Shang Wu memerhatikan sahaja Sara berbicara.

"Apa maksud kau?"

"Ada campur tangan dari istana tapi sekarang masih tak dapat dibuktikan."

"Baiklah aku faham aku tak mahu kita melibatkan diri dalam konflik dalaman. Aku cuma mahu Shu Wu Ji balik dengan selamat. Bagaimana dengan bekalan keperluan lanun-lanun itu?"

"Semuanya dibuat oleh sebuah kedai di Guangzhou."

"Hmm..."balas Sara sambil berfikir.

"Sekejap. Shuang er kau nak buat apa ni sebenarnya?"tanya Andrew.

"Aku akan membantu Shu Wu Ji dari sini. Shu Wu Ji akan berhadapan dengan lanun-lanun itu di laut. Kita akan melumpuhkan mereka dari darat."

"Sara! Kau ingat ini mobile games? Ini kerja tak masuk akal!"bantah Andrew berdiri bertentang mata dengan Sara. "Ini merbahaya. Lanun-lanun ini membunuh orang seperti membunuh semut mereka tidak akan merasa benda itu salah."

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang