42

160 25 1
                                        

Sara melangkah masuk ke bilik itu dan semuanya seperti yang diingatinya. Meja, kerusi, katil, semua perhiasan hinggalah ke langsir masih dikekalkan. Sara memerhatikan dari lantai ke atap dan menarik nafas sedalamnya. Segalanya masih seperti dahulu.

"Apa jadi dengan bilik ini Shuang er?"tanya Andy yang masuk bersama Sara dan PIpit.

"Terbakar. Semasa itu aku sedang mandi dan Kembang sedang di dapur. Api bermula dari dapur kalau tak silap," jawab Sara menyentuh meja jati di sisinya. Pipit hanya memerhatikan dirinya. Dia juga merasai apa yang diperkatakan oleh Sara. Ketika dirinya seorang fakir, mencuri di jalanan kerana semata-mata mahu mencari rezeki untuk nenek dan adik-adiknya, hadir seorang puteri bangsawan yang dipanggil Cempaka Sari, puteri kesayangan memanda Temenggung menjadikan dia seperti sekarang. Sehingga kini dirinya merasa terhutang nyawa. Rasa hormat, kesetiaan yang tidak terhingga kepada Cempaka tidak pernah luntur. "Shu Wu JI menyelamatkan aku."

"Bagaimana kau boleh ke sini SAra?"tanya Andy. Sara memandang wajah Andrew yang kekeliruan. 

"Kau akan tahu bila tiba masanya," jawab Sara. Menerangkan segalanya sekarang akan menjadikan Andrew lebih keliru. "Apa kata aku gunakan bilik ini sahaja?"tanya Sara kepada Pipit.

"Tapi Shu Daren mahukan Cempaka tinggal di kamar Zheng gonggong dan menggunakan bilik bacaan utama," jawab Pipit.

"Bagaimana mungkin aku menggunakan barang-barang jiaofu? Aku boleh menjadi gila hanya berada di situ kerana kerinduan ini, tidak terubat," balas Sara lemah. Andrew memandang SAra yang begitu emosional sekarang.

"Betul ke kau  hanya menganggap Zheng gonggong seorang ayah? Atau lebih lagi?"tanya Andrew. Dengan pantas Sara pergi kepada Andrew dan menampar belakang kepala lelaki itu. "Aduh! Sakitlah!"

"Cakap tu tolong tapis sikit. Jiaofu is like my own father. Di zaman ini, he is my father!" jerit Sara. Pipit terpegun melihat kali pertama Sara menunjukkan kemarahannya. "Kalau kau cakap mengarut lagi, aku akan halau kau dari sini kau faham?!"ugut Sara. Andrew melihat Sara begitu tertekan.

"Ok, ok! Yang nak marah sangat ni kenapa? Aku tanya je," ucap Andrew mengurut belakang kepalanya. Sara menjeling kepada lelaki berpakaian perempuan itu. Sara duduk sebentar di meja makan marmar bulat. Betapa dia rindukan Kembang Cina, Syahida. Dia menghela nafas panjang.'Popo, bolehkah aku bertemu mereka kembali?'soal Sara dalam hatinya sambil menyentuh rantai mutiara di lehernya.  Pipit datang kepadanya dan menuangkan teh ke cawan.

"Cempaka minumlah," pelawa Pipit lembut. Sara mengesat setitis airmatanya yang tumpah. Dia menerima teh yang dihulurkan oleh PIpit.

"Pit, kau duduk juga. Kau bukan lagi pengawal peribadi aku. Kau seorang saudagar ternama sekarang," kata Sara menuangkan secawan teh untuk PIpit. PIpit mengambil tempat di sebelah Sara.

"Pada Pipit, selamanya Cempaka tuan PIpit," kata PIpit setelah meneguk teh yang dituang oleh Sara. "Cempakalah penyelamat PIpit, seluruh keluarga Pipit dan Pipit terhutang budi dan nyawa kepada Cempaka," katanya lagi. Sara tidak dapat menahan airmatanya lagi.

"Kau  bukan lagi seorang hamba, Pit," kata Sara cuba tersenyum mengesat airmatanya.

"Izinkan PIpit menjaga Cempaka seperti dahulu."

"Sekarang tugas kau adalah menjadi mata dan telinga aku dalam perniagaan Zheng PIpit. Aku harap kau dapat memikul amanah ini."

Andrew melihat SAra dan PIpit berbicara dan dia langsung tidak mengerti kenapa dia mesti di situ bersama mereka. Dia mahukan jawapan tetapi apabila melihat Sara, hatinya hanya mahu bersama ke mana sahaja bersama wanita itu. Dia menghampiri Sara dan Pipit.

"Nak minum juga, dahaga," ucap Andrew. Sara dan PIpit ketawa melihat Andrew sudah berdiri di tepi meja. 

"Duduklah LIu Li," ajak Sara. Dia menuangkan teh untuk Andrew dan Andrew meminumnya. 

"Nak lagi, kenapa cawan ni kecil sangat?"tanya Andrew menghulurkan cawannya kepada Sara. Pipit menggelengkan kepalanya. Andrew seperti seorang kanak-kanak yang naif. Sara menambah teh ke dalam cawan Andrew dan Andrew meneguknya.

"Baiklah mari kita ke kamar bacaan JIaofu," ajak Sara setelah hatinya tenang.  Mereka bertiga keluar dari rumah tamu itu yang agak besar. Mereka berjalan terus ke rumah utama  dan Sara terberhenti di pintu. Pipit dan Andrew saling berpandangan. Perasaan Sara bergelora kerana kesemua kenangan yang mencuit rasa datang satu persatu. Sara memberi salam sebelum melangkah masuk. 'Jiaofu, Shuang er balik ni,'sapa Sara dalam hatinya. Dia melihat di segenap ruang tamu yang begitu besar. Susunan perabot masih seperti dahulu. Dia disapa oleh Soo Mi dan Soo Li yang baru sahaja keluar dari kamar utama.

"Xiaojie, semua telah dikemas,"beritahu Soo LI. Sara tersenyum. 

"Baiklah, sekarang kau dan Soo Mi tolong pergi melihat apa kejadian di dapur. Kau tahu apa yang aku suka dan tidak suka bukan?"tanya Sara.

"Baik Xiaojie," kata si kembar itu serentak. Sara melihat mereka beredar dari situ. 

"Hadirnya mereka menyerikan lagi hidup aku," kata Sara tergelak. "Pit kau tak nak mempunyai keluarga sendiri?"tanya Sara kepada PIpit.  Pipit merasa agak terkejut dan janggal dengan soalan itu. "Soalan senang je tu. Aku tanya ni," kata Sara lagi.

"Masih belum berjodohlah Cempaka," jawab Pipit tersenyum-senyum.

"Sudah aku dengar kau ni pemilih Allahurabbi. Shu Daren yang cerita betapa kau menolak semua yang cantik-cantik dan anak-anak dari golongan atasan,"bebel Sara.

"Cempaka mari Pipit tunjukkan bilik," ucap Pipit cuba mengubah topik. 

"Xiaojie," tegur Ma Shang Wu.

"Dr Ma," panggil Sara. 

"Semua barang sudah dibawa masuk, Shuang er tengoklah mana tahu ada yang tertinggal," bicara Ma Shang Wu tersenyum.

"Xing, jom bawa aku ke kamar bacaan," ajak Sara dan Ma Shang Wu mendahului mereka. Sara melihat segenap ruang. Kehadiran ayah angkatnya masih terasa. Shu Wu JI telah menjaga kediaman ini dengan baik, kata hati Sara. Matanya tertacap kepada satu potret lukisan. Wajah ayah angkat berpakaian rasmi dan juga potret-potret dirinya. Dari Cempaka Sari kepada Mo LI Hua dan potret dirinya yang sebenar. Sudah tentu potret ketiga itu datangnya daripada Shu Wu JI. 

"Wajah Cempaka dan Shuang er sekarang seakan-akan," kata Pipit yang juga melihat potret-potret lukisan itu di belakang meja jiaofu.  Sara mengangguk. "Kerana itu, PIpit tiada masalah untuk mengenali Cempaka beberapa minggu yang lalu. Sara terketawa. 

"Sudah 18 tahun, kau masih mengingati rupa aku Pipit?"tanya Sara. Pipit mengangguk. Andrew berjalan dan melihat kesemua lukisan dan pasu-pasu hiasan di ruang itu. 'Aku benar-benar berada di zaman lampau,'bisiknya sendiri. Sara meneliti kesemua barang-barangnya dan dia mendapati ada satu barang penting yang tidak berada di situ. Kotak kayu yang diambil dari Shu Wu JI. "Pit, ada satu lagi barang yang tak ada."

"Barang apa Cempaka?"

"Kotak kayu," jawab Sara. Pipit menggarukan kepalanya. "Ah Wu boleh tak kau dan Pipit pergi membawa kotak kayu tersebut ke mari. Penting bagi aku kotak itu," pinta Sara. Tanpa berlengah mereka berdua keluar dari kamar itu. Tiba-tiba Sara melihat di atas meja Zheng gonggong seutas gelang mutiara yang sama warnanya dengan rantai yang dipanggil Popo. Tiba-tiba rantai leher bergetar. "Aduh!" jerit Sara.

"Sara, kenapa?"tanya Andrew cepat mendapatkannya. Andrew melihat Sara kesakitan sambil memegang rantai di lehernya. "Kenapa ni?"tanya Andrew. Andrew memegang rantai itu dan tidak semena-mena seperti halilintar yang terkuat,Sara dan Andrew terpelanting ke dinding. Sara ke dinding di tepi tingkap dan Andrew terpelanting  keluar dari kamar bacaan itu. Mereka berdua terus pengsan. 


Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang