Aku terjaga apabila suhu di dalam bilik terasa sejuk. Terlalu sejuk. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata seraya mengeliat. Sheera tertidur nyenyak sambil memeluk pinggangku dari sisi...
Aku tersenyum melihat dia mengeliat kecil, kemudian mengalihkan badan ke kanan. Rambut merah Sheera, aku sisirkan ke sisi. Ciuman lembut aku kucupkan ke pipi dia. Sheera langsung tidak sedar akan perbuatanku itu...
Dengan penuh hati-hati aku bangun dari katil lalu berjalan ke beranda. Pangkal lengan digosok apabila hembusan angin malam menyentuh kulit...
Dari beranda kayu bilik tumpangan tersebut, aku dapat melihat salji putih menyeliputi segenap pekan Azeroth. Malahan, butiran salji masih lagi merintis perlahan. Hembusan nafas menghasilkan wap haba.
"Patut la sejuk sangat..." Aku mengomel seorang diri sambil memeluk tubuh. Suasana malam itu terasa sunyi. Terlalu sunyi. Hanya kedengaran bunyi angin...
PAKK!
Aku tersentak apabila terdengar bunyi tapak kasut menyentuh permukaan beranda kayu! Sepasang mata kelihatan bercahaya di dalam gelap tatkala aku menoleh ke sisi.
Debaran jantung aku terasa tenang semula apabila seorang lelaki berambut putih memunculkan diri. Dua bilah pedangnya tersisip kemas di belakang...
"Lycans...Haih, aku fikir siapalah tadi..." Aku menegur lalu mengalihkan pandangan ke depan semula. Lycans tersengih sinis. Dia berdiri di sebelah aku. Pandangan dia juga menghala ke depan, memerhati pekan Azeroth yang dipenuhi salji putih...
"Haha, sorry la...Aku jalan kat bawah tadi, lepas tu...Aku perasan kau ada di bilik ni, aku terus lompat naik lah..."
"Apa kau buat di sini, Lycans? Lora mana?"
Lycans menggaru pipi mendengar pertanyaan aku. Pandanganku dilirikkan kepadanya dari sisi...
"Aku ada kontrak sebenarnya ni...Some mad king become ruthless because of the devil sword...Lora? Ada di Arstosa la...Buat apa aku nak bawak...Dia sarat bunting"
"Oh, pasal King Exodus tu ke? I heard about him, tho...Real crazy that king...Excalibur is not a simple sword, ya know...Its been forged from the hell itself..." Aku membalas sambil memegang dagu.
Lycans memalingkan badan ke belakang. Dia tersentak melihat Sheera tertidur di atas katil putih, hanya selimut menutup tubuh...
"Whoa, Death...Gadis mana pulak ni? Boleh tahan cantiknya...Kau ni memang tak guna" Lycans menyoal lalu memeluk tubuh. Lirikan matanya seolah-olah menyindir aku...
"Hurmm...Dia bukan seperti sangkaan kau, Lycanstrophes..."
"Apa maksud kau ni...?"
"Dia bukan seperti gadis lain, Lycans...Aku terperangkap..." Aku berkata perlahan lalu menekup dahi dengan sebelah tangan. Lycans memerhati gelagat aku dari sisi...
"Oh, i get it...You love her, didn't you...?"
"You know what...Kau handal meneka...Damn you..." Aku merengus melepaskan geram. Lycans tertawa kecil melihat aku menggosok rambut.
Damn it...Naluri Lycans jangan dibuat main...
"Haha! Kau jangan ingat aku bodoh, Death! Riak muka kau, aku boleh baca! By the way, apa maksud kau dengan ayat 'terperangkap' tu...?"
Aku menyimpulkan senyuman kelat kepada sang lagenda. Lycans menanti penjelasan dariku. Pandanganku beralih pada Sheera yang masih nyenyak tidur...
"Dia berbeza, Lycans...I can feel her love for me...Plus, she's so perfect..."
"Habis? Apa masalahnya? Kekal jela dengan dia..."
"Itulah masalahnya...Dia perfect...Tapi, aku? I'm just a witty wizard...Tiada matlamat hidup...Macam mana aku nak lindungi dia...? Sedangkan aku sendiri tak terurus..."
Aku menjelaskan lalu menghela nafas lemah. Lycans tersenyum lalu melompat ke atas beranda. Aku memerhati dia duduk di atas beranda kayu sambil memerhati Sheera...
"Alah, kau terlalu banyak berfikir...Kalau takdir kau bersama dia...Apa kau boleh buat? Kau terima jelah..."
"But, Lycans..."
"Look at me, Death...Aku ni pemburu makhluk buas berhati dingin...Siapa sangka aku akan bersama dengan musang psiko? Ha?"
"Hurmm..." Aku tidak dapat melawan kata-kata sang lagenda. Lycans bangun dari terus duduk. Dia mengemas kedua bilah pedangnya di belakang...
"Death...Cinta boleh ubah diri kau...Percayalah...Ikut naluri kau...Jika tidak, kau akan menyesal...You're a good man, Drake Deathwing...You deserved her..."
Lycans berkata selamba lalu terjun ke bawah. Aku menongkat dagu melihat dia mendarat di atas bumbung gerai kayu, kemudian melompat ke kawasan pejalan kaki. Lycans menghilangkan diri dalam kegelapan malam...
"Maybe...You were right, Lycans..." Aku mengomel seorang diri sambil memerhati kesan tapak kasut di atas permukaan salji....
"Drake...Awak cakap dengan sapa tu...?"
Aku menoleh ke belakang tatkala mendengar suara Sheera menegur halus. Senyuman terukir di bibir melihat dia menguap sambil menggosok mata...
"Nothing...Just go back to sleep.."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...