70

162 26 0
                                        

Li Yang Jian sedang menulis di bilik bacaannya apabila Zhu Wu datang memberikan laporan.

"Apa? Benarkah mereka akan berkahwin?"tanya Li Yang Jian. 

"Begitulah maklumat yang kita dapat daripada perisik kita Hou Ye."

"Baik, sebelum aku mendapat kepastian yang Zheng Shuang ini adalah Mo LI Hua, aku nak kau gagalkan perkahwinan itu."

Zhu Wu terdiam.

"Kenapa kau terdiam?"tanya Li Yang JIan.

"Zhu Wu-"

"Sekiranya Zheng Shuang sememangnya Mo LI Hua...walaupun tak tercapai akal sesiapa pun aku tidak akan berdiam diri. JIka Zheng Shuang bukan Mo LI Hua, aku tidak mahu dia mengahwini Shu Wu JI."

"Hou ye-"

"Aku ingin lebih mengenali Zheng Xiaojie lebih dekat. JIka dia menjadi isteri rasmi Shu Wu JI, kau rasa aku boleh berbuat demikian."

"Zhu Wu akan menjalankan perintah," balas Zhu Wu pendek. "Zhu Wu meminta diri," sambungnya lagi dan berlalu dari situ. Entah kenapa hatinya begitu membara dengan pengakuan Li Yang Jian. Kenapa mesti mengganggu kehidupan orang lain sedangkan hidupnya kini bahagia? Zhu Wu teringatkan jasa baik Mo LI Hua sebelum diceraikan oleh LI Yang JIan. Belum pernah sesiapa memberikan dia kebaikan seperti Mo LI Hua. Dia mengeluh sendiri. Perintah mesti dijalankan cuma di mana dan bila itu sahaja yang boleh dia menyelamatkan perjalanan perkahwinan itu. Biarpun ini adalah Zheng Shuang, dia nekad, jasa baik Mo LI Hua akan dia balas dengan membantu dalam diam Zheng Shuang dan Shu Wu JI.

Yi er dan ibunya sudah pun berangkat awal dinihari bagi membolehkan mereka menyaksikan acara perkahwinan Shu Wu Ji. Wei Young nampak lebih tenang dan banyak tersenyum sepanjang perjalanan. Yi er berterima kasih kepada ibunya kerana tidak campur tangan dalam hal perkahwinan ini.

"Bila mereka akan dinikahkan?"tanya Wei Young.

"Selepas makan tengahari sebelum terbenam matahari."

'Hmm, kau tunggu Zheng Shuang. Shu Wu JI milik aku dan Yi er,'desis hati Wei Young. Selicik-licik Zhen gugu boleh gagal membunuh Zheng Shuang. Itu membuatkan Wei Young lebih terperinci tentang bagaimana hendak memastikan rancangannya tidak akan gagal kali ini. Dia akan memastikan Zheng Shuang mati di tangannya hari itu.

Sara ditemani oleh Mawar bersedia seadanya untuk upacara akad nikah di masjid berdekatan. Dia mengenakan hanfu berwarna merah dan hijau yang disediakan oleh PIpit. Shu Wu JI yang menantinya di rumah tamu segak berpakaian biasa dengan warna yang sama.

"Wu JI," panggil Sara. Shu Wu JI nampak lebih muda dengan wajah yang cerah menantinya.

"Qin ai de," sambut Shu Wu JI. "Kereta kuda sudah bersedia," beritahu Shu Wu JI memberikan lengannya. Sara menyambutnya dengan baik. 

"Cempaka," panggil Pipit yang juga sedang menantinya. "Daren,"tegur PIpit kepada Shu Wu JI sambil memberi hormat. "Pipit sudah pun memberikan arahan kepada semua tentera di tempat masing-masing."

"Kita menjangkakan ada kekacauan?"tanya Sara. Shu Wu JI tersenyum.

"Lebih baik kita berjaga-jaga, Cempaka," jawab PIpit. Sara mengangguk. Dia teringatkan Andrew tetapi ada baiknya Andrew tiada di situ. "Silakan," jemput Pipit kepada sepasang bakal pengantin baru. Sara masuk ke kereta kuda dan diikuti oleh Shu Wu JI.

"Apa di fikiran kau?"tanya Shu Wu JI. Sara menggelengkan kepalanya.

"Kerana inilah aku pulang ke sini Wu JI," jawab Sara perlahan.

"Masih ada masa jika kau tidak mahu meneruskan Shuang er," balas Shu Wu JI. Sara memandang Shu wu JI seketika.

"Kau hendak membatalkan perkahwinan ini  Wu JI?"tanya Sara serius. 

"Aku lebih rela mati dari membatalkan Shuang er. Tetapi ini adalah keputusan kita berdua. JIka kau menukar fikiran, aku takkan teragak-agak mengikutkan sahaja." Dahi Sara berkerut.

"Macam itu sekali kau menghormati aku Wu JI?"

"Macam itu sekali kau penting bagi aku Sara," jawab Shu Wu JI. Sara tersenyum. Mereka sampai di lokasi  dan terlihat sudah ada yang menanti mereka. Ruang masjid dan kawasan masjid dikawal dengan ketat. Mereka turun dan disambut oleh orang-orang masjid dan pada masa yang sama, Yi er dan ibunya sampai. Mereka diiringi oleh beberapa orang pengawal.

"Tiye, Zheng Xiaojie,"sapa Yi er tersenyum.

"Daren,"sapa Wei Young. "Kami tahu kami tak dijemput-"

"Habis tu?"sampuk Shu wu Ji. Sara cuba mengawal keadaan.

"Baguslah, Yi Er dan Wei Young di sini,"ucapnya.

"Zheng xiaojie cantik sekali hari ni,"puji Yi er.

"Mari kita semua masuk ya,"jemput Sara. Shu Wu Ji hanya memandang Woo Wei Young dengan tajam. Sara menyentuh lengan Shu Wu Ji. Shu Wu Ji mengalihkan pandangannya kepada Sara. "Hari ni hari yang baik. Jangan marah sangat boleh?"pinta Sara ala berbisik.

"Daren, Xiaojie, sila masuk. Kadi sudah menunggu,"jemput Pipit. Woo Wei Young mengeluarkan pisau kecil dari pergelangan tangannya. 'Aku akan kalah jika aku menyerang dari depan,'desis hati Woo Wei Young.  Baru sahaja mereka mahu melangkah masuk Woo Wei Young menikam Sara dari sisinya. Pipit yang menyedari lebih awal menepis pisau kecil itu dari tangan Woo Wei Young.

Shu Wu Ji menarik tubuh Sara kepadanya.

"Wei Young!"teriak Shu Wu Ji. Dia melepaskan tubuh Sara dan menampar Woo wei Young dan wanita itu tersungkur ke tanah. Sara menahan Shu Wu Ji daripada bertindak lebih jauh.

"Nyang!!" Jerit Yi er yang tidak menyangka sama sekali ibunya tergamak melakukan yang sedemikian.

"Shu Wu Ji...kau memang tiada hati dan perasaan!"

"Kau patut berkata sedemikian kepada diri kau sendiri. Lairen!"

"Wu Ji,"pujuk Sara. Biarpun dia sendiri amat geram tetapi Shu Wu Ji boleh bertindak keras jika tidak dipujuk.

"Kau! Sebelum kau datang hidup kami bahagia!"jerit Wei Young menangis hiba.

"Bahagia? Aku hampir mati!"balas Shu Wu Ji yang sepantas kilat mengambil pedang dari pengawal dan meletakkannya ke jantung Wei Young.

"Tiye, maafkan Nyang. nyang sakit. Dia tidak tahu mana yang baik,"pujuk Yi er. Wei Young ketawa dengan air mata berjurai

"Aku sihat Yi er. Aku mahukan perempuan ini mati !"

"Nyang!"panggil Yi er. Ibunya sudah terlalu emosional.

"Lairen, bawa Woo xiaojie ke biliknya dan pastikan dia tidak diberikan makan dan minum sehingga majlis selesai!"

"Shi, daren,"jawab tiga orang pengawal sambil mengheret Woo Wei Young pergi dari situ.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang