20

246 28 5
                                        

Andy hanya berdiam diri sepanjang perjalanan ke rumahnya. Fikirannya berserabut. Madam Tan perasan akan keadaannya.

"Son, are you ok?"tanya Madam Tan perlahan.

"I am not. Selagi tak dapat jumpa perempuan itu, I don't think I can live mama. Kenapa dia dalam otak Andy mama? Kenapa bila Andy masuk ke biliknya tadi, hati Andy amat sedih dan kenapa-" dia berhenti di situ.  Dia teringatkan apa yang dibacanya dari kotak kayu itu. Shu Wu JI seperti amat mencintai perempuan itu. Zheng gonggong? Zaman sekarang mana ada lagi yang memanggil panggilan itu dan Ma Shang Wu? Kenapa dia mengajak Sara ke Beijing? Harta apakah yang diperkatakan? Soalan demi soalan datang menyerabutkan fikirannya.

"Mama nak tanya sesuatu boleh?"soal Madam Tan apabila melihat anaknya terlalu stress begitu. Andy memandang Madam Tan. "Andy ingat tak Andy koma selama setahun?" Soalan itu mengejutkan Andy.

"Apa yang mama cakapkan ni?"

"You were involved in a fire at a convention centre in Beijing.Dan Andy koma. Papa bawa Andy balik ke sini." Andrew mendengar sahaja percakapan ibunya. "Apabila Andy keluar dari koma, the first name you mentioned was Sara. Mama pun pelik, kenapa nama itu yang Andy panggil dulu. Kebetulan Sara juga terlantar di hospital yang sama. You woke up and asked us to go to her room. Di situ bila kamu berdua bertemu, kamu dan dia menangis bersama. Mama sangat hairan dari mana kamu mengenali satu sama lain."

Andrew mengerut dahinya. Dia begitu ingin mengingati semua. Dia memandang keluar tingkap kereta. Istimewa sangatkah Sara itu padanya? Kalau dia begitu istimewa kenapa dia tergamak meninggalkannya sendirian terkontang-kanting begini. 'I need to get back my memories,'tekadnya dalam hati.

Zhen gugu menyelinap masuk ke dapur dan melihat Soo Mi sedang memasak bubur nasi Shu Wu JI.

"Zhen gugu," sapa Soo Mi hormat. Zhen gugu dengan muka yang sombong mendekati Soo Mi dan menjengah periuk besar di hadapan gadis itu.

"Bubur nasi Daren?"tanya Zhen gugu.

"Untuk semua. Zheng xiaojie mahukan semua orang memakan bubur nasi hari ini. Kenapa gugu? Ada apa yang perlu saya tolong?"tanya Soo Mi manis. Zhen gugu mengerling ke segenap dapur. Tukang masak-tukang masak sibuk dengan tugas masing-masing. 

"Li shuk mana?"tanya Zhen gugu. Soo Mi mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Tadi, Soo LI menemuiku di luar. Dia beritahu Zheng xiaojie memanggil me ke biliknya." Wajah Soo Mi berubah muram. 

"Tapi tadi Zheng xiaojie kata tugas Soo Mi hari ini ialah memasak bubur untuk semua."

"Itu tadi! Kau boleh pergi sekarang. Biar aku saja yang membantu," balas Zhen gugu. Soo Mi terdiam. 

"Kalau begitu baiklah. Saya pergi dulu," ucap Soo Mi menyerahkan senduk dan dia berlari ke bilik Sara.  Zhen gugu menjeling sekelilingnya dan mencurahkan sesuatu. 'Aku tahu takkan ada yang mati dengan ini tapi cukup untuk menonjolkan kebolehan Young er di rumah ini,'fikirnya. Dia terus mengacau bubur itu seketika. 

"Kau!"panggil Zhen gugu kepada seorang anak muda yang sedang memotong sayur dan bawang. 

"Saya?"

"Ya, ke mari. Aku hendak ke tandas sebentar. Tolong kacaukan ini. Jangan bagi hangit," arah Zhen gugu.

"Baik gugu," balas anak muda itu tadi. Zhen gugu terus bergerak keluar dari situ sambil tersenyum sendiri.

"Zheng xiaojie,"tegur Soo Mi tergesa-gesa. Sara baru sahaja hendak keluar meronda ke kebun belakang. Ma Shang Wu bersda di sisinya.

"Bukan aku minta kau buat makan tengahari?"

"Ya, tapi nubi diberitahu oleh Zhen gugu Zheng Xiaojie mahukan nubi di sini."

Berkerut dahi Sara. Dia memandang Ma Shang Wu.

"Sekarang Zhen gugu yang menjaga makanan?"tanya Dara tenang.

"Ya,xiaojie,"jawab Soo Mi yang masih kelihatan keliru. 'Apa benda lagi yang orang tua nak nak buat?'fikir Sara.

"Ahh...betul. tu bilik aku tu...tak berseri. Pergi potong letak bunga-bunga cantik kat dalam sekarang,"kata Sara. Ma Shang Wu pula memandang Sara. Sara hanya mengenyitkan matanya. "Kita ke dapur sekarang,"ajak Sara.

"Kenapa Shuang er?"

"Ikut sajalah. Banyak soallah kau ni,"bebel Sara perlahan. Mereka tiba dan melihat seorang anak muda sedang mengacau bubur dengan tenang. "Zhen gugu ne?"tanya Sara.

"Xiaojie, Zhen gugu ke tandas sebentar,"jawab anak muda itu.

"Pergi ambil garam di sana,"arah Sara. Tanpa berlengah anak muda itu bergerak ke hujung dapur.  Sara menceduk bubur itu sedikit dan mencium bau bubur nasi.

"Kenapa Shuang er?"tanya Ma Shang Wu.

"Cuba kau bau ni."

Ma Shang Wu membuat apa disuruh.

"Uih, bau apa ni?"

"Kau betul tak tahu ni?"tanya Sara. Ma Shang Wu menutup hidungnya dan menggeleng.

"Wasabi,"jawab Sara.

"Wasabi? Tapi kenapa?"tanya Ma Shang Wu.

"It is harmless. Tapi yang tak tahan akan sakit perut. This is a big dose,"terang Sara tersenyum. "Hailah Zhen gugu...kau nak main-main dengan aku ya?"kata Sara.

"What do we do now?"tanya Ma.Shang Wu.

" It is time for lunch!"jawab Sara ceria.

"Tapi-"

"Kau pergi ke pekan. Belikan bubur untuk 6 orang. Singgah di kedai Rempah, jemput Saudagar Pipit datang dan minta dia bawa serbuk cili dan serbuk kari yang paling pedas."

"Shuang nak buat apa pedas-pedas. Daren tak boleh makan pedas."

"Wo zhi dao. Ini bukan untuk Daren ini untuk Zhen gugu. Bubur yang sedap mesti dimakan dengan minyak cili. Hahhahah,"sara tergelak. Ma Shang Wu tiada ekspresi di wajah. "Pergilah!"suruh Sara. Ma Shang Wu cepat-cepat keluar dari situ. "Suka makan pedas ya? Aku akan bagi kau makan pedas,"bisiknya sendiri.

Waktu makan tengahari dihadiri oleh Pipit yang dipanggil.oleh Sara.

"Semua ada di sini?"tegur Sara seraya masuk ke ruang makan. Kelihatan Pipit, Wei Young dan Shu Wu Ji sudahpun menanti kehadirannya. "Kita ada tetamu istimewa hari ni,"beritahu Sara. Mereka berpandangan. "Daren, Shuang er rasa sangat berbesar hati bila Daren menceritakan kebaikan Zhen gugu menjadi pengasuh Wei Young dan juga Yi er,"kata Sara sambil tersenyum kepada Zhen gugu. "Zhen gugu sila duduk di sebelah Wei Young. Kita semua adalah satu keluarga." Zhen gugu memandang Wei Young. Wei Young menggamitnya supaya duduk bersama. "Baiklah, Soo Mi joleh hidangkan makanan."

Beberapa dayang membawa masuk hidangan tengahari itu. Bubur nasi bersama lauk-pauk yang sedap-sedap.

"Jemputlah makan,"kata Sara. "Daren, nah tofu dan sayur. Tak boleh makan daging lagi tau. Tapi Daren boleh makan ikan kukus ni,"kata Sara lagi sambil memenuhkan piring Shu Wu Ji. "Zhen gugu, pernah dengarkan Wang Li Bo gongju?"

"Sudah tentu, saya bekerja lama di istana,"jawab Zhen gugu riak.

"Zhen gugu tahu tak. Setibanya gongju di Melaka gongju mencipta satu sambal yang menjadi kegemaran Sultan Melaka?" Zhen gugu menggelengkan kepalanya. "Nah ini dia. Sambal belacan kari yang takkan dilupakan. Ini satu penghargaan kerana saudagar Pipit sendiri yang membuatnya,"kata Sara memandang Pipit yang terkejut kerana dia tidak tahu menahu tentang itu

"Betul, tuan Pipit?"tanya Wei Young. Pipit memandang Sara dan mengangguk-angguk.

"Gugu tiada selera hendak makan sebenarnya."

"Gugu, kalau gongju tahu sudah tentu dia sedih,"kata Sara penuh drama.

"Gugu, jangan begitu, makanlah. Young er letak sedikit dalam mangkuk Zhen gugu ya." Tanpa berlengah Wei Young meletakkan sesudu sambal itu ke dalam mangkuk bubur.

"Cara makan bubur ini ialah, gugu mesti memutarkan sudu mengikut bumi bergerak. Begini!"tunjuk Sara. Ma Shang Wu menggaru dahinya yang tidak gatal. Sekarang dia mengerti Sara bukan calang-calang wanita. Shu Wu Ji hendak mengambil.sesudu tetapi ditahan oleh Sara. "Daren, lagi seminggu baru boleh makan pedas,"kata Sara mengingatkan. Pipit tersenyum dan hanya mendiamkan diri. Sudah lama tiada drama dalam hidupnya.



Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang