Shu Wu Ji dengan penuh berhati-hati meletakkan tubuh Sara ke atas katil dibantu oleh Soo Mi dan Soo Li. Dia memeriksa luka belakang kepala Sara. Tidak terlalu teruk,fikirnya.
"Daren,"tegur Soo Li.
"Shoo,"balas Shu Wu Ji tidak membenarkan Soo Li bersuara kerana tidak mahu tidur Sara terganggu. Soo Li mengikut Shu Wu Ji ke pintu.
"Maafkan Nubi, Daren,"kata Soo Li. Shu Wu ji menggelengkan kepalanya.
"Kenapa Soo Li?"
"Daren, Ah Wu menyampaikan pesanan."
"Apakah pesanannya?"
"Luka xiaojie, tidak terlalu dalam tetapi xiaojie tidak boleh membuat kerja berat seperti bersenam atau berjalan jauh,"beritahu Soo Li. Shu Wu Ji terkejut. Kenapa begitu pesanannya,fikir Shu Wu Ji.
"Dia di mana sekarang?"tanya Shu Wu Ji.
"Ada di bilik tamu bersama Liu Li kunyang."
"Baik, aku akan bertemunya di sana,"beritahu Shu Wu Ji. "Soo Li, Soo Mi aku tak benarkan kamu berdua membiarkan Zheng xiaojie berseorangan. Kita masih belum menangkap orang yang cuba mencederakannya."
"Shi."
"Sebentar lagi aku akan letakkan 2 orang pengawal di pintu.
"Nubi, ming bai Daren."
"Pastikan ni men xiaojie selamat pada setiap masa,"arah Shu Wu Ji terus berlalu dari situ dan menuju ke bilik tamu.
"Daren, man zhou,"balas Soo Li merendahkan tubuhnya. Dia berjalan masuk ke kediaman Sara.
"Ah Wu,"panggil Shu Wu Ji dari luar dan lalu masuk ke dalam. Kelihatan Ma Shang Wu memeriksa Andrew untuk malam itu
"Daren," ucap Ma Shang Wu mengangkat hormat.
"Mienli,"kata Shu Wu Ji. "Andy kau bagaimana?"tanya Shu Wu ji. Andrew mengangguk. Shu Wu Ji memandang Ma Shang Wu. "Apa maksud pesanan kau tadi melalui Soo Li?"
"Daren, walaupun Zheng Xiaojie kelihatan seperti tiada apa-apa luka di kepalanya boleh menjadi teruk."
"Lukanya jika tidak dijaga, pada zaman ini, boleh membahayakan,"sampuk Andrew. Shu Wu Ji mengangguk.
"Ah Wu, aku ada hal untuk berbicara dengan Andy,"ucapnya. Tanpa perlu disuruh beberapa kali, Ma Shang Wu mengundurkan diri.
"Ge,"panggil Andrew.
"Andy, aku tahu kita ni bersaing untuk cinta Sara. Tapi aku mahu kau tahu, untuk dia aku rela mati."
"Ge-"
"Dan aku tahu betapa dia sungguh bermakna bagi kau. Tapi Andy, jika aku tiada, tiada orang yang lebih layak menggantikan aku kecuali kau,"bicara Shu Wu Ji duduk di sisinya di meja makan. Dia agak terkejut betapa berterus-terang Shu Wu Ji dengannya malam itu. "Betul kau sudah mengingati semua?"
Andrew menganggukkan kepalanya.
"Ge ada satu permintaan,"kata Shu Wu Ji memandang Andrew. Tiada ego atau kesombongan atau perasaan mahu mengatasi antara satu sama lain. "Kau di sini untuk mengingati dan sekarang kau dapat apa yang kau mahukan."
Andrew hanya mahu mendengar apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Shu Wu Ji.
"Ge, nak minta kau tinggal lagi sini kerana aku sendiri tidak tahu selama mana aku akan berperang dengan lanun."
"Tapi Ge-"
"Ma Shang Wu boleh menjaga kesihatannya, kau boleh menjaga kebajikan Sara di sini. Aku akan memindahkan kuasa ketua rumah ini kepada kau. Kau jagalah segala yang Shuang er mahukan."
Andrew tidak terkata apa-apa. Dia menghela nafas panjang. Dia di situ sebagai bekas suami Sara dan Shu Wu Ji pula bakal suami Sara.
"Pipit akan mengendalikan segala perniagaan di sini. Aku perlukan kamu bertiga untuk sentiasa menjadi pelindung Shuang er."
"Ge,"panggil Andrew.
"Kita tahu siapa yang mahu membunuhnya tetapi ikatan Zhen gugu dengan gundik diraja tidak boleh dipandang ringan."
"Berjanjilah kau bertiga akan sentiasa melindunginya,"pinta Shu Wu Ji seakan merayu. "Sekiranya aku balik dengan selamat, aku akan melamar Shuang er secara rasmi."
"Aku mencintai dia juga Ge-,"kata Andrew. Shu Wu Ji menepuk bahu Andrew.
"Kalau begitu, dalam masa aku tiada dan kau dapat meyakinkan Shuang er untuk kembali kepadamu, Ge akan menurut kemahuan Shuang er."
"Ge-"
"Ni zhen me le? Ge, ge ge!"tegur seumpama bergurau. Andrew memandang kepada Shu Wu Ji. Nampaknya dia telah dicheckmate oleh Shu Wu Ji. Sebegitu dalam Andrew mencintai Sara, perasaan Shu Wu Ji terhadap Sara mengalahkan apa yang dirasai olehnya.
"Ge, kau mesti balik dengan selamat. Hanya pada masa itu kita akan bersaing. Sehingga itu, aku akan menjalankan amanah ini,"kata Andrew bangun dan menunduk hormat. Shu Wu Ji tersenyum. Dia percayakan Andrew akan menjalankan tugas ini dengan sempurna.
"Aku balik dulu. Jaga kesihatan. Buat masa sekarang aku minta kau terus menyamar. Aku mahu kau sentiasa berada bersama Shuang er."
"Aku berjanji,"ucap Andrew. Shu Wu Ji berjalan ke pintu dan menoleh kepada Andrew.
"Aku berjanji tidak akan memaksa Shuang er mengahwiniku. Segala keputusan adalah di tangannya."
Andrew tersenyum dan mengangkat tangan kanannya.
Woo Wei Young tidak dapat melupakan kata-kata Sara kepadanya. Hatinya begitu terkesan. Dia duduk di depan meja solek dan pembantunya menanggalkan sanggul dan menyalinkan bajunya.
"Young er, janganlah menjadi terlalu baik,"tegur Zhen gugu.
"Kenapa ni Gugu?"Wei Young buat-buat bertanya.
"Aku terlalu menyampah dengan penipu itu,"Zhen gugu mencurahkan kemarahannya. Woo Wei Young mengalirkan airmatanya. "Kau kenapa Young er?"
"Young er merasa sangat sedih dengan kata-kata Shuang er,"kata Wei Young sayu. Zhen gugu memeluknya.
"Mei shi mei shi. Sabar. Segalanya akan kembali kepada Young er,"pujuk Zhen gugu. Wei Young menjeling kepada dayangnya di hujung bilik. Dayang itu adalah perisik yang sentiasa memerhatikan Zhen gugu untuk Wei Young. Dia tahu Zhen gugu sudah beberapa kali cuba membunuh Sara. Dia tidak akan menghalang tetapi tiada siapa yang boleh tahu dia juga membenci Zheng Shuang sedalamnya. Dia akan meletakkan pisau ke tangan Zhen gugu untuk menghapuskan Sara tanpa perlu dia berbuat apa-apa.
"Gugu, Young er terlalu penat. Young er hendak berehat."
Zhen gugu membawa Wei Young ke katil dan menyelimutinya.
"Tidurlah,"kata Zhen gugu duduk di sisi dan mengipas Wei Young supaya dia dapat tidur dengan aman. Zhen gugu sudah buat perancangan untuk menghapuskan Sara ketika Shu Wu Ji tiada untuk melindunginya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...