🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
300 TAHUN KEMUDIAN
'Wake up, lazy bun...! Wake up!'
Aku menekup muka dengan bantal apabila mendengar Vlademir masuk ke dalam bilik tumpangan. Dia menolak kepalaku dengan hujung pedang sambil tersengih sinis.
'Woi! Bangun la! Sampai bila kau nak tidur...?'
'5 more minutes...'
'Lycans! Wake up! Aku dapat kontrak baru...'
Aku terus bangun mendengar kata-kata dia. Vlademir tersengih melihat aku teruja. Dia duduk di birai katil seraya mengeluarkan sekeping kertas dari beg kulitnya.
'Kontrak baru...?'
'Yes, kita kena merantau ke Pulau Verbal... Centour mengamuk kat sana...' Vlademir berkata lalu memeluk tubuh. Aku memerhati kertas berwarna kekuningan tersebut. Hurmmm...
3000 Gold, ganjarannya boleh tahan lumayan...
Vlademir tersenyum melihat aku bangun dan memakai baju nipis berwarna hitam. Dia hanya memerhati aku mengemas rambut di hadapan cermin...
'Vlad...' Aku memanggil tiba-tiba. Si serigala hitam bingkas menyahut.
'Yes?'
'Aku mimpikan dia lagi, Vlad..' Aku tertunduk di sinki. Vlademir bangun dari katil dan berjalan ke arah aku.
'Illydia..? Kau mimpikan Illydia...?'
'Yeah...'
'Kali ni kau mimpikan apa...?'
'Kau ingat tak masa kita lari dari penjara hamba..? 300 tahun lepas...?' Aku berkata perlahan. Paip air aku pulas perlahan, airnya aku curahkan ke muka...
Vlademir memegang dagu mendengar kata-kata aku. Dia memeras memori silam..
'Hurmmm...Insiden tu dah lama, Lycans..'
'Yeah...I dont know why...Aku tak boleh lupakan dia...'
'You love her... Thats why..'
'Yes, aku cintakan Illydia...' Aku menekup dahi dengan sebelah tangan. Vlademir menepuk lembut belakang aku...
'Kau kena terima, Lycans....Illydia sudah mati...' Vlademir berkata perlahan. Senyuman kelat terukir di bibirnya. Aku menarik nafas dalam-dalam...
'Yeah...She's dead... Aku kena terima..' Aku membalas. Rambut aku sisirkan ke belakang...
Pedang aku gapai dari atas meja kemudian keluar dari bilik tumpangan. Vlademir berjalan beriringan denganku. Kami turun ke tingkat bawah.
Suasana di pasar pekan Azeroth kelihatan sesak. Aku dan Vlademir berjalan meredah lautan penduduk. Kami memerhati sekeliling. Banyak barangan yang dijual, namun tiada satu pun yang menarik perhatian...
'Kau nak sarapan...?' Vlademir menyoal perlahan. Aku mengangguk.
'Yeah...Aku perlukan arak.. Mimpi tu buatkan hati aku rabak...'
'Yea-yea, whatever...Ada pub di hujung sana...' Vlademir membalas sinis. Aku menggosok rambut. Kami berjalan ke hujung pekan.
Sebuah pub kelihatan di bawah pokok. Bau araknya menerjah ke rongga hidung. Good. Arak Yanvir. My favourite...
Mata aku dan Vlademir tertacap pada perlawanan kecil yang diadakan di tengah-tengah pub. Dua ogre kelihatan sedang bertarung sengit. Orang ramai membuat bulatan dan bersorak kuat..
Hurmmm...Underground battle..? Interesting...
'Perlawanan apa tu...?' Aku menyoal pada gadis bunian tatkala aku duduk di meja yang terletak di hujung pub. Vlademir hanya memerhati perlawanan tersebut...
'Underground battle! Hadiahnya lumayan tau...!'
'Apa hadiahnya...?'
'You see there...' Gadis bunian itu menunjuk ke arah kanan. Sebuah sangkar besar tersembunyi di balik badan ogre. Hurmmm...
Aku memerhati sangkar tersebut....
Seorang gadis menangis di dalam sangkar tersebut. Telinga musangnya bergerak-gerak menahan sedih. Ekor sembilannya meliuk perlahan...
'Gumiho....?' Aku membalas. Gadis bunian itu tersenyum...
'Yes! A gumiho! But, its not easy! Awak kena tewaskan ogre merah tu! Dia dah menang 7 kali...Kalau awak tumpaskan dia...Awak akan dapat gumiho tu...' Gadis itu berkata lalu menunjuk pula ke arah Ogre gergasi berwarna merah. Dia asyik membelasah ogre satu lagi...
Pandangan aku beralih pada gadis musang tadi. Gadis itu juga menoleh ke arah aku...
Pandangan kami bertembung...
Aku tergaman...
Damn it, she so fucking pretty...Matanya yang berwarna coklat muda itu merenung aku lama. Rambutnya yang ikal mayang separas bahu menyerlahkan pesona dirinya...
Hurmmm...
'Lycans...Kau nak pergi mana...?' Vlademir menyoal apabila aku bangun dari kerusi. Lengan baju aku sinsing ke atas. Gadis bunian tersengih melihat gelagat aku...
'Wait here, Vlad... Aku nakkan gumiho tu...'
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...