CHAPTER 51 | TERSALAH SANGKA

7.7K 530 7
                                    

"Awww! Awww! Its hurts!"

Aku menyeringai menahan sakit apabila Si musang memulas cuping telinga. Eilya mengetap gigi menahan geram. Emily terpinga-pinga melihat kami.

"Saya tidur kejap, abang terus menggatal! Apa ni!?"

"No! No! Eilya salah sangka!"

Pakkk!!

Aku mengerut dahi menahan pedih apabila tamparan Eilya singgah di dahi. Bunyi eraman marahnya kedengaran jelas. Pipi si musang merah bagaikan tomato.

"Errr...Kenapa ni?"

"Awak jangan menyampuk! Stay there! I beat you after this!" Eilya menengking apabila Emily mencelah. Gadis berambut blonde terus terdiam. Orang ramai memerhati kami di pub.

Aduh...Si musang dah mengamuk! Apa aku nak buat ni!?

Aku merangkul si musang dan mendukung dia keluar dari pub. I need to get out from here! Kalau tak, makin parah nanti! Eilya meronta mahu melepaskan diri! Belakang bahu aku, dia tumbuk berkali-kali!

"Aiden! Lepaskan! Grrr! Grrrr!"

"Calm down! Abang boleh terangkan!'

"TERANGKAN APA!? GRRRR!!" Taring kecil kelihatan apabila Eilya menyeringai. Aku mempercepatkan langkah ke arah taman sunyi di depan Rose Inn.

Aku meletak Eilya di atas tebing kolam batu. Si musang memeluk tubuh seraya memalingkan muka dariku. Aku menggaru kepala melihat dia merajuk.

Hurmm, mesti dia fikir bukan-bukan...

Haih...

"Sayang..."

"Give me the damn explanation, Aiden!" Eilya menengking lantang. Lantunan suaranya bergema di kawasan taman lapang...

Perlahan-lahan aku meninggung di depannya. Kedua belah lengannya aku usap lembut sambil merenung dia. Eilya langsung tidak menoleh ke arah aku. Wajahnya masam mencuka...

"Abang bukan nak tackle perempuan tu...Cuma..."

"WHAT!?" Eilya menyinga. Ekornya bergodek laju menantikan aku menghabiskan kata-kata. Mata kuning emasnya merenung tajam padaku...

"Abang nak kenalkan perempuan tu dengan Dylan...Janganlah fikir bukan-bukan..."

"Yelah tu...! Macam saya tak kenal abang macam mana! Miang! Saya ni tak cukup lagi ke!?" Eilya terus-menerus memarahi aku. Aku tersenyum melihat dia berang...

Haha! Comel betul bila dia marah macam ni...

Aku tergelak apabila Eilya meramas kuat rambut aku didepannya. Dia merengus geram. Matanya mula bertukar merah...

"KENAPA GELAK!? INGAT SAYA MAIN-MAIN KE!?"

"Haha! Damn it! Sayang comel bila marah! I can't..." Aku menekup mulut menahan ketawa. Eilya menggigit bibir menahan bengang melihat aku ketawakan dia.

"Abang!"

"Haha!"

"Stop it! Sapa perempuan tu!?"

"Errr...Maafkan saya..."

Kami berdua menoleh apabila mendengar suara mencelah. Emily kelihatan takut-takut menghampiri kami. Eilya merenung garang padanya...

"Apa awak nak!? Aiden ni suami saya! Plus, dia dah ada anak! Jangan ganggu dia!"

"Errr...Saya takde apa-apa hubungan dengan Aiden pun...Akak salah sangka.."

Eilya menoleh ke arah aku apabila mendengar kata-kata Emily. Aku tersenyum. Kepalanya aku usap perlahan.

"Betullah apa dia cakap tu, sayang...Abang takde apa pun dengan dia..."

"Hurmm...Betul ni...?" Eilya menyoal meminta kepastian. Aku mengangguk.

"Yup...Abang nak kenalkan Emily ni dengan Dylan..."

"Ermm...Siapa Dylan..?" Emily menyoal ragu-ragu. Aku mengalihkan pandangan padanya. Emily terpinga-pinga...

"Dylan? Kau tak kenal? Pemilik kedai senjata Dylan Smith..."

"Oh...Saya kenal dia...Kenapa nak kenalkan saya dengan dia...?" Emily menyoal pelik. Aku memeluk tubuh. Eilya hanya memerhati aku dan gadis berambut blonde tersebut.

"Aku nak jodohkan kau dengan dia...Sebab, Dylan tu dah gersang sangat..."

"Eh!?"

"You heard me..."

"No! No! Thanks, but no thanks! Bye!" Emily membalas segan lalu berlari meninggalkan kami. Aku dan Eilya hanya memerhati dia berlari keluar dari pintu pagar Rose Inn...

"Hurmm...Abang salah cakap ke?" Aku menyoal sambil menggaru belakang kepala. Eilya tertawa mendengar pertanyaan aku.

"Abang pergi cakap Dylan gersang tu kenapa? Saya pun lari kalau dengar ayat tu..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now