41

173 25 0
                                        

Shu Wu ji berjalan bersama Ah Chan ke kamar bacaan yang kedua yang selalu didiaminya. Kamar bacaan utama, Shu Wu JI hanya biarkan ia kosong kerana itu adalah kamar bacaan Zheng He. Betapa dia menghormati laksamana laut itu dan baginya hanya Zheng Shuang yang layak menggantikan Zheng He di bilik itu.

"Apa berita dari Menteri Pertahanan Laut?"tanya Shu Wu Ji.

"Kes lanun menjadi semakin banyak dan banyak kapal diraja yang dirompak," jawab Ah Chan.\

"Apa yang pengawal khas diraja buat selama ini?"komplen Shu Wu Ji.

"Menteri Pertahanan mendapat tahu Shu Daren sudah kembali sihat, jadi dia mahukan satu perjumpaan untuk menyelesaikan masalah ini," jawab Ah Chan. Shu Wu Ji menghentikan langkah dan memandang Ah Chan pembantunya. "Kenapa Daren?"tanya Ah Chan hairan Shu Wu JI tiba-tiba berhenti.

"Berapa umur aku sekarang?"tanya Shu Wu JI tiba-tiba. Ah Chan menggaru kepalanya. "40 tahun?"

"Ya! Aku sudah penat hendak pergi berperang kalau ramai lagi yang boleh diharapkan. Aku hanya mahu menghabiskan umur aku dengan Zheng Shuang,"jawab Shu Wu Ji tegas. Ah Chan tersenyum. "Aku tiada semangat untuk hidup hinggalah dia kembali kepada aku Ah Chan," sambungnya lagi menghela nafas panjang.

"Menteri Pertahanan nampak begitu terdesak Daren," ucap Ah Chan. Shu Wu JI menganggukkan kepalanya. Dalam fikiran Shu Wu JI dia membuat keputusan untuk bersara selepas membantu Maharaja menyelesaikan masalah ini. Mereka meneruskan langkah ke kamar bacaan kedua. 

Semua sudah bersurai tinggallah Sara, Andy dan Pipit di situ. 

"Kenapa Pipit tengok Cempaka macam berduka?"tanya Pipit perlahan. Sara tersenyum hambar. 

"Segala di sini mengingatkan kesemuanya Pipit. Kau, aku, Kembang Cina, Abang Ishak, Tun Daim dan yang paling aku rindui, Laksamana Zheng He," jawab Sara dengan nada sedih.

"Aku tak ada masa ni?"tanya Andy tiba-tiba. 

"Ada, tapi kau di sini sebagai Shu Wu Hen, adik kepada Shu Wu JI."

"Apa?"balas Andy terkejut. Sara menghelakan nafasnya. Pertama kerana dia merasa kasihan kepada Andrew, sudahlah hilang ingatan. Kedua, hadir di sini di zaman yang langsung tak termasuk dek akal. Ketiga, dia adalah seorang yang penting dalam sejarah hidup Sara sebagai seorang perentas atau pengembara masa.

"Kau mungkin susah nak faham sekarang, tapi aku janji suatu hari nant kau akan mengerti, ok?"balas Sara. Mereka sambung berjalan. Setiap langkah nafas Sara menjadi semakin berat. Kenangan di kediaman ini begitu tepu di jiwanya. Perasaan rindu kepada jiaofunya membuak-buak. Sara kehilangan ayahnya ketika dia berusia 3 tahun, ketika ayahnya menjalankan tugas sebagai seorang Inspektor Polis. Kehadiran Laksamana Zheng He, mengubat hatinya yang merindui seorang insan yang digelar ayah. "Pit, itu-" tunjuk Sara kepada sebuah rumah yang cantik dihiasi pokok bunga beraneka warna.

"Ya Cempaka, rumah itulah yang terbakar semasa kita mula-mula sampai di sini,"jawab Pipit. Sara menyentuh rantai mutiaranya. Dadanya terasa berat.

"Siapa yang tinggal di situ sekarang?"

"Shu Daren mengosongkan kamar Zheng gonggong, kamar bacaan utama dan bilik ini,"jawab Pipit.

"Kau banyak tahu tentang perkembangan tempat ini, Pipit," tegur Sara.

"Semasa Shu Daren sakit dan menjadi begitu teruk, tugas Pipit menjaga 3 rumah ini," jawab Pipit.

"Woo Wei Young tidak mengganggu tugas kau?"

Pipit menggelengkan kepalanya. 

"Segala penyelenggaraan rumah ini, Shu Daren memberi kebenaran untuk menggunakan wang perniagaan tanpa meminta daripada Woo xiaojie."

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang