CHAPTER 105 | REPAY THE DEBT

6.2K 444 6
                                    

"Erghhh, kau bukan Hunter! You're monster!"

Vampire terakhir berkata lemah. Dia mengesot perlahan-lahan menjauhi aku. Kedua kakinya sudah terkulai patah kerana impak tendangan aku sebentar tadi. Darah pekat memenuhi kawasan...

Aku meletak kedua pedang ke bahu seraya berjalan perlahan-lahan mendekati dia. Wajah puntianak perempuan itu bertukar pucat melihat aku mendekati dia...

"I'm the monster...? Seriously...? Kau makan penduduk kampung...And, i'm the monster...? Are you kidding me, vamp?"

"Hah...Hah...Aku perlukan darah untuk hidup...Aku cuma nak terus hidup..."

"Awww...Itu cuma alasan...Kau boleh hisap darah lembu or kambing...But, you chose human instead..."

"Please, lepaskan aku...Aku tak pernah hisap darah manusia...Aku hisap darah binatang!" Dia merayu semahu-mahunya. Airmatanya mengalir bagaikan empangan pecah...

Aku meninggung di depannya. Mata merahnya aku tatap lama. Dia membalas pandanganku dengan mata yang berkaca...

"Siapa nama kau...?"

"Tyara...Please, lepaskan aku..." Dia merayu sekali lagi. Aku tersenyum. Kedua bilah pedang disisipkan semula ke belakang.

"Kau...Lepaskan aku...?" Dia menyoal ragu-ragu. Aku bangun sambil menepuk leher. Dia mendongak memandang gelagat aku...

"Kali ni aku lepaskan kau..." Aku berkata seraya mendukung dia. Gadis puntianak itu memaut leherku.

Hurmm, dia tak bersalah...Aku tak hidu bau darah manusia pada dia...

Copper, Freddy dan Rania berlari mendapatkan aku. Serpihan daging puntianak berselerakkan di atas tanah...

"Kenapa kau tak bunuh dia, Lycans! Just kill her!"

"Relaks...Dia takkan apa-apakan kau...plus, She's injured..." Aku membalas kata-kata Copper seraya berjalan melintasi mereka semua.

Aku meletak Tyara ke atas pelantar kayu. Kakinya yang patah, aku perhatikan sambil memegang dagu...

Hurmm, boleh tahan teruknya kecederaan dia. Aku tendang kuat sangat tadi...

"Errr, apa kau nak buat...?" Tyara menyoal resah apabila aku memegang pergelangan kakinya...

PRAKK!!

"ARGHHHH!" Tyara mengerang kesakitan tatkala kakinya aku rentap kuat. Dia menggigil menahan sakit...

"You'll be fine...Ingat, sekali lagi aku jumpa kau...Aku bunuh kau...No more mercy..." Aku berkata lalu berjalan meninggalkan pelantar kayu, tetapi Tyara pantas memegang lenganku...

"Aku nak ikut kau...." Dia berkata apabila aku menoleh...

"Ha...?"

"Aku nak ikut kau, Lycanstrophes!"

"Kenapa? Aku ada hal lain..."

"Hal apa? Aku tolong kau...Kau lepaskan aku, jadi aku nak balas jasa kau..." Tyara berkata perlahan. Aku mengerut dahi...

Come on, aku nak cari Loralyn. Si musang tu mesti tengah gelabah sekarang ni...

"Aku tak perlukan pertolongan kau...Kau bebas, Tyara... Pergilah ke mana kau suka..."

"No! Aku nak tolong kau!" Tyara berkeras denganku. Aku mengaru kepala. Haih, aku faham kenapa dia nak ikut aku...

Dia puntianak muda. Dia perlukan kawanan untuk hidup...

Sekarang, kumpulan dia sudah dihapuskan. Tyara hilang arah...

"Fine, kau boleh ikut aku...Tapi, bila kita sampai di Milfgard...Kau duduk situ, jangan ikut aku..."

"Hurmm, why...?"

"Sejujurnya, aku sedang mencari isteri aku...Loralyn Lyonne...Jika dia nampak aku bersama kau...Masak aku nanti..."

Tyara mengerut dahi mendengar penjelasan dariku...

"Kenapa kau takut? Kita bukan ada apa-apa hubungan..."

"Ohhh, kau tak tahu betapa psikonya bini aku tu...Kena cincang aku nanti bila dia nampak aku dengan kau..."

"Oh..." Tyara terdiam mendengar kata-kata dariku. Rania tergelak mendengar butir kata aku. Aku menoleh ke arah Rania...

"Kenapa gelak?"

"Hahahaha! Awak hebat! Tapi, awak takut bini! Hahahha! Its funny!"

"Darn you!"

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now