"Wu Ji aku takkan ke mana-mana."
"Shuang er!"bentak Shu Wu Ji.
"Marilah kita pergi Shu Furen,"sampuk Ma Shang Wu yang baru sampai bersama Andrew.
"Sara, betul tu,"tambah Andrew meneliti kepungan orang-orang Li Yang Jian.
"Wu Ji, kalau aku akan mati di sini melindungi kau, aku takkan mati dengan sia-sia." Kata-kata Sara menusuk kalbu Shu wu JI. Andrew merasa sangat gementar kerana keadaan di situ menjadi bertambah bahaya. Hari sudah semakin senja tetapi Li Yang Jian dan orang-orangnya masih tidak mahu mengalah.
"Mo Li Hua, Zheng Shuang, Sara...kamu boleh menyelamatkan nyawa mereka jika kau pulang bersamaku." Li Yang Jian berkata dengan angkuh.
"Kau!"jerit Shu Wu Ji membuka langkah tapi ditahan oleh Sara. Shu Wu Ji meronta dari pegangan Sara. "Shuang er, tolonglah pergi dari sini," desis Shu wu Ji. Sara memandang wajah pahlawan itu dan tersenyum manis.
"Aku sayangkan kau wu JI. Seikhlasnya," ucap Sara masih menahan Shu wu Ji dari meluru kepada Li Yang Jian.
"JIka kau sayangkan aku, tolonglah qin ai de, selamatkan dirimu," bisik Shu wu Ji. Li yang Jian menahan kesabaran melihat Shu wu Ji masih cuba memujuk Sara.
Li Yang Jian ketawa besar. "Menyerah sahaja Shu Wu Ji, aku berjanji tidak akan membahayakan nyawa Mo LI Hua. Er..yang pasti kau takkan menjadi suami Zheng Shuang lagi."
"Wu Ji, Li Yang Jian ini sudah separuh gila. Sayang, cukup susah aku mahu melindungi semua di sini. Apa kata aku ikut saja cadangannya,"bisik Sara. "Kau tidak mahu aku diapa-apakan dan aku tidak sanggup demi Allah juga kau dibunuh oleh LI Yang Jian,"bisik Sara lagi. Shu wu Ji mengucup dahi Sara dan memeluknya erat seketika.
"Hanya satu cinta dalam dunia ini untuk aku. Dan cinta itu adalah kau Shuang er. Berjanjilah kau akan pulang bersama Ah wu, Andy dan PIpit. Aku merayu."
"wu JI!" panggil Sara tetapi di saat itu, Shu wu Ji menolak Sara kepada Ma Shang wu dan Andrew. Dia tanpa berlengah menyerang LI Yang Jian dan Ah Chan menyertainya. Bermulalah satu pertelingkahan yang dahsyat. Ma Shang wu dan Andrew memegang tubuh Sara dan menariknya keluar dari kepungan itu. An Ling yang bersedia melindungi Sara menjadi perisai kepada mereka bertiga. Ruang di situ menjadi semakin sempit dengan asakan tentera laut Shu Wu Ji dan orang-orang upahan Li Yang Jian.
"Lepaskan aku! wu JI!" jerit Sara. Shu wu JI menyerang LI Yang Jian dan LI Yang Jian dengan angkuh menerima asakan daripada Shu wu JI dengan senang hati. Sara masih ditarik oleh Ma Shang wu dan Andrew. Kedengaran bunyi pedang dan pekikan bertalu-talu. Tentera Shu wu Ji dan orang-orang Li Yang Jian bertempur seperti di medan peperangan.
"Aku berjanji melepaskan kau semua"kata Li Yang Jian dengan angkuh menekan dada Shu Wu Ji dengan hujung pedangnya. Sara yang melihat segalanya meronta dengan lebih kuat. Pegangan Andrew terlonggar ketika Sara meronta dan Sara tanpa berlengah meloloskan dirinya. Sara berlari ke arah Shu Wu Ji,segala di sekeliling tidak digeruninya.
"Li Yang Jian!"jerit Sara. Li Yang Jian berpaling ke arah suara itu . Sara menerpa Li Yang Jian dan menarik Shu Wu Ji jauh dari mata pedang Li Yang Jian.. Sara menepis tangan Li Yang Jian yang memegang pedang dan Sara menendang perut panglima itu sehingga dia rebah. Li Yang Jian pantas bangun dan menerkam Sara.
"Shuang er!"belum sempat Wu Ji membantu Li Yang Jian menghunus pisau kecil yang tajam ke leher Sara.
"Teruskan Shu Wu Ji. Aku bunuh Li Hua dan selepas itu aku bunuh diri aku sendiri. Dan kami akan bersama selamanya,"beritahu Li Yang Jian.
"Ini salah houye," balas Shu Wu Ji. "Dia isteriku."
"Salah! Dia milik aku dan kau merampas dia dari aku!" Keadaan menjadi hening seketika kerana semua di situ Li Yang Jian mengarahkan untuk berhenti bertarung.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ЧиклитKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...