27

198 26 0
                                    

Selesai berpakaian, Soo Mi dan Soo Li mengikut Sara pergi ke rumah Ma Shang Wu.  Mereka menaiki kereta kuda yang telah disediakan oleh Ma Shang Wu. Sara tidak berkata apa-apa kerana dalam fikirannya ligat memikirkan cara yang paling mudah untuk menerangkan kepada Andrew tentang situasi pada masa itu. Soo LI dan Soo Mi menyedari yang Sara seperti berada dalam dunianya sendiri. Hari semakin cerah dan pagi itu sungguh nyaman. Sara menyingkap tirai kereta kuda itu dan melihat aktiviti pekan itu yang sibuk. Dia tersenyum sendiri. Tidak perlu ke ibukota untuk melihat pemandangan sebegitu.

"Xiaojie," tegur Soo LI. Sara memandang gadis 15 tahun di hadapannya. "Xiaojie kelihatan seperti memikirkan sesuatu."

Sara tersenyum dan memandang ke luar jendela. Soo Li dan Soo Mi berpandangan sesama sendiri.

"Pagi yang indah," ucap Sara. "Kamu berdua tak perlu merisaukan aku,"sambung Sara. Dan tidak seberapa lama mereka tiba di hadapan rumah Ma Shang Wu yang cantik biarpun diperbuat dari buluh. Mereka turun dan melihat Ma Shang Wu sudah pun menanti mereka di hadapan pintu pagar buluh.

"Xiaojie, selamat pagi," sapa Ma Shang Wu. Sara mengangguk.

"Soo Mi, Soo Li, kau berdua tunggu di sini," arah Sara. 

"Baik xiaojie," balas mereka serentak. Ma Shang Wu membawa Sara masuk ke rumahnya. 

"Cantik rumah awak ini Dr Ma," puji Sara.

"Xiaojie sukakannya?"

"Sangat sukakannya. Citarasa Ma Laoshi sangat bagus."

"Orang berseni, beginilah. Dia ada di biliknya."

"Baik, kita pergi berjumpa dengan ayah Wu Er dulu," kata Sara. Mereka tiba di bilik Ma Laoshi. Dia sedang duduk dan menikmati secawan teh.

"Tiye, Zheng xiaojie datang menziarah," sapa Ma Shang Wu. Ma Laoshi berpaling ke arah suara anaknya. Ma Shang Wu berbisik kepada Sara yang ayahnya sudah tidak boleh melihat dengan baik. 

"Ma Laoshi, Zheng Shuang datang menziarah," sapa Sara. Tergopoh-gapah orang tua itu cuba berdiri. "Ma Laoshi, tak perlu terlalu berkira. Sila duduk," kata Sara mendapatkan orang tua itu.

"Zheng Xiaojie? Anak angkat kesayangan Zheng gonggong?"tegur Ma Laoshi. 

"Ya, laoshi," jawab Zheng Shuang.

"Sayang, mataku tidak dapat melihat xiaojie. Gonggong sentiasa memuji betapa cantiknya anaknya. Betapa bijaknya xiaojie," kata Ma Laoshi tersenyum. Sara mendekati orang tua itu dan memegang tangannya. Dia meletakkan tangan kanan orang tua itu ke wajahnya.  "Xiaojie, tangan Laoshu kotor,"bantah Ma Laoshi cuba menarik tangannya kembali. 

"Saya mesti buktikan yang jiaofu bercakap benar," balas Sara bergurau. Ma Shang Wu tersenyum. 'Patutlah, dia begitu disayangi oleh legenda Zheng He. Tingkah lakunya sangat berbudi,'puji Ma Shang Wu dalam hatinya. Ma Laoshi ketawa dan dia mengikut sahaja tindakan Sara meletakkan tangannya ke wajah Sara. Dia menyentuh wajah Sara berhati-hati dan mengangguk-angguk. Dia mengesat airmatanya yang terbening. 

"Tidak salah sedikit pun, gonggong pernah berkata berilah seribu anak perempuan hanya Zheng Shuang yang layak menjadi puterinya," kata Ma Laoshi. Sara terharu dengan kata-kata itu.

"Laoshi, jangan risau ya Wu er, menjalankan tugasnya dengan sempurna," ucap Sara memegang tangan orang tua itu. 

"Kalau begitu, Laoshu, merasa sangat lega kerana kalau tidak kerana sakit orang tua-"

"Tiye," panggil Ma Shang Wu.

"Laoshi, Shuang er berjanji, Wu er akan menjadi seorang yang dihormati di sini," pujuk Sara. Dia tahu orang tua merasa belas terhadap 'anaknya' Ma Shang Wu tidak boleh meneruskan peperiksaan akhir untuk menjadi pegawai kerajaan kerana kemiskinan mereka. Ma Laoshi masih tidak mengetahui yang Ma Shang Wu yang ini adalah seorang doktor yang juga penjaga harta Zheng gong gong dari masa depan. Sara memandang Ma Shang Wu. Ma Shang Wu memandang Sara dan mengucapkan terima kasih kerana sudi melayan Ma Laoshi.

"Tiye, Wu Er bawa Zheng xiaojie keluar dulu," ujar Ma Shang Wu.Bapanya mengangguk.

"Xiaojie, datanglah lagi  berbual dengan Laoshu," kata Ma Laoshi. 

"Sudah tentu Laoshi," balas Sara sambil menggenggam tangan orang tua itu. "Shuang er pergi dulu," kata Sara lagi. Dia dan Ma Shang Wu keluar dari situ. "Well, I didn't imagine that he would be this sick," bisik Sara kepada Ma Shang Wu. 

"Nothing we can do here. Saraf matanya sudah rosak kerana banyak menjahit,"

"Did you check him?"tanya Sara. Ma Shang Wu mengangguk. "If you need money, datanglah kepada aku ok?"

"Setakat ini, keluarga ini masih boleh hidup dengan selesa. Shuang er dah banyak membantu dengan menghapuskan semua hutang-hutang keluarga ini,"balas Ma Shang Wu. Sara ketawa kecil.

"Andrew macamana?"tanya Sara seraya mereka berjalan ke kamar di belakang kediaman itu. 

"Dr Tan, er- saya tidak tahu hendak gambarkan," jawab Ma Shang Wu. Sara menjeling ke atas. Itu adalah berita buruk. Andrew seorang yang akan sering bertanya sehingga dia memahami apa yang dia mahukan. "Dia tidak berhenti-henti bertanya sehingga saya sendiri hilang semua jawapan,"terang Ma Shang Wu. Sara menepuk bahu Ma Shang Wu. 

"Let me try," kata Sara dan mereka sampai ke bilik itu. "Andy, Sara sini," panggil Sara dari luar. "Sara masuk."Sara terus membuka pintu dan dia melihat Andrew duduk memegang beg sandangnya di sudut bilik. Dia masuk bersama Ma Shang Wu. Sara mengisyaratkan kepada Ma Shang Wu untuk menutup pintu itu. "Andy, I am here," tegur Sara mendekati Andrew yang kebingungan.

"Where am I?"tanya Andy.

"Di rumah Ma Shang Wu," jawab Sara. "Wu Er, ambilkan air. Dr Tan perlu mengambil ubatnya,"pinta Sara. Ma Shang Wu cepat-cepat memberikan secawan air kepada Sara. "Makan ubat dulu."

Andy mengeluarkan beg ubatnya dan menelan ubat penenang yang diberikan oleh Dr Surina.Dia mengambil cawan itu dari tangan Sara dan meneguknya cepat-cepat.

"Aku di sini bersama kau. Jangan takut,"pujuk Sara.

"Where are we?"tanya Andrew memegang lengan baju Sara. 

"Do you really want to know?"tanya Sara. Andrew mengangguk. "Baik, tukar baju dulu."

Ma Shang Wu pergi ke almari dan mengeluarkan satu set baju. 

"Wu er akan tolong kau pakai baju ni," beritahu Sara.

"Aku tak nak!"

"Bagaimana untuk aku menjawab semua kemusykilan kau kalau kau tidak bekerjasama?"tanya Sara lembut. Andrew bangun dan mengambil baju itu dari Ma Shang Wu. 

"Aku boleh pakai sendiri," kata Andrew. "Kamu semua keluar sebentar," sambung Andrew. Sara memandang Ma Shang Wu dan Ma Shang Wu mengajak Sara meninggalkan Andrew sendirian.

"He remembers how to wear hanfu?"tanya Sara sendirian.

"Mungkin selepas ini, Shuang er meneliti apa yang Dr Tan ingat. Dia mungkin amnesia tetapi skills takkan hilang,"beritahu Ma Shang Wu. Sara memandang Ma Shang Wu. 

"Aku cuma harap dia dapat mengingati kembali," balas Sara. "Satu lagi, macamana dia hendak hidup di sini? Dia tak mungkin mahu ke mana-mana tanpa aku," tanya Sara.

"Kita kan fikirkan selepas ini," jawab Ma Shang Wu.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now