69

132 27 2
                                    

Woo Young yang merasa sangat marah kerana Zhen gugu dibawa pergi mengurungkan dirinya di dalam bilik.

"Nyang, bukalah pintu ini. Yi er datang,"pujuk Yi er. Sejak tengahari tadi selepas berita penangkapan Zhen gugu diterima Woo Young mengurungkan dirinya di dalam bilik. Pembantu Woo Young memberitahu Yi er tentang perkara itu.  "Nyang...bukalah pintu ini. Sejak tengahari tadi Nyang tidak makan,"pujuk Yi er. Masih tiada jawapan dari ibunya.

Woo Young membiarkan sahaja rayuan anaknya. Fikirannya sudah diamuk dengan dendam terhadap Zheng Shuang.  Kalau tak kerana perempuan yang tidak tahu asal-usul itu muncul di hadapannya semua ini tidak akan terjadi. Dia membaling semua yang berada dekat dengan tangannnya.

"Nyang!!!"jerit Yi er. "Nyang! Jawablah panggilan Yi er!"kata Yi er lagi. Dia memandang ketua penjaga. "Panggilkan pengawal ke mari."

Bergegas ketua itu mencari pengawal. Tidak berapa kemudian dua orang pengawal datang bersama ketua penjaga kediaman Shu.

"Pecahkan pintu sekarang!"arah Yi er. Tanpa menunggu sesaat pun, kedua pengawal itu mengumpul sepenuh kekuatan menendang pintu. Pintu itu jatuh dengan kuat.

"Pergi!"jerit Woo Young memegang serpihan kaca yang agak besar dan tajam di tangannya. Dia meletakkan bucu yang tajam ke lehernya

"Nyang, Yi er rayu. Tolonglah bertenang!"

"Pergi! Biarkan aku sendiri."

"Nyang, tolong. Berikan kaca itu kepada Yi er."

Woo Young ketawa di kala airmatanya jatuh berjurai. Hatinya pedih dan penuh dendam pada masa yang sama.

"Esok, sebelum gugu dihantar ke sempadan, Yi er janji Yi er akan bawa Nyang berjumpa."

Woo Young terdiam. Dia terus ketawa seperti orang gila. Dia mengesat airmatanya. 'Bukan gugu yang aku mahukan sekarang,'bisik hatinya. Tangan kanannya seperti patah kini kerana tiada lagi yang boleh diharapkan untuk mendapatkan haknya sebagai ibu pewaris keluarga Shu.

"Nyang..."pujuk Yi er.

"Apalah nasib Nyangmu ini. Tiada siapa yang sayang,"kata Woo Young dalam sendu.

"Yi er sayangkan Nyang. Janganlah begini."

"Aku pasti tiye mu mesti berada dengan perempuan itu bukan?"ucap Woo Young masih memegang kaca itu di lehernya. Sudah ada darah yang menitis. Semua yang berada di situ merasa sangat khuatir kaca itu terus menusuk leher Woo Young.

"Yi er, pasti ti ye akan kembali esok Nyang. Zheng Xiaojie dikejar penjahat jauh ke dalam hutan. Ti ye pergi menyelamatkannya."

Woo Young ketawa lagi.

"Jika aku mati malam ini. Ti ye mu takkan bergegas ke mari melihat aku kerana hati dan jiwanya hanya untuk perempuan itu."

"Nyang...janganlah begini. Yi er pasti Ti ye akan ke sini," kata Yi er. Dia menjeling pengawal yang masuk ikut tingkap perlahan2 tadi untuk menahan ibunya.

"Yi er! Lepaskan, lepaskan!"jerit  Woo Young ketika dirampas kaca itu. 

"Bawa Nyang ke bilik belakang. Ikat supaya dia tidak membahayakan dirinya. Ketua Lin, panggilkan taiyi ke mari,"arah Yi er kepada pengawal yang lain. Hatinya agak rawan melihat keadaan ibunya begitu. Belum pernah dia melihat ibunya sebegitu emosi. 

"Lepaskan! Yi er, lepaskan Nyang!" jerit Woo Young ketika dibawa pergi. Pembantu Yi er memandang tuannya yang kerisauan.

"Xiaoye, khabarnya Shu Daren akan melangsungkan perkahwinannya dengan Zheng Xiaojie esok di masjid tidak jauh dari sini. Yi er mengalihkan perhatiannya kepada pembantunya. Hatinya juga tersentuh dengan berita itu.

"Dapatkan maklumat yang tepat tentang tempat dan masa perkahwinan itu. Aku ingin menyaksikan perkahwinan tiye dan Zheng Xiaojie."

"Tapi Xiaoye, jika Daren mahukan kita di sana sudah tentu ada yang menjemput. Tapi-"

"Kau jangan risau. Tiye mungkin akan tidak menyukai tindakan aku ini tapi Zheng Xiaojie tidak akan berkata apa-apa malah akan mengalu-alukan kedatangan kita."

"Jika begitu, Li Ren akan sediakan kereta kuda," kata lelaki yang sebaya dengan Yi er itu. Yi er mengangguk dan membiarkan pembantunya berlalu. Yi er berjalan dengan lemah menuju ke bilik tahanan iaitu bilik yang bacaan Yi er. Hatinya begitu sayu melihat keadaan ibunya.

"Nyang, sabarlah. Yi er tahu hati Nyang sedang sedih dengan apa yang terjadi kepada Zhen gugu.  Zheng gugu, didapati bersalah kerana cuba membunuh Shuang er."

"Kau ni bencikan Nyang agaknya."

"Nyang apa yang Nyang cakapkan ini?"

"Shuang er...apa dia tu kawan kau?!" bentak Woo Young yang masih meronta-ronta diikat di kerusi.

"Kenapa Nyang terlalu marah? Tiye tidak mempunyai gundik atau isteri rasa selama Yi er membesar dan Yi er rasa tidak keterlaluan Tiye mahu berkahwin dengan Shuang er."

"Yi er! Perempuan itu separuh umurnya! Takkan kau buta. Tua sedikit sahaja dari kau. Kalau kau mahu, Nyang boleh izinkan Yi er berkahwin dengannya."

Yi er terdiam. Dia tersenyum melihat ibunya. 'Walau hati Yi er menyukai Shuang er, dia dan Tiye salah mencintai,'desis hati Yier.

"Shuang er seorang wanita muda yang hebat Nyang. Masakan Yi er ini setara dengannya," ucap Yi er lembut.

"Kau diam! Nyang tidak faham apa yang istimewa sangat dengan perempuan itu sehingga semua sukakan dia," cemuh Woo Young. Hatinya begitu pedih. Dendamnya tak terbalas.

"Nyang, taiyi akan datang memeriksa Nyang. Nyang makanlah ubat seperti yang dia mahukan. Yi er minta izin untuk keluar kota sebentar. Lusa Yi er pulang semula."

Woo Young terdiam melihat anaknya. 

"Kau tak sayangkan Nyang. Dalam Nyang berkeadaan begitu kau mahu berpergian."

"Yi er hanya mahu melihat Tiye dan Shuang er melangsungkan perkahwinan."

Woo Young agak terkejut dengan berita itu.

"Sanggup kau tinggalkan Nyang?" tanya Woo Young lebih tenang. Dia mahu juga melihat perkahwinan itu kerana dia mahu membalas dendam terhadap Zheng Shuang. "Yi er, bawalah Nyang bersama. Nyang tadi terlalu mengikutkan perasaan,"

"Tapi Nyang tidak sihat. Masih lagi dalam kejutan tentang Zhen gugu."

"Tidak! Tidak, Nyang berjanji akan lebih waras selepas ini. Tolonglah Nyang, Yi er. Nyang tidak mahu melepaskan upacara penting ini. Tiye punya erti dalam hidup Nyang," kata Woo Wei Young seakan merayu. Lama Yi er memandang ibunya.

"Baiklah, tapi dengan satu syarat. Nyang minum ubat yang akan disediakan dan jangan membahayakan diri sendiri."

"Nyang berjanji! Nyang janji!"ucap Woo Young dengan cepat dia lalu tersenyum manis. Yi er mengangguk dan merasa senang dengan perubahan sikap ibunya. 

"Kalau begitu Nyang bersedia. Kita bertolak awal pagi kerana selepas makan siang mereka akan bernikah di masjid luar kota."

Woo Wei Young tersenyum walaupun hatinya baran.

"Nyang akan bersiap dengan cepat," balas Woo Wei Young. Yier mengarahkan pengawal membuka ikatan ibunya.

"Kalau begitu, Nyang berehatlah. Yi er minta diri dulu," kata Yi er  seraya berlalu. 'Hhm...kau akan berkahwin dengan mayat Zheng Shuang,Wu Ji. Aku sedia menerima hukuman dari melihat kau bahagia dengan perempuan yang boleh menjadi anak kau itu!'desis Woo Wei Young.






Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now