"Ini semua salah kau, Lycans! Jika kau benarkan aku tolong kau semalam, ini semua takkan terjadi...!"
Aku dan Tyara hanya mendiamkan diri mendengar Merlin membebel. Si ahli sihir mundar-mandir di depan unggun api sambil menggigit ibu jari...
Hurmm, dia resah sebab keadaan aku...?
"Dari dulu lagi, kau memang suka berlagak hero...! Yes, kau kuat! Tapi, tak bermakna kau tak perlukan pertolongan...!"
"Merlin, sudahlah tu..."
"Sekarang, kau tengok apa jadi!? Kau diracun! A fucking Hades's poison! Apa kita nak buat!? Fuck! Fuck!"
"MERLIN!"
Si ahli sihir tersentak apabila aku menjerkah. Tyara hanya mendiamkan diri. Aku menggosok rambut seraya menghela nafas lemah...
"Ya...Aku tahu...Aku ni bodoh...Tapi..."
"Tapi apa, Lycans!? Kau nak semua orang takut dengan kau! Kalau kau mati, macam mana dengan nasib Lora!? Dia perlukan kau!"
Aku tertunduk mendengar bebelan Merlin. Si ahli sihir mundar-mandir sekali lagi. Dia memeras akal untuk mencari penawar racun Hades...
"Kita kena cari Vlademir...Mungkin dia tahu apa penawarnya...Tapi, Vlad...Ah...Mana dia sekarang...? Lagi bagus jika ada Deathwing...Ahli sihir tu lebih hebat dari aku...Mungkin dia boleh rawat Lycans...?"
Aku hanya tersenyum kelat melihat Merlin mengomel seorang diri. Haha, dah lama aku tak nampak dia risau macam ni...
"Merlin..." Aku memanggil setelah sekian lama berdiam diri. Si ahli sihir menoleh kepadaku...
"Maaflah...Aku buat kau risau..."
"Mestilah aku risau! Kau tu kawan aku! Dari kecik aku kenal kau! Bodohnya kau ni!"
Aku tersengih melihat Merlin mengamuk. Tyara bangun lalu mengeliat...
"Haih, korang ni...Dari membebel...Baik kita pergi ke Pekan Arastosa...Kita jumpa tabib di sana...Mungkin dia tahu apa penawarnya..."
"Kau ni pekak ke!? Aku dah cakap, kan!? Racun Hades ni tiada penawarnya!"
"Habis!? Apa kau nak buat!? Kau nak biarkan Lycans mati!?"
"Aku tengah fikirkan cara!"
"Then!? Cepatlah fikirkan! Kau bijak sangat, kan!?"
Aku menggeleng kepala mendengar Merlin dan Tyara bertekak. Haih, Merlin memang suka membebel dari dulu. Tyara pulak, seolah-olah tak faham bahasa...
Lagi serabut aku dengan dua ekor makhluk bodoh ni...
"Ermm...Apa bising-bising ni...?"
Pandangan kami semua tertoleh ke belakang. Si musang kelihatan mamai sambil menggosok mata...
"Lora..." Aku berkata tatkala si musang berjalan kepadaku. Tanpa ragu-ragu dia terus duduk di atas riba. Loralyn kembali tidur berbantalkan dada aku...
Aku tersenyum melihat dia mengantuk begitu. She's so cute...
"Ini sekor lagi! Lycans nak mati, dia boleh bantai tidur! Apa kejadahnya semua ni!? Fuck it! I'm out!"
Merlin berkata dengan nada geram lalu beredar ke kereta kuda. Aku dan Tyara berbalas pandangan...
Malam itu, suara Merlin membebel kedengaran hingga ke pagi...
Haih...
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...