CHAPTER 54 | LATIHAN DAN MEMORI

7.7K 513 10
                                    

Air sungai mengalir tenang. Bunyi air terjun menghempas batu memang menenangkan jiwa. Sesekali, angin bertiup lembut di kawasan kami berkelah.

Aku memerhati Aeryz dan Euryca yang masing-masing memasamkan muka. Si musang duduk di sebelah aku, manakala si serigala duduk di sebelah Loralyn.

Masing-masing tidak bercakap, mereka makan tanpa berkata apa-apa. Daging lembu bakar diratah tanpa mengendahkan sekeliling. Haih, bergaduh la tu...

Aku mengusap pipi Euryca. Cubitan Aeryz pagi tadi masih berbekas di pipi tembamnya. Haih, kalau Aiden tahu ni...Masak aku...

"Pipi Ryca sakit lagi...?" Aku menyoal, kepalanya aku usap perlahan. Si musang menggeleng kepala. Aeryz menjeling adiknya itu.

"Tak, tadi abang cubit lepas tu dia pulas...Sebab tu berbekas macam ni..."

"Eleh, manja sangat kau ni..."

"Grrr...Diamlah! Saya tumbuk abang nanti!"

"Tumbuk la! Aku debik kau!"

Aku menggeleng kepala melihat mereka bertengkar. Loralyn tersenyum melihat gelagat si kembar. Euryca dan Aeryz berbalas jelingan...

Haih, geram pulak aku tengok dua ekor ni bertelingkah. Dua-dua tak nak mengalah...

Aeryz meletak mangkuk kosong di atas batu kemudian bangun untuk membasuh tangan. Dia berjalan selamba ke tebing sungai. Euryca memasamkan muka...

"Hmph!" Si musang merengus kemudian kembali meratah daging. Aku mengusap ekornya yang meliuk perlahan.

"Kenapa Aeryz cubit dan tumbuk kepala Ryca?" Aku menyoal perlahan. Si musang mendiamkan diri...

"Budak-budak abang, biasalah...Gaduh-gaduh manja...Haha!" Loralyn mencelah. Aku tersenyum kelat. Sekarang aku faham kenapa Aiden terlalu risaukan si kembar ni...

"Abang nak pergi mana?" Loralyn menyoal apabila aku bangun dan mengeliat. Euryca hanya mendongak memandang aku...

"Nak ajar Aeryz bertempur..."

"Jangan kasar sangat...Dulu abang belasah Aiden teruk sangat...Sampai benci Aiden kat abang..."

"Yea-yea...Abang tahulah tu...But, tengoklah kekuatan Aiden sekarang...Kalau tak kerana kekasaran dulu tu, Aiden takkan jadi kuat macam sekarang ni..." Aku membalas seraya mengambil pedang yang tersadai di tepi batu.

"Jangan jauh sangat..." Loralyn sempat memesan tatkala aku berjalan ke arah Aeryz yang asyik melibas pedang di kawasan lapang. Aku hanya mengangkat sebelah tangan membalas pesanannya...

Aeryz tersentak apabila aku menepis tetakan pedangnya tetiba. Dia terpinga-pinga.

"Apa atuk buat ni?"

"Hit me...Hit me with all you got..." Aku memberi arahan. Aeryz menggenggam pedangnya erat.

PAKKKK!!

POKKK!!

TAKKKK!!

PAKKK!!

Aeryz menetak aku bertalu-talu. Aku menepis tenang setiap tetakan dia. Si serigala terus berasak tanpa memberi peluang untuk aku membalas.

Hurmm...Dia sama macam Aiden...He's just a split image of him...

"Hiarghhh!!" Aeryz melompat ke atas dan menetak sekuat hatinya ke arah aku! Aku mengelak tipis tetakannya. Tanah merekah kecil apabila bilah pedang Aeryz menghentak tanah...!

PAKKKK!!

TANGG!!

POKKK!!

Aeryz tersentak apabila aku menyerang dia tiba-tiba! Si serigala terkial-kial melawan tetakan aku! Aku terus melibas tanpa memberi peluang!

"Erghh! Atuk! Jangan pantas sangat!"

"Grip your position, Aiden!"

Aeryz mengetap gigi apabila aku terus berasak dengannya! Dia cuba sedaya-upaya melawan tetakan bertubi-tubi dari aku!

"Atuk! Slow down!"

"Fight me, Aiden!"

"Saya bukan Aiden! Saya Aeryz!"

Aku tersentak mendengar kata-katanya. Tetakan aku terhenti. Aeryz termengah-mengah di depan aku.

Ahh...Aku tersalah sangka...

Dia bukan Aiden...

"Maafkan atuk, Aeryz...Atuk tersalah sangka kamu ni Aiden..."

"Hurmm...Atuk pantas sangat...Saya tak dapat tangkap pergerakan atuk..." Aeryz mengomel perlahan. Aku menggosok belakang leher...

Haih, mungkin dia seiras Aiden. Tapi, sikap dia tak sama macam Aiden...

Aiden lebih kental dari ni...Lebih gagah dari dia...Aeryz terlalu manja...

"Again...Kali ni, atuk perlahan sikit..."

"Ok..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now