CHAPTER 60 | ROSTER BADLAND

7.9K 476 4
                                    

Awan gelap menyelubungi angkasa. Hujan yang merintik menyemai tanah tandus Roster Badland. Aku memacu kuda putih merentasi kawasan tandus tersebut.

Serpihan tulang belulang berselerakan di tanah berpuaka itu. Aku tidak mengendahkannya. Loralyn hanya memeluk pinggang aku erat. Langsung tidak bercakap.

"Hiaa! Hiaa!" Aku menendang perut kuda dengan tumit kaki, kuda yang aku tunggang terus memecut semahu-mahunya. Kilat sambar menyambar di langit.

Entah mengapa, aku terasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi...

Setelah dua jam berada di atas perut kuda, akhirnya aku berhenti di sebuah pondok lusuh. Hujan yang semakin lebat mengganggu perjalanan kami. Aku tak boleh memaksa kuda untuk terus berlari.

Loralyn menggigil kesejukan sambil memeluk tubuh. Kulitnya berubah pucat. Aku menggosok rambut dan meletakkan pedang di atas pelantar kayu.

"Kau sejuk sangat, Lora...?" Aku menyoal seraya memegang pipinya dengan kedua tapak tangan. Si musang mengangguk perlahan.

Hurmm...Aku memerhati sekeliling. Tiada kayu untuk dijadikan bahan bakar. Semuanya lembap dan basah. Apa aku nak buat?

"Its ok, Lycans...Saya tak sejuk sangat..." Loralyn berkata perlahan seolah-olah dia tahu apa yang bermain di minda aku.

"Tapi, kau menggigil Lora..."

"I'm fine...Jangan risau..." Dia membalas lalu duduk di atas pelantar kayu. Kedua tapak tangannya dibuka dan Loralyn membisikkan kata mantera.

Perlahan-lahan muncul bebola api dari kedua tapak tangannya. Aku tersenyum. Heh, aku terlupa...Dia ahli sihir...

"You know some trick, Lora...Damn nice.."

"Haha! Setakat bebola api macam ni, sihir tahap rendah je..."

"Really? Good enough for me...Aku langsung tak tahu pasal benda alah ni..." Aku membalas seraya duduk memeluk lutut di sebelahnya. Loralyn tersenyum kepadaku. Lirikan matanya sinis.

"What...?"

"Awak tak nak belajar sihir, Lycans...?"

"Ha..? Pfftt...Tak minat..."

Loralyn menggigit bibir mendengar balasan kata aku. Aku tersengih melihat dia mula merajuk. Haha! Kuat merajuk jugak si psiko nih!

"Awak memang suka merendahkan saya, kan?"

"Bila masa pulak aku merendahkan kau...?"

"Magic is great! Tanpa sihir, dunia ni takkan aman!"

"Yea right...Sebab sihirlah dunia huru-hara...Terlalu ramai gilakan kuasa..." Aku membalas selamba. Si musang mencebik apabila aku membantah. Ekornya dihalakan ke muka aku.

"Lora! Stop it!"

"Hmph!" Dia mengetap gigi menahan geram. Aku menepis ekornya yang basah itu dari terus mengabus muka.

Kami berdiam diri seketika. Memerhati titisan air hujan yang turun melalui atap pondok lusuh. Suasana terasa sepi seketika, hanya kedengaran bunyi hujan dan guruh.

Tetiba, aku terhidu bau bangkai. Busuk...Teramat busuk...Bagaikan ia sudah berulat...

"Ewww...Bau apa ni...?" Loralyn menegur seraya menekup hidung. Aku memegang lengannya. Si musang memerhati gelagat aku yang kelihatan berjaga-jaga...

"Errr...Kenapa ni Lycans...?"

"Shhh....Something coming..."

"What...?"

Aku memerhati sekeliling. Pedang silver aku gapai dan turun dari pelantar kayu. Loralyn turut meniru perbuatan aku...

Baunya semakin kuat...Tapi, aku langsung tak nampak apa-apa. Hujan yang terlalu lebat mengganggu daya penglihatan aku...

GROAAAAARRRRRRRR!!

Aku dan Loralyn tercampak ke depan apabila tanah tiba-tiba berombak! Dengan pantas aku menangkap tubuh Loralyn dan memusingkan badan!

Pakk!!

Aku mendarat kira-kira 15 meter dari pondok tadi. Seekor makhluk besar merengus di depan. Kuda putih sudah menjadi mangsa bahamnya.

Aku memerhati keadaan makhluk tersebut. Kepalanya botak dan mempunyai dua tanduk. Matanya hanya satu dan terletak di tengah-tengah dahi. Badannya seakan bangkai bernyawa. Bahagian atas tubuhnya dipenuhi duri-duri halus.

Bau busuk yang terhasil dari tubuh dan hawa nafasnya memang meloyakan tekak. Si musang memeluk erat belakang leher aku sambil memerhati makhluk tersebut meratah kuda putih tadi.

"Lycans...Apa benda tu...? Menakutkan..." Loralyn menyoal perlahan. Nafasnya tersekat-sekat melawan gementar.

"Makhluk pemakan bangkai, Glender...Penghuni Roster Badland..." Aku membalas seraya berjalan setapak demi setapak ke belakang.

Damn it! Aku tak sangka makhluk ni ada lagi! Aku fikir ia sudah pupus! Aku tak boleh lawan makhluk ni!

Jika satu terbunuh, dua lagi akan muncul! Itu cara Glender membiak...! Fuck it!

We're really fucked up!

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now