Keadaan sunyi sepi seketika. Masing-masing berdiam diri. Langsung tidak mengeluarkan suara. Lelaki berambut biru berjalan ke kaunter depan seraya memeluk tubuh. Matanya memerhati setiap seorang dari kami...
"Siapa disini bernama Lycanstrophes...? Aku takkan tanya untuk kali kedua..." Dia berkata dengan nada tegas. Aku memaut pinggang Loralyn secara perlahan-lahan dari sisi...
Hurmm, kenapa mereka cari aku...? Aku takde buat salah...
Aura yang terhasil dari mereka bertiga, bukan aura sebarangan...
Cuma Hunter yang ada vibe macam ni...
Mereka bertiga mulai berjalan ke depan. Mencari sasaran yang mereka mahukan. Setiap pelanggan diperiksa belakang lehernya...
"I know, Lycans...Aku tahu kau ada disini...Come out now..." Lelaki berambut dreadlock pula berkata. Loralyn memeluk erat lenganku dari sisi...
Prakk!!
Mereka bertiga tersentak apabila aku melompat keluar melalui tingkap! Aku memecut sambil mendukung Loralyn! Aku kena selamatkan Loralyn dulu!
Tatkala aku menoleh ke belakang, dua orang lelaki tadi mengejar! Dua bilah pedang tergenggam kemas di tangan!
APA MEREKA MAHUKAN!? KILL ME!?
"GOTCHA!"
Aku tersentak apabila lelaki berambut kuning bergaya mohawk sudah berada di depan!
SWOOSHHH!!
Libasan pedangnya aku elak tipis seraya memusingkan badan! Lelaki tersebut terhumban ke belakang apabila tendangan aku singgah ke muka!
Dua lagi lelaki menyerang bertubi-tubi! Setiap tetakan mereka, aku elak sambil mendukung Loralyn! Si musang menjerit ketakutan!
BAKKK!!
BAKKK!!
Tendangan lipat aku lepaskan ke dada mereka berdua! Dua lelaki tersebut mengelongsor ke belakang! Orang ramai tergaman melihat aksi kami di tengah-tengah kawasan pasar!
Aku bersedia untuk menerima serangan. Mereka bertiga mengepung aku dan Loralyn. Senyuman sinis mereka membuatkan aku terasa bengang...!
"Apa kalian nak!?"
"Damn, he's good...Dia boleh elak serangan kita walaupun dia dukung musang tu...Such a pure skills..." Lelaki berambut dreadlock berkata sambil merenung tajam padaku...
"Relaks, Lancelot...Tak adil lah jika dia bertempur dalam keadaan macam ni..."
"Heh... Sejak bila kau berlembut ni, Glaive...?"
Mereka bertiga berbual sesama sendiri seraya mendekati aku. Aku mengetap gigi menahan geram...
FUCK THIS SHIT! AKU TAK BOLEH BERTEMPUR JIKA AKU DUKUNG LORALYN MACAM NI...!
ZOOMMM!!
ZOOOMMM!!
Dua bebola api mengenai dada lelaki berambut dreadlock! Dia tercampak ke belakang menghentam kedai posyen! Orang ramai bertempiaran melarikan diri!
Dua lelaki tadi terkedu melihat kawan mereka diserang tiba-tiba. Langkah mereka terhenti dari terus mendekati aku...
"Lycans...! Come here...!" Merlin menjerkah seraya menghala tapak tangannya ke arah dua lelaki yang masih lagi tercengang! Tyara turut berada di sisi Merlin sambil memegang pedang...
"Merlin...Tyara.."
"Siapa mereka ni, Lycans...? They tried to kill you...?" Merlin menyoal perlahan. Loralyn, aku serahkan pada Tyara...
"Ntahlah...Tetiba je datang...Tyara...Take care of her..." Aku berkata lalu mengambil dua bilah pedang di pinggang. Tyara mengangguk lalu berlari pergi dari situ...
"Siapa korang ni...?" Aku menyoal. Dua orang lelaki yang berada di depan tersengih sinis...
"Aku, Asgard De Vincent..."
"Aku, Glaive De Gorment..."
Mereka memperkenalkan diri lalu bersedia untuk bertarung. Aku dan Merlin juga bersedia....
"Erghh...."
Pandangan kami semua beralih pada lelaki berambut dreadlock. Dia perlahan-lahan bangun sambil memegang dada. Mukanya berkeriut menahan sakit...
"Oh, lupa pulak...Mamat rambut cacing tu, Lancelot Le Reveria..." Glaive berkata selamba...
"Untuk apa korang serang Lycans...?" Merlin menyoal dingin. Dua bebola api sudah terhasil dari tapak tangannya...
"Someone paid us for his head..."
"Who...?"
"Lord Hades..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...