🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Pili air aku pulas perlahan. Airnya mencebur ke dalam tab mandi. Aku menabur serbuk sabun ke dalamnya, airnya mula berbuih. Setelah memastikan air di dalam tab cukup hangat, aku bangun seraya mengikat rambut.
'Lycans...Air mandian sudah saya sediakan, awak boleh mandi sekarang...' Aku berkata tatkala menjengah di pintu bilik air.
'Lycans...?'
Si serigala tidak menyahut panggilan aku. Dia hanya terbaring di atas katil tanpa berbaju. Hanya seluar kulit masih tersarung di tubuhnya. Perlahan-lahan aku berjalan mendekati dia...
Lycans tertidur rupanya...Rambut putihnya menutup sebelah mata. Aku tersenyum seraya duduk di birai katil. Pipinya aku usap lembut...
Dia letih...
Yelah, dia bertarung selama 6 jam tanpa henti...
I must admit...
Aku kagum dengan dia. Lycans merupakan serigala terkuat yang pernah aku jumpa...
Dia hebat...
Tak mengapalah, biarkan dia berehat. Nanti aku kejutkan dia...
'Sleep tight, my wolvie..' Aku mengucup dahinya lalu bangun dari katil. Perlahan-lahan aku berjalan ke pintu bilik. Tombolnya aku pulas...
'Ahh, Lora...'
Aku tersentak apabila Vlademir tercegat di depan pintu. Dia tersenyum melihat Lycans tertidur di katil putih. Aku menolak tubuh Vlademir ke depan.
'Lycans tidur...Biar dia berehat...' Aku berkata perlahan seraya menutup pintu. Vlademir mengangguk.
'Kita minum dulu, Lora...Kau minum arak...?' Vlademir menyoal apabila kami berjalan beriringan menuruni tangga. Aku menggeleng kepala...
'Ermm..Tak..Saya bencikan arak..'
'Wow...You're such a pure girl..Haha!'
'Shut it...'
'No wonder Lycans likes you... Kalau macam tu, teh panas..? Ok?'
Aku mengangguk. Vlademir tersenyum. Kami berjalan ke sebuah gerai yang terletak di kaki lima. Aku dan Vlademir duduk di meja kayu yang terletak di bawah pokok...
Si serigala memesan dua teh lemon. Aku hanya memerhati sekeliling. Hurmm...Pekan ni sunyi bila lewat malam macam ni...
'Awal Lycans tidur hari ni...?' Vlademir memulakan perbualan. Aku bermain ibu jari...
'Ermm...Dia letih, Vlad..'
'Haha...Takpelah..Asalkan dia masih hidup, itu sudah cukup...' Vlademir berkata lalu menongkat dagu. Aku merenung dia...
'Apa hubungan awak dengan Lycans...?'
'Me? And Lycans..?'
'Yes, sebab awak nampak akrab dengan dia...Awak abang dia...?' Aku menyoal perlahan. Vlademir menyandar pada kerusi kayu.
Pelayan kucing datang ke meja kami. Dia meletak dua teh lemon ke atas meja. Kami tersenyum dengan layanan sopannya...
'Tak...Kami hanya kawan...' Vlademir menjawab pertanyaan aku apabila pelayan itu berlalu pergi.
'Kawan...? Kawan baik..?'
'Yes... Aku anggap dia sebagai abang aku, Lora...He's always protect us...' Vlademir berkata lagi.
'Us..?'
Vlademir tersenyum apabila melihat reaksi terkejut aku. Dia menghirup sopan air teh di dalam gelas kristal. Aku menanti kata-katanya...
'Dulu, kami ada kawanan sendiri, Lora... Lycans yang memimpin kumpulan kami..He's the leader...Aku, Merlin dan Illydia...' Vlademir memulakan cerita. Aku menongkat dagu mendengar kata-katanya...
Ini peluang aku untuk tahu lebih mendalam pasal Lycans...
'Teruskan...Saya nak tahu pasal Lycans...' Aku meminta. Vlademir tersenyum mendengar permintaan aku.
'Sejujurnya, aku sendiri tak tahu pasal Lycans..Dari mana dia datang..? Siapa keluarga dia..? Apa terjadi pada dia...?
I dont know...Aku berjumpa dengan dia di rumah anak yatim di pekan Gullen...''Ohh...'
'Dulu, aku selalu dibuli di rumah anak yatim..Aku tak kuat, Lora...Tapi, bila Lycans datang ke rumah anak yatim tu...Dia belasah semua pembuli kat situ! Haha! Dia memang baran dari dulu! Dia kuat! Tapi, dia guna kekuatan dia untuk lindungi yang lemah...! Semenjak tu, aku rapat dengan dia' Vlademir berkata dengan nada teruja. Aku tersenyum...
'Hurmm...Dia baran..But, He's a good wolf...' Aku membalas. Vlademir mengusap kepala aku.
'Lycans sayangkan kau...Dia akan jaga kau sebaik mungkin, don't you worry, Lora...'
'Saya tak risau...Just wondering...'
'Haha! Kau kahwin jelah dengan dia, Lora...Susah nak dapat serigala hebat macam dia...'
'Kahwin...?' Aku menyoal kembali. Vlademir mengangguk. Aku merenung air teh di dalam gelas...
Hurmmm...
Bagus jugak idea Vlademir ni...
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...