Sara yang merenung kebun peonies atau bunga wudan dalam kepekatan malam yang hanya dicerahi oleh cahaya tanglung. Dia menghela nafas panjang. Keadaan Xiao Lian yang masih tidak sedarkan diri menyentap hatinya.
"Gongzi,"tegur Pipit. Sara mengalihkan pandangannya. "Taiyi datang dan memeriksa Xiao Lian Kunyang."
"Apa katanya?"
"Demam sudah berkurangan,"jawab Pipit.
"Dia sudah sedarkan diri?"tanya Sara pantas. Pipit menggelengkan kepalanya. Sudah masuk separuh hari Xiao Lian terlantar begitu. Sara menghela nafasnya. Hatinya merasa bertambah geram dengan Zhen Du Mou. "Carikan julap yang paling kuat,"arah Sara.
"Cem-"
"Aku tidak sembelitlah!"potong Sara cepat apabila melihat dahi Pipit berkerut. "Kau aturkan pertemuan aku dengan Zhou Du Mou lewat malam nanti."
"Cempaka-"
"Tadi Zhou Du Mou cakap dia dah seminggu tak melepaskan,"potong Sara pantas sambil tersenyum kambing. Pipit mengangguk faham.
"Baik, nanti Pipit aturkan pertemuan itu."
Sara membiarkan sahaja Pipit berlalu. Begitu senang sekali bekerja dengan Pipit. Dalam dunia ini, hanya Pipit yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada dirinya. Tiada kegusaran Pipit terhadap Sara. 'Zhou Du Mou kau jangan ingat aku akan melepaskan kau dengan mudah,'desis hati Sara.
Tepat tengah malam Pipit membawa Sara ke penjara. Bau hamis dan cahaya minyak menusuk hidungnya. Bau kuat arak juga membuat kepala Sara kepeningan.
Pengawal membuka pintu untuk Sara dan Pipit. Pipit mengangguk dan memberikan satu beg wang kepada pengawal itu.
"Gongzi, jangan terlalu lama. Pengawal akan bertukar giliran dalam masa setengah jam,"kata pengawal itu mengangkat hormat.
"Terima kasih,"ucap Pipit. Sara merenung tajam ke wajah Zhou Du Mou yang comot duduk di sudut bilik. Dia bangun melihat kehadiran Sara di situ. Dia mengeluarkan ketawa mengejek.
"Apa khabar perempuan jalanan itu?"
"Perempuan jalanan? Dia dibela oleh keluarga Mo salah sebuah keluarga ternama di Hangzhou,"balas Sara mendatar.
"Gongzi, aku tengok kau seorang yang bangsawan, segak bergaya apa kau pernah menyentuh Xiao Lian?"tanya Zhou Du Mou. Sara memijak setongkol kayu yang kecil di kakinya dan apabila kayu itu terbang ke atas dengan pantas dia menyepak kayu itu tepat ke dahi Zhou Du Mou. "Aduh!"jerit Zhou Du Mou memegang dahinya. Kelihatan ada calar dan sedikit berbenjol. Pipit masih tenang di situ kerana reaksi Sara sudah dijangka. Sara atau Cempaka sangat menghargai orang-orang yang rapat dengannya.
"Jangan cakap sebarangan,"kata Sara memberi amaran. Dia memandang Pipit dan dengan pantas Pipit mengilas kedua tangan Zhou Du Mou ke belakang.
"Lepaskan! Pengawal-pengawal,"jerit Zhou Du Mou. Sara ketawa.
"Ni hai pa me? (Kau takut ke?) ,"sindir Sara. Dia memberi isyarat kepada Pipit dan Pipit memaksa Zhou Du Mou melutut.
"Lepaskan!"kata Zhou Du Mou meronta-ronta. Sara menghampiri lelaki 30an itu. Darah sudah mula mengalir dari dahinya.
"Aku tahu hukuman kau tidaklah berat sangat. Paling tidak kerja berat di lombong bijih besi selama beberapa tahun. Kau masih boleh hidup."
"Habis tu kau datang mahu membunuh aku?! Apa hebat sangat Xiao Lian yang nyawanya lebih berharga dari aku?"balas Zhou Du Mou masih cuba melepaskan diri tetapi dipegang kemas oleh Pipit. Sara menggelengkan kepalanya. Dia memicit hidung lelaki itu dan apabila mulutnya ternganga dia mencampakkan beberapa biji julap dan memaksa Zhou Du Mou meneguk air. Dia meronta minta dilepaskan tetapi Pipit tetap gagah memegangnya. Sara memegang muka Zhou Du Mou menyuruhnya bertenang.
"Xiao Lian masih tidak sedarkan diri. Kau tahu kenapa? Taiyi mengatakan dirinya sangat lemah. Satu kehilangan zat makanan, dua kerana telah didera begitu teruk dan akhir sekali, kesan kau menjual anaknya membuatkan Xiao Lian masih bertarung dengan nyawanya,"beritahu Sara. "Kau ni lelaki ke binatang? Sanggup menjual anak dan isteri demi wang. Dan aku takkan maafkan kau kerana memukul Xiao Lian sebegitu teruk."
"Apa yang kau bagi aku makan tadi?!"
"Jika Xiao Lian mati, kau juga harus mati,"jawab Sara selamba.
"Apa?!"
"Itu ialah racun yang aku buat sendiri. Aku namakan Racun Tiga Hari Tiga Malam."
"Aku belum pernah mendengarkannya."
"Inilah satu-satunya di dunia. Selepas ini kau akan merasa perut seperti dirobek pisau. Dan selepas 3 hari kau akan mati jika tiada penawar."
Zhou Du Mou meronta dengan lebih kuat. Sara pantas menghampirinya dan menampar Zhou Du Mou dengan kuat.
"Jadi, kau berdoalah agar Xiao Lian dapat terus hidup kerana aku akan memberikan penawar kepada racun itu,"kata Sara sinis. "Oh satu lagi...selepas 3 hari semua isi perut kau akan hancur dengan sendirinya."
"Gongzi...gongzi...maafkan saya....saya menyesal..."rayu Zhou Du Mou. Sara meninggalkan Zhou Du Mou tanpa berkata apa-apa. Elok Sara berada di luar pintu penjara Pipit melepaskannya. Pengawal segera datang mengunci pintu itu. "Gongzi...gongzi tolong maafkan saya..."jerit Zhou Du Mou yang terkurung di situ. Sara dan Pipit beriringan keluar dari situ.
"Pastikan makanan keparat itu lebih pedas dari kebiasaan,"arah Sara.
"Baik gongzi," jawab Pipit dan dia tahu kenapa arahan Sara begitu. Dia mahukan kesan terbaik julap tersebut. "Gongzi, bagaimana boleh terbitnya nama racun er julap itu?"
"Aku terlalu banyak mengikuti drama Cina, Pipit.'
"Drama?"
"Dah takyah tahu. Ah Wu dan Ah Li bila akan sampai?"
",Tiada aral...esok tengahari,"jawab Pipit.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura FemininaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...