Shu Wu Ji masih lagi dalam kekeliruan yang Sara di hadapannya sedang memandangnya dan dia memegang tangan hangat Sara tanpa melepaskannya. Sara yang juga tidak mempercayai dia berpeluang pulang ke pangkuan Shu Wu Ji.
"Apa yang telah kau buat kepada diri kau Wu Ji? Hingga jadi begini?"tanya Sara lembut. Shu Wu Ji memandangnya lembut dan mencium tangan Sara.
"Aku benar-benar rasa mahu mati Sara. Setelah jiaofu pergi. Setelah Yi Er diterima masuk ke istana sebagai pegawai kerajaan. Tiada apa yang aku mahukan lagi kecuali mahu bersama kau. Jika tidak di kehidupan ini mungkin di syurga," jawab Shu Wu Ji. Sara memandang sahaja wajah yang dirinduinya selama ini. "Wu Hen, adakah kau dan Andrew-"
"Ya, kami berkahwin," jawab Sara. Wajah Shu Wu Ji berubah. "Dia kemalangan hilang ingatan dan beria-ia menceraikan aku semalam," beritahu Sara.
"Baguslah, dia tak apa-apa. Kita nikah Sara esok!" kata Shu Wu Ji. Sara ketawa.
"Wu JI, aku masih dalam edah," kata Sara.
"Tapi itu di zaman lain," jawab Shu Wu JI pantas. Sara ketawa lagi.
"Biarpun di zaman lain, aku nak tunggu sehingga habis edah itu," kata Sara. "Dan pada masa yang sama, aku nak tengok kau lebih sihat. Bukan macam ni!" kata Sara lagi. Shu Wu Ji tersenyum.
"Tapi kau akan berkahwin dengan aku bukan bila habis edah itu?"tanya Shu Wu Ji. Sara mengangguk.
"Ya, aku pasti yang aku mahu bersama kau biarpun kau sekarang sudah tua. Aku masih 28 tahun dan kau 40 tahun," usik Sara. Shu Wu Ji terpempan. "Kenapa terdiam? Baru sedar kau dah tua hah?"usik Sara. Shu Wu JI melepaskan tangan Sara.
"Adakah-"
"Sara usik sahajalah. Sara tidak mahu bersama dengan orang lain melainkan Wu JI," akui Sara. Shu Wu Ji tersenyum.
"Wu Ji berjanji akan menyihatkan diri dengan cepat dan dapat kita bina hidup baru," kata Shu Wu JI. Sara mengangguk.
"Xiaojie, makanan sudah siap," panggil Xiao Jun dan Xiao Mi.
"Boleh hidangkan," balas Sara dari dalam. Xiao Jun dan Xiao Mi membawa dulang makanan ke dalam. Sara membantu Shu Wu JI untuk duduk di meja makan.
Sara menyuapkan makanan kepada Shu Wu ji kerana Sara melihat tangan Shu Wu Ji terketar-ketar.
"Lama Wu Ji tidak merasa begini aman,"tegur Shu Wu Ji seraya suapan bubur nasi yang terakhir.
"Nah minum air. Lepas ni makan ubat yang diberi oleh taiyi. Tiap-tiap malam sebelum tidur wajib minum susu. Sarapan juga mesti ada susu."
"Apa saja untuk Sara,"balas Shu Wu Ji. Sara tersenyum. Dia memberi Shu Wu Ji segelas air untuk berkumur dan dia mengelap bibir Shu Wu Ji.
"Rehat, petang sikit lagi kita makan buah. Malam mesti makan bubur nasi sampai Wu Ji rasa lebih sihat dan kuat,"terang Sara. Shu Wu Ji mengangguk.
"Nampak cuaca sangat baik di luar. Teringin Wu Ji menikmati udara segar."
"Not today sayang. Badan masih lemah. Terlalu terkena udara luar nanti malam takut sengal-sengal badan,"tolak Sara lembut.
"Esok?"tanya Shu Wu Ji lagi.
"Kita tengok lusa ok?" Balas Sara. Shu Wu Ji terdiam.
"Aku takut kau pergi meninggalkan aku sendiri lagi,"ucap Shu Wu Ji perlahan. Sara melepaskan nafas panjang.
"Ok, jom kita keluar. Tapi sebentar saja,"kata Sara memapah Shu Wu Ji berjalan perlahan-lahan keluar bilik itu. Matahari bersinar, permulaan musim bunga yang indah.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura FemininaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...