Kereta kuda bergerak perlahan merentasi kawasan padang luas. Bulan mengambang megah di angkasa. Angin malam terus menerus meniup lembut. Loralyn tertidur nyenyak berbantalkan riba aku...
Merlin dan Tyara pula asyik bersembang di pelantar kayu. Suara mereka bergelak tawa sayup-sayup kedengaran. Merlin cuba nak pikat Tyara la tu. Aku tahu la Merlin macam mana...
Gigi diketap kuat seraya memegang lengan apabila rasa sakit menyelinap ke urat saraf. Aku sedaya upaya menahan sakit supaya Loralyn tidak terjaga...
Luka di lengan mengalirkan cecair hitam. Ianya banyak sehinggakan cecair pekat itu tertitis ke seat kabin kayu...
"Erghh...Grrr...Grrr..." Aku mengeram perlahan seraya memejamkan mata. Rasa sakitnya terasa berdenyut. Berbisa betul racun pedang Lancelot...
Kereta kuda berhenti dari terus bergerak. Aku membuka tingkap di sisi. Merlin tersenyum memandangku...
"Kita rehat dulu, Lycans...Kuda dah semput...Arastosa jauh lagi ni..." Dia berkata lalu mengalihkan pandangan ke Loralyn...
"Ok, Merlin..."
"Lycans..." Merlin menegur tatkala aku mahu mengalihkan kepala Loralyn dari riba. Si musang mengeliat kecil...
"Yes...?"
"Kau ok...? Kenapa muka kau pucat...?" Merlin menyoal perlahan. Riak wajahnya serius. Aku tersenyum kelat kepada dia...
"Aku ok...Aku...Nak minum..." Aku membalas lalu keluar dari kabin kayu. Luka di lengan aku tekup kuat. Jika cecair hitam itu menitis ke tanah, Merlin akan perasan...
Perlahan-lahan aku berjalan ke tebing sungai. Tyara pula kelihatan asyik memberi kuda makan. Tiba sahaja di sungai, aku bingkas melutut...
Armor kulit aku tanggalkan pantas. Luka di lengan, aku celupkan ke dalam air sungai. Ianya berasap dan rasa pedih kian mencengkam...
"Erggh...Fuck..." Aku mencarut menahan rasa sakit. Tubuh aku menggigil. Cecair hitam melarut dibawa arus sungai. Luka di lengan aku cuci dengan sebelah tangan...
"Aku dah agak...Kau injured, Lycans..."
Aku tersentak seraya menoleh ke belakang. Merlin memerhati aku tajam sambil memeluk tubuh. Tyara pula berada di sebelah pokok, matanya turut tertacap padaku...
"Aku ok...Ini cuma cedera ringan...Nothing to be worried..." Aku cuba berdalih. Merlin berjalan selamba mendekati aku...
"Arghh! Erhhh! Fuck it...!" Aku menjerit kesakitan apabila Merlin mengangkat lenganku. Matanya fokus memerhati luka aku...
"Kau diracun, Lycans...Ini kau cakap cedera ringan!? Are you dumb!?"
"Janganlah membebel! Kalau kau nak tolong, rawat aku sekarang! Bukan membebel...!" Aku membidas seraya mengetap gigi. Merlin mencebik...
Merlin mula melafazkan kata mantera. Air sungai dicedok perlahan menggunakan tapak tangan. Kemudian air tersebut di lumurkan ke luka.
"Arghhh! Erghhh! Damn it! Damn it!" Aku merengus menahan sakit. Rasanya seperti kulit aku dilapah hidup-hidup!
Sebaik sahaja air sungai meresap ke dalam luka, cecair hitam membuak keluar bagaikan larva. Asap nipis keluar melalui liang roma! Aku terjelopok ke tanah...
"ARGHHHHH!! URGHHH!!"
Merlin tergaman melihat aku mengelupur kesakitan. Tyara bingkas datang lalu menenangkan aku...
"Shhh...Lycans...You're strong wolf..."
"Ergh...Hah...Hah...Its so damn hurt..."
Aku berkata lemah lalu menekup muka dengan sebelah tangan. Merlin meninggung di sebelah aku. Cecair hitam dicolek sedikit ke hujung jari...
"Lycans...Ini bukan racun biasa-biasa.. Aku tak boleh rawat racun macam ni..."
"Hah...hah...Apa maksud kau...Merlin...?"
Pandangan Merlin tertoleh kepadaku. Dari riak wajahnya itu, aku tahu...Ini bukan perkara ringan...
"Ini racun Hades...Dark poison...Salah satu racun yang tiada penawarnya..."
"Ha...?"
"Kau...Cuma ada masa lagi seminggu untuk hidup, Lycans...Cuma seminggu.."
Aku dan Tyara terkedu mendengar penerangan Merlin. Si ahli sihir menekup dahi dengan sebelah tangan...
"Cuma seminggu...."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...