CHAPTER 23 | GOING APART

9K 550 7
                                    

Aku meletak beg ke dalam kabin kereta kuda. Aiden asyik menasihati kedua anak kesayangannya. Eilya pula bersembang dengan Loralyn. Suasana di depan pintu Stormcloak kelihatan mendamaikan. Angin pagi bertiup tenang...

'Aeryz, jangan nakal sangat...Ikut cakap Lycans...Alright...?' Aiden menasihati Aeryz berkali-kali. Rambut coklat serigala itu, diusapnya perlahan...

'Ya, ayah...Aeryz tahulah...Haih...'

'Euryca...Jangan merayau...Kalau nak pergi mana-mana, beritahu Lycans...'

'Em! Ok! Jangan risau!' Si musang membalas pesanan Aiden. Lelaki berambut coklat itu tersenyum. Aku berjalan mendekati mereka.

'Kau jangan risau, Aiden...Aku jaga si kembar ni sebaik mungkin...' Aku berkata seraya mendukung Euryca. Si musang tersengih lalu memeluk leher aku. Aiden bangun dari meninggung dan berdiri mencekak pinggang...

'Haih...Jaga mereka baik-baik, Lycans...Aku risau ni...'

'Haha! Leave it all to me!' Aku membalas. Eilya datang kemudian mengucup pipi si musang dan serigala. Aku tersenyum kepadanya...

'Dua bulan lagi... Aku balik...' Aku berkata seraya berjalan semula ke kereta kuda. Aeryz mengikut dari belakang. Selepas meletakkan Euryca ke dalam kabin kayu, aku menoleh ke arah Loralyn.

'Abang hati-hati...' Loralyn berkata perlahan. Dia mengemas rambut putih aku...

'Don't worry...'

'Hurmm...Sunyilah saya nanti...'

'Aiden dan Eilya kan ada...?'

'Yelah-yelah...'Dia membalas dengan nada seakan merajuk. Aku tersenyum. Dahinya aku kucup lembut. Eilya dan Aiden masuk ke dalam kabin kayu.

Loralyn sempat mengucup pipi aku sebelum dia juga masuk ke dalam kereta kuda. Aku tersenyum melihat kereta kuda berwarna putih itu beredar dari pintu gerbang Stormcloak...

'Lycans...'

Satu suara menegur tatkala aku membuka pintu kayu untuk masuk ke dalam. Vlademir tersenyum ketika aku menoleh ke belakang. Dia menunggang kuda putih...

'Ah, Vlad...'

'Mana kau nak pergi, Lycans...?'

'Merantau...Maybe ke Arendele..'

'Arendele? Jauh betul...Hati-hati, Lycans...'

'Aku tahulah...' Aku membalas selamba lalu duduk di sebelah Euryca. Vlademir turun dari kuda dan mendekati kereta kuda...

'Aku tak risaukan kau...Aku risaukan dua ekor tu...Mereka masih mentah, Lycans...Umur baru 18 tahun...'

'Aku tahulah nak jaga mereka...Haih, kau ni macam Aiden...'

'Hurmm...Aku yakin dengan kau...Goodluck, Lycans...Have a good time..' Vlademir membalas lalu naik semula ke atas kuda. Aku menutup pintu kayu.

Aku mengetuk dinding kabin kayu sebagai isyarat supaya kereta kuda bergerak. Si empunya kereta kuda memacu kudanya dan kami mula bergerak ke arah selatan...

Euryca aku letakkan di atas riba, manakala Aeryz duduk di sebelah aku. Si musang meletakkan kepala di bahu aku sambil mengeram manja...

'Mana kita nak pergi atuk...?' Aeryz menyoal. Dia memerhati ke arah luar tingkap...

'Arendele...'

'Ada apa kat sana...?'

'Haha! Just wait and see!' Aku membalas seraya memeluk Aeryz dari sisi. Dia memeluk tubuh di sebelah aku...

Haha, lagak gayanya tak ubah macam Aiden...

'Hurmm...Jauh tak Arendele...?' Si musang menyoal perlahan. Ekornya melurut di atas kerusi kulit...

'Lima hari perjalanan...'

'Jauhnya...' Aeryz merungut dengan nada separa berbisik. Aku tersengih. Rambut coklatnya aku gosok lembut...

'Well, nak atuk sambung cerita...?'

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now